merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Wednesday, 28 March 2012

GAMBAR : Mandi Sambil Menempah Maut

GAMBAR : Why You Should Wear Glasses...???


Assalamualaikum & Selamat Pagi...!!!

Siapa antara anda yang pakai cermin mata? Maksud saya yang betul-betul kena pakai cermin mata sebab rabun. Tapi betul ke semua yang pakai cermin mata tu rabun? Ke ada sebab lain macam ber-fesyen ke atau sebab-sebab lain? Atau pun kerana sebab-sebab dibawah?
















JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

Tuesday, 27 March 2012

Pagar Diri Dari Ilmu Hitam Dan Sihir... InshaAllah...




Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan. 


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:


"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.) 

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka. 

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya:


"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:

 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.) 

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. 

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda: Ertinya:


'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik). 

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. 

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: 


"Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim). 

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. 

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". 

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah. Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik). 

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. 
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''. 

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 


..

RISIKO : Berdengkur




BERDENGKUR sering dianggap tabiat melucukan dan terlalu lazim dalam kalangan masyarakat, namun tahukah berdengkur sebenarnya gambaran awal seseorang itu bukan saja berhadapan masalah dengan pasangan dan kualiti kehidupan tetapi juga masalah kesihatan yang serius. Tabiat berdengkur berlaku apabila seseorang mengeluarkan bunyi bising semasa bernafas sewaktu tidur. Ia disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat di bahagian hidung atau kerongkong, menyebabkan getaran lelangit lembut dan otot kerongkong yang menghasilkan bunyi. Terminologi perubatan untuk masalah ini disebut ‘steator’.


Masalah ini biasanya dikesan menerusi diagnosis pakar perubatan dari segi sejarah pesakit atau pasangan tidur yang kerap mempunyai masalah untuk lelap akibat terganggu. 


Pesakit berdengkur juga boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan. Paling membahayakan sekiranya pesakit senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik. 


Menurut Pakar Bedah Otorinolaringologi Hospital Columbia Asia, Bukit Rimau, Dr Mazita Ami, punca berdengkur disebabkan saluran pernafasan separa tersumbat sewaktu tidur terutama sewaktu tidur nyenyak dan ia boleh dipengaruhi pengambilan alkohol atau ubat-ubatan sebelum tidur. 


“Saluran pernafasan tersumbat boleh berlaku pada bahagian hidung atau kerongkong atau kedua-duanya sekali. Oleh itu kehadiran tisu tonsil atau adenoid yang besar, polip hidung, tulang hidung yang bengkok dan pesakit yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher pendek dan besar akan meningkatkan risiko masalah berdengkur,” katanya. 
Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit. 


Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan. 


Adalah penting bagi pesakit mendapat nasihat pakar untuk mengetahui sekiranya mereka mempunyai masalah ‘sleep apnea’. Masalah ini mempunyai beberapa tahap serius mengikut hasil kajian tidur yang dijalankan ke atas pesakit di makmal tidur di hospital atau di rumah pesakit sendiri. 


Menerusi kajian ini, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit. 


Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan. 


Pesakit yang obes juga dinasihat untuk mengurangkan berat badan. 


Tegasnya, berdengkur bukan masalah lazim yang patut diterima bila umur meningkat. Ia boleh membawa masalah ‘sleep apnea’ yang serius dan memudaratkan kesihatan pesakit. Mereka yang mengalami masalah tidur bersama gejala mengantuk waktu siang, sakit kepala, keletihan dan masalah emosi perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan. 


Info 
Langkah pencegahan dengkur 


Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan. 
Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur. 
Memilih posisi tidur secara mengiring. 
Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari. 
Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :
..

Sedikit Info Tentang Gigi ~ Cekidaauuuttt...!!!



