merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
๐Ÿ’– ShopeeMY / VeLariz
๐Ÿ’– Instagram / VeLarizGroup
๐Ÿ’– Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Friday 21 February 2014

WAJIB BACA : Bahan Merkuri dalam Produk Kosmetik

by drzubaidi

Ramai wanita di Malaysia masih tidak menyedari tentang kehadiran merkuri dalam produk kosmetik mereka. Malah ramai yang tidak tahu mengenai kesan merkuri pada kesihatan mereka pada jangka masa yang panjang.

Pada tahun ini sahaja banyak negara telah mengharamkan penggunaan merkuri dalam kosmetik. Merkuri selalunya digunakan dalam kosmetik mencerahkan kulit muka. Ia dijual dalam bentuk krim, losyen atau sabun.

Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan produk ini mengandungi antara 2-10% merkuri bagi setiap berat produk itu. Produk kosmetik ini telah dijual Afrika, Asia dan Amerika Latin di mana ia mengandungi kandungan merkuri yang lebih banyak, antara 660-57 000 bahagian dalam sejuta (ppm). (1)

Namun apakah yang menyebabkan ramai wanita di dunia ketiga mengguna produk kosmetik yang merbahaya ini? Mengikut satu kajian, seramai 60% pengguna di Asia menggunakan produk ini kerana mereka mahukan kelihatan lebih putih dan muda. Ia juga murah. Malah ada juga yang menggunakan untuk tempoh masa yang lama, iaitu 20 tahun.

Mereka langsung tidak mengetahui bahawa mereka telah menjadi mangsa lambakan produk kosmetik yang merbahaya.

Pada tahun 2010 sahaja, FDA telah mengeluarkan sebanyak tiga kenyataan amaran untuk menghentikan penjualan 23 produk kosmetik pemutihan kulit yang mengandungi merkuri yang diimport dari China. Ini bermakna pencemaran bahan merkuri sudah mencapai tahap serius.

Kesan Keracunan Merkuri

Kesan keracunan merkuri juga dikenali sebagai hydragyria atau mercurialism, ialah suatu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan merkuri dan pengumpulannya dalam tubuh pada jangka masa yang lama. Kesan jangka panjang penggunaan produk seperti ini akan menyebabkan kerosakan saraf terutama pada tangan. Pesakit akan berasa gatal dan rasa terbakar pada kulit tangan mereka.

Selain itu, pesakit boleh berasa lemah, mempunyai emosi yang tidak stabil dan mempunyai masalah ingatan yang kurang baik. Ada pesakit yang mengalami tanda-tanda seperti menggigil, letih, pening, hilang ingatan, dan berasa terlalu penat. (2)

Keracunan kulit juga akan membuatkan warna kulit bertukar menjadi pudar (discoloration), dan mengelupas. Ada yang menyebabkan kulit menjadi kelabu. Bagi pengguna yang baru, produk ini akan menyebabkan alahan kulit yang teruk. (3)

Merkuri menghalang penguraian (degradation), biokimia catecholamines dalam tubuh menyebabkan pengumpulan epinephrine dalam tubuh. Pesakit akan mengalami perpeluhan yang luar biasa (hiperehidrosis). Ada kalanya ia menyebabkan degupan jantung bertambah laju dan tekanan darah menjadi tinggi.

Namun begitu, janganlah kita menunggu kehadiran simptom-simptom di atas barulah kita mahu mengelakkan penggunaannya. Ini kerana ramai juga wanita yang mengamalkan produk kosmetik itu tidak mengalami apa-apa tanda, walaupun kandungan merkuri dalam tubuh semakin meningkat. Akhirnya tanpa mereka sedari telah mengalami kerosakan ginjal.

Sebagai contoh, di Hong Kong kebanyakan (78%) wanita yang menggunakan produk-produk ini tidak mengalami apa-apa masalah, walaupun dua pertiga daripada mereka mengalami kenaikan merkuri yang tinggi. Oleh itu ramai yang meneruskan penggunaan produk ini dan mengakibatkan kerosakan yang lebih teruk pada ginjal dan saraf mereka. (4)

Kerosakan ginjal akibat keracunan merkuri telah dilaporkan di China, Hong Kong dan UK. Malangnya ramai di antara mereka yang lambat berjumpa dengan dokter bagi mengesan penyakit ginjal ini di peringkat awal. (5).(6)

Jadi berhati-hatilah ketika memilih produk kosmetik. Bahan merkuri bukan sahaja merbahaya jika disentuh, malah tiub yang mengandungi kosmetik itu juga boleh mengumpulkan wap yang mengandungi merkuri dan boleh tersejat apabila dibuka penutupnya.