Mungkin ramai yang terkeliru dengan maksud rawatan pencucian gigi. Ada yang ingat jika gigi mereka kuning, selepas dicuci gigi akan menjadi putih. Sebenarnya tidak. Rawatan pencucian gigi adalah bertujuan untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi dan juga boleh membuang stain (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya. Gigi yang semulajadinya sudah kuning tidak boleh diputihkan dengan cara ini. Kekerapan rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu, ada yang perlu membuatnya setiap bulan (selalunya org yang kuat merokok sehingga banyak stain pada gigi), 3 bulan sekali ( mereka yang mempunyai masalah tulang dan gusi ), 6 bulan sekali ( kebiasaan orang) dan juga setahun sekali ( mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).


Ada yang berpendapat yang pencucian gigi dengan kerap akan menyebabkan gigi menjadi terhakis atau nipis. Sebenarnya tanggapan ini tidak tepat. Mata pencuci gigi itu tidaklah tajam. Ianya membuang karang gigi dengan cara getaran. Jadi selalunya semasa mencuci gigi itu gigi akan terasa ngilu ( banyak air yang dikeluarkan oleh mata pencuci ) dan kerana getaran pada permukaan gigi terutamanya kepada permukaan akar gigi yang telah terdedah akibat penurunan gusi. Jika gigi anda sihat, gusi sihat, maka proses pembersihan gigi tidaklah sakit. Kebanyakkan karang gigi suka berkumpul di leher gigi dan juga di celah gusi, jadi semasa proses pembuangan itu anda akan berasa tidak selesa kerana hujung mata pencuci gigi itu terasa seperti menyucuk gusi anda. Sekiranya anda kerap datang untuk mencuci gigi, maka karang gigi akan kurang terbentuk dan tidak susah untuk membuangnya, jadi proses pencucian gigi akan menjadi selesa.


Kebanyakkan orang takut untuk membuat rawatan pencucian gigi ini kerana meraka takut sakit.Sekiranya anda tidak tahan ngilu, anda boleh meminta agar doktor membius atau pun menyapu ubat utk menghilangkan rasa ngilu ( tetapi tak semua klinik ada ubat sapu utk menghilangkan rasa ngilu). Jika tidak mahu dicucuk atau ubat sapu, anda boleh meminta agak doktor itu berhenti sekiranya anda tidak tahan, jangan diam sahaja kerana doktor tidak akan berhenti jika pesakit tidak menyuruhnya berhenti.


Anda juga tidak perlu takut sekiranya gusi anda berdarah2 dan nampak seperti luka selepas pencucian gigi. Anda juga akan berasa satu kelainan sekiranya anda sentuh permukaan belakang gigi dengan lidah, kadang kala terasa seperti berlubang2. Semua ini adalah normal. Karang gigi akan menyebabkan gusi senang berdarah. Sebab itu semasa menberus gigi, gusi anda berdarah dan kalau gusi yang sudah dijangiti kuman dengan teruk, gusi akan berdarah walaupun tidak disentuh. Penyakit ini dipanggil gingivitis. Ia boleh diubati dengan cara pemberusan gigi dengan betul dan juga rawatan pencucian gigi. Semasa banyak karang melekat pada bahagian belakang gigi bawah, anda akan terasa licin sahaja di kawasan itu. Sebab itulah bila karang sudah dibuang, anda akan merasa keluk2 gigi dan terasa seperti gigi berlubang. Jadi janganlah takut ye..semua itu normal sahaja. Kadangkala gigi akan terasa lebih bergoyang lagi selepas pencucian. BUkan disebabkan doktor itu atau mata pencuci tetapi sebab karang gigi yang terlampau banyak di belakang gigi menyebabkan ia kurang bergoyang. BIla susah dibersihkan terasa lebih bergoyang pula gigi2 tersebut. 


Dengan pencucian gigi yang kerap ( selalunya 6 bulan sekali) , pembersihan gigi yang betul di rumah, insyaallah gigi anda akan bebas dari masalah dan tahan sampai bila2. Diharap anda tidak takut untuk datang ke klinik untuk mencuci gigi selepas ini.


p/s : Amcm ada gaya dokter gigi tak? Hihihi... actually dl sy pun takut gak, nak gigi bersih kene berani la kan... ngilu sket jer pun. Selamat Mencuba!


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

..

WAJIB BACA : Kenapa kita mesti berzikir...???









Kemudian , Ia sempurnakan (kejadian)nya, dan Ia tiupkan padanya sebahagian dari rohNya . Dan Ia jadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan dan hati (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.(As-Sajdah 32:9)

hadis Nabi saw yang bermaksud: “Setiap bayi yang lahir itu dilahirkan seperti kain putih, terserah kepada ibu bapanya untuk menjadikan dia Yahudi atau Nasrani ataupun Majusi.” 


(Hadis riwayat Buhari) 




jelas firman ALLAH swt dan sabda nabi junjungan besar kita muhammad saw di atas 

bahawa asal kejadian kita adalah bersih 
dan hati itu adalah pinjaman daripada ALLAH swt kepada kita untuk dijaga
kita tidak sedar bahawa hati itu adalah amanah yang mesti kita jaga supaya sentiasa bersih 
seperti permulaan ALLAH swt berikan kepada kita semasa kita masih bayi 
kita sendiri yang mengotorkan hati yang dipinjamkan oleh ALLAH swt kepada kita 


jadi sebelum pintu taubat tertutup 
kita hendaklah menjaga kebersihan hati dengan sentiasa mengingati ALLAH swt 
kerana hati yang bersih sahaja mendapat ketenteraman daripada ALLAH swt 


umpama orang memberikan kita pinjam sesuatu barang 
adakah kita hendak memulangkan barang itu dengan keadaan yang rosak atau kotor 

dan pasti orang itu kecewa atau marah 
kerana kita tidak menjaga amanah dengan elok 


hadis Nabi saw yang bermaksud:"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruhnya (jasad). Apabila ia buruk maka buruklah seluruhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati."


(Hadis riwayat Buhari)



Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.(Al-Israa' 17:44




"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".(Al-Baqarah 2:129





Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).(At-Taubah 9:108



"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Yusuf 12:53


wallah hualam 


Sunday, 25 March 2012

VIDEO : Misteri Awan Jatuh Dari Langit



Bolehkah awan menentang aturan graviti dan jatuh dari langit ke atas tanah. Sebuah video yang diambil oleh rakyat UAE dan telah diterbitkan ke U-Tube menunjukkan kejadian itu berlaku di UAE dan jurugambar bertuah itu menganggap ianya sebagai satu keajaiban syurga.

Klip video selama 3.5 minit itu menunjukkan awan kecil putih yang terbang rendah segumpalan kapas besar di atas ladang hijau sebelum mengarah ke bawah dan jatuh ke atas pagar di kawasan subur Faris Bida di luar bandar timur oasis Al-Ain.

Orang yang tidak dikenali yang menangkap fenomena yang unik ini kemudiannya menyerahkan perakam video beliau kepada pekerja ladang di kawasan itu dan memintanya untuk terus merakam semasa dia menuju ke arah awan dan menyentuh awan dengan tangan.

Klip video itu turut dibawa di dalam beberapa akhbar di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain, menunjukkan awan berpecah kepada beberapa bahagian semasa ia mencecah tanah. Bahagian-bahagian kecil yang lain dilihat ditiup oleh angin manakala bahagian utama kekal melekat pada pagar.

"Saya tidak dapat mempercayainya saya tidak pernah melihatnya dan merakamnya," kata lelaki itu dalam bahasa Arab. "Saya percaya ini adalah satu keajaiban yang menunjukkan kekuasaan Allah."




Pandangan : 

Buih jenis yang sama terbentuk apabila anda mencuci pinggan atau detergen yang digunakan oleh BOMBA semasa pembersihan (boleh tanya BOMBA bagi yang tak tahu) menghasilkan buih yang banyak yang ringan dan boleh diterbangkan. Buih seperti ini juga boleh terbentuk di laut berikutan ribut, dan dalam kolam rawatan pembetungan sebagai hasil bio-aktiviti yang berlaku di. Kelihatan hanya seperti buih kepada saya. Akan tetapi tidak menjadi mustahil bagi ALLAH Azza Wajalla.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

..