Satu alat yang dinamakan Lumex RA-915 boleh mengesan wap merkuri yang tersejat di udara pada keadaan biasa, wap merkuri yang tersejat seharusnya serendah 0.5 nanograms/m3. Namun dalam beberapa kajian yang dilakukan,  walaupun tiub yang mengisi produk kosmetik itu ditutup rapat, alat ini mampu mengesan sebanyak 0.002 mg/m3 wap merkuri yang tersejat di udara. Jadi jika terdedah secara berpanjangan, terdapat risiko keracunan merkuri pada pekerja dalam pembuatan di kilang, pembeli, penjual dan orang yang menguruskan penghantaran produk ini.


Wanita hamil harus ingat bahawa kesan toksin merkuri ini bukan sahaja didapati dengan memegangnya, tetapi juga dengan menghidu wap yang tersejat apabila penutup tiub produk itu dibuka. Apabila berlaku pengumpulan bahan merkuri dalam badan, ia akan menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf janin. Selain itu, bahan merkuri juga dipindahkan melalui air susu ibu kepada bayi. (7)

Walau bagaimanapun, terdapat banyak produk kosmetik pemutihan kulit yang selamat. Namun ada syarikat kecil mengambil jalan mudah dengan tidak menuliskan bahan merkuri dalam labelnya atau melabelnya dengan cara yang mengelirukan, atau menulis dalam bahasa asing yang tidak difahami pengguna. Oleh itu pengguna tidak tahu apa kandungan sebenar produk kosmetik yang digunakan.

Kerajaan haruslah bertindak dengan lebih berkesan untuk melindungi pengguna dari bahan yang berbahaya ini. Di negara-negara kesatuan Eropah pula, produk kosmetik seperti ini telah lama diharamkan. Namun begitu, dari masa ke semasa terdapat penyebaran secara haram dan ia harus dipantau. Di Amerika Syarikat sendiri, produk seperti ini masih dijual di Chicago tanpa disedari pihak berkuasa.

Dalam akhbar Chicago Tribune, badan berkuasa telah menguji 50 produk kosmetik pemutih kulit yang diimport dar China, India, Lebanon, Pakistan dan Taiwan dan mendapati ia mengandungi paras merkuri antara 6,000 hingga 29,600 ppm. (8). (9)

Kandungan merkuri dalam produk kosmetik seharusnya mempunyai kandungan yang lebih rendah dari 1 per sejuta (0.0001%). Itu pun pendan syarat tiada bahan lain yang boleh menggantikan fungsi merkuri dalam produk kosmetik itu. Untuk produk kosmetik yang melibatkan mata, ia seharusnya mengandungi kandungan merkuri yang kurang dari 65 bahagian persejuta merkuri. (65 parts per million of mercury).

Ini kerana merkuri adalah bahan yang sangat mudah meresapke dalam kulit apabila ia disapukan pada permukaan kulit. Oleh itu bagi mereka yang pernah mengamalkan penggunaan produk kosmetik pemutihan kulit muka, disarankan agar memeriksa kandungan merkuri dalam darah mereka.

Kepekatan merkuri dalam darah seharusnya kurang dari 6 ยตg/L. Namun bagi orang yang gemar memakan ikan kepekatannya boleh mencecah 200 ยตg/L ini kerana dikatakan terdapat beberapa jenis ikan yang tercemar dengan bahan merkuri. (10)

Jadi sebagai pengguna, kita harus berhati-hati ketika membeli produk kosmetik yang dijual. Ada beberapa tips yang boleh digunakan bagi mengelakkan tertipu.

Pertama kita harus menyemak label pada produk kosmetik. Kedua pastikan syarikat pengeluar produk adalah syarikat yang mempunyai intergriti. Kebanyakan syarikat pengeluar kosmetik yang terkenal dan besar akan menjaga kualiti pengeluaran produk itu.

Kita boleh mengagak produk kosmetik itu mengandungi merkuri dengan menyapukan krim itu pada tapak tangan dan sapukan pada cincin atau barang kemas kita yang diperbuat dari emas. Jika produk itu mengandungi merkuri, krim itu akan menjadi kelabu. Semakin gelap perubahan warna, semakin banyak kandungan merkuri dalam produk itu.

Jika masih was-was bolehlah merujuk pada laman web http://FDA.gov Badan ini mempunyai panel Pengkaji Bahan-bahan dalam kosmetik yang ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Majlis Produk Penjagaan Peribadi (Cosmetic, Toiletry & Fragrance Association) dibantu oleh U.S. Food Administration (FDA) sendiri dan Kesatuan Pengguna Amerika.

Di Malaysia pemantauan produk kosmetik yang beracun ini belum lagi di tahap yang terbaik. Banyak langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan Malaysia bukan negara lambakan bahan-bahan bertoksik. Ini semua memerlukan kesungguhan di pihak peguatkuasaan.

Wallahu a'lam.

Susunan : Dr. Zubaidi bin Hj Ahmad (240511)


sumber : drzubaidi.com

http://a-dha-whiteseries-pt-kembanghati.blogspot.com/p/a-dha-white-series-exclusive.html