Badan Manusia Boleh Terbakar Sendiri...???


Adakah Pembakaran Spontan Manusia (Spontaneous Human Combustion, SHC) akibat daripada api misteri yang mengerikan dalam badan, atau salah tafsiran mengenai perkara yang jarang berlaku, dimana ia membakar badan hingga membawa maut? Pakar-pakar masih mengkaji misteri orang-orang yang terbakar ini, dan belum menemui sebarang sebab saintifik yang jelas. 

Pada bulan Disember 1966, badan Dr. J. Irving Bentley berusia 92 tahun ditemui di rumah beliau, Pennsylvania oleh pembaca meter. Sebenarnya, hanya sebahagian daripada kaki Dr. Bentley dan selipar ditemui. Seluruh badan beliau telah dibakar menjadi abu. Lubang lantai bilik mandi adalah satu-satunya bukti kebakaran jenis ini telah membunuhnya, dimana keadaan dalam rumah masih sempurna dan kekal dalam keadaan baik.

Bagaimana seorang lelaki boleh terbakar? dengan sumber percikan api atau nyalaan yang tidak jelas dan kemudian membakar sepenuhnya tanpa merosakkan apa-apa di sekelilingnya? Kes Dr Bentley dan beberapa ratus orang lain seperti itu telah dilabelkan sebagai "pembakaran spontan manusia" (SHC). Walaupun dia dan mangsa fenomena yang lain hampir dibakar sepenuhnya, persekitaran mereka, dan walaupun kadang-kadang pakaian mereka, kekal hampir tidak disentuh.

Bolehkah manusia terbakar secara spontan? Ramai orang berfikir pembakaran spontan manusia adalah kejadian yang sebenar, tetapi kebanyakan ahli-ahli sains tidak begitu yakin.




Apakah Pembakaran Spontan Manusia?

Pembakaran spontan berlaku apabila objek dalam kes pembakaran spontan manusia, orang terbakar menjadi api dari reaksi kimia dalam badan tanpa dinyalakan oleh sumber haba dari luar.


kes pertama yang diketahui pembakaran spontan manusia datang dari anatomi Denmark Thomas Bartholin pada tahun 1663, yang diterangkan bagaimana seorang wanita di Paris "menjadi abu dan asap" ketika dia tidur. Tilam jerami di mana dia tidur tidak terkesan oleh api. Pada tahun 1673, rakyat Perancis bernama Jonas Dupont menerbitkan koleksi kes-kes pembakaran spontan dalam karyanya "De Incendiis Corporis Humani Spontaneis."

Beratus-ratus kes pembakaran spontan manusia sejak masa itu mengikuti pola yang sama: mangsa hampir sepenuhnya terbakar, biasanya di dalam rumah . Di tempat kejadian kadang-kadang didapati berbau manis, dan berasap di dalam bilik di mana kejadian itu berlaku.

Apa yang membuatkan badan-badan hangus dalam gambar yang diambil pada mangsa pembakaran spontan manusia adalah pelik kerana tulang rangka mangsa kebiasaannya tidak rosak. Walaupun tubuh badan dan kepala hangus, tetapi tangan, kaki, dan atau sebahagian daripada kaki mungkin tidak terbakar. Selain itu, bilik di sekitar mangsa menunjukkan sedikit atau tidak ada tanda-tanda punca api, selain dari sisa-sisa berminyak yang kadang-kadang tinggal di perabot dan dinding. Dalam kes-kes yang jarang berlaku, organ-organ dalaman mangsa masih tidak disentuh manakala di luar badan hangus terbakar.



       

Tidak semua mangsa pembakaran manusia spontan hanya terbakar. Beberapa menunjukkan kesan terbakar pelik pada badan mereka yang tidak mempunyai sumber yang jelas, atau asap berpunca daripada tubuh mereka apabila api tidak ada. Tidak kesemua tiap-tiap orang yang telah terbakar meninggal dunia. Hanya peratusan kecil mangsa sebenarnya terselamat dari apa yang telah dipanggil pembakaran spontan mereka.






JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :
..

Saturday, 24 March 2012

6 Minuman Yang Boleh Merampingkan Perut =D




Ada masalah dengan penampilan korang terutamanya di bahagian perut? Haa... kalau ada, apa kata kalau korang cuba minum minuman segar macam kat bawah ni... Bukan setakat menyegarkan badan je taw, tapi boleh jugak membantu korang dalam untuk merampingkan perut... Bukan susah pun, kalau nak hasil yang lebih efisien, minum sebelum korang masuk tidur, mudah-mudahan perut korang yang jauh ke depan boleh tampil menawan... Tak kisah lelaki atau perempuan, semua boleh try... So, kalau nak tahu apa jenis air yang boleh merampingkan perut tu, meh usha kat bawah ni =D 



1. Air masak/ suling.



Air masak/suling adalah kunci untuk menjaga berat badan. Minum air masak/suling membantu tubuh menjaga keseimbangan cairan, mengurangkan risiko kembung dan membuat anda tahan lapar untuk tempoh masa yang lebih lama. Tetapi, jika anda bosan dengan rasa air masak/suling tersebut, campurkan sedikit jeruk nipis, daun mint atau hirisan mentimun.


2. Jus Tembikai.




Sekiranya jus tembikai tidak ditambah dengan gula, asid aminonya boleh membantu mengurangkan lemak dibahagian perut. Menurut artikel di dalam Journal of Nutrition, asid arginine, yang boleh mengurangkan lemak tubuh dan membuat otot menjadi lebih kecil, termasuk otot perut. Kandungan nutrisi dan asidnya juga berfungsi dalam meningkatkan metabolisme tubuh.


3.Teh Peppermint.




Merupakan minuman penghilang haus yang sangat menyegarkan ketika cuaca panas. Fungsinya bukan hanya menghilangkan dahaga tetapi juga membantu tubuh memproses lemak dengan lebih cepat. Amalkan pengambilan teh peppermint selepas anda makan makanan berlemak tinggi seperti daging merah, kambing..


4. Nanas Frappe.




Buat jus nanas anda menjadi minuman segar sekaligus boleh membantu merampingkan perut. Caranya dengan mencampurkan dua sudu minyak biji rami ke dalam jus. Kandungan asid pada minyak biji rami terbukti boleh mengurangkan lemak perut. Sementara, nanas mengandung bromelain, iaitu enzim yang membantu memecahkan protein, sehingga memudahkan proses pencernaan dan mencegah kembung perut.


5. Teh Hijau.



Bukan setakat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser, pengambilan teh hijau juga boleh membantu mengurangkan lemak perut. Hal ini kerana kandungan catechin pada teh hijau yang sangat tinggi. Untuk hasil yang efisien, amalkan pengambilannya sebelum bersukan kerana akan membantu pembakaran lemak dengan lebih banyak.



6. Jus MONA VIE (19 Jenis buah-buahan).





Ramai yang berjaya sembuh dari pelbagai penyakit kronik mereka setelah meminum Jus Monavie. Berikut adalah antara penyakit yang dapat dibantu dengan Jus Monavie.
* Susah tidur malam
* Sakit Sendi
* Lemah Lutut
* Kolestrol Tinggi
* Kencing Manis
* Buah Pinggang
* Gout
* Sakit kulit, Gatal-gatal
* Arthritis
* Sakit Jantung
* Kanser
* Stroke/Lumpuh
* Sakit tulang belakang
* Resdung
* Eczema
* Letih Lesu
* Asma
* Haid Tidak Teratur
* Lemah Antibodi
* Denggi
* Sembelit
* Buasir
* Jangkitan Faraj
* Gastrik
* Darah Tinggi
* Lemah Tenaga Batin
* Mati Pucuk
* Ingatan lemah
* Mudah Lupa
* Alzheimer
* Alahan

pengambilan Jus Monavie juga 
baik untuk menurunkan berat badan kerana ia mengandungi cyanidin, sebuah compond fitokimia antioksidan yang sangat bagus." Tuntutan ini berdasarkan pada laporan kajian Jepun yang menemukan bukti bahawa cyanins bekerja dengan mengurangkan penyerapan lemak dan "menguras lemak tubuh"... Untuk hasil yang efisien, amalkan pengambilannya  2 hingga 4 oz sehari bergantung pada saiz dan pola makan anda, jika anda telah makan banyak makanan olahan perlulah minum lebih.

Ramuan alami dengan lemak esensial, serat, asid amino pitosterol dan bekerja sama untuk membantu tubuh anda membakar lemak secara lebih efisien, makanan di proses dengan lebih cepat dan mempu mengurangkan berat yang anda mahukan.

Asid Lemak /Fatty Acid
Tubuh kita memerlukan asid lemak esensial untuk meningkatkan metabolisma yang membantu mengurangkan berat badan dengan cepat dengan kehadiran Omega-3 dan Omega-6 fatty acids.

Asid Amino
Acai berry kaya dengan asid amino, yang secara luas dikenal sebagai blok bangunan protein. Otot-otot anda memerlukan asid amino dalam rangka untuk beroperasi dengan baik dan untuk mengelakkan dari trauma atau tekanan latihan yang lain. Kerana asid lemak dalam jus ini meningkatkan metabolisme anda dan asid amino membina otot anda, kita boleh mengatakan bahawa nutrisi dalam Jus Monavie membantu tubuh anda membakar lemak dan tenaga lebih cekap, menyebabkan anda kehilangan berat badan.

Serat 
Jus Monavie  mengandungi banyak jumlah serat, yang membantu saluran pencernaan anda membantu memindahkan makanan melalui tubuh anda. Dengan cara ini, kelebihan makanan tereliminasi daripada diserap dan berubah menjadi lemak. Serupa dengan asid lemak yang disebutkan di atas, serat juga membantu untuk memuaskan rasa lapar.

Pitosterol
Gabungan ini membantu menguatkan saluran pencernaan anda, menggerak bahan sisa keluar dan menyerap nutrisi lebih cekap.

Untuk mendapatkan Jus Monavie sila hubungi En. Akif 019-6656136.



p/s: apa salahnya mencuba kan, kan? =D

JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

NGERI : Proses Buang Lemak...!!!




Lepas ni kalau orang kata kenapa penyakit obesiti atau kegemukkan tu bahaya, aku rasa aku dah ada jawapannya... Itu la ubatnya kalau dah ketagih makan melampau (ni bukan makan dah ni, ini dah mentekedarah namanya), dah sakit baru beringat nak buang segala lemak yang ada, kalau tak, dok makan la selagi ada... Haishhh, macam-macam hal =,='


Kan elok kalau time makan tu diselang-selikan dengan makan benda-benda yang seimbang, ini dok telan benda yang bukan-bukan je, memang cari penyakit nama dia... Tak pasal-pasal kena buat operation macam abang kat bawah ni... Kan bagus kalau duit untuk buat operation tu kita simpan elok-elok untuk masa akan datang... Lagi berfaedah rasanya... Bagi korang yang tak sedar-sedar lagi tu, korang layan je la gambar kat bawah ni... Cekidaauutt~~












Apa yang doktor tu pegang baru lemak yang ada kat bawah perut, yang kat dalam perut entah macam mana punya besar pun tak tahu laa... Banyak lagi kerja-kerja membuang lemak yang nak kena buat ni... Kalau tak nak rasa badan korang macam "kereta yang sedang dibaiki di bengkel", baik la jaga pemakanan dari sekarang... Peace yoo~~


p/s: mencegah lebih baik daripada merawat... pat2 p tgk cermin kalau rasa-rasa perlu repair, lepas neh start makan sayur-sayuran yer...


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :