merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Tuesday, 3 April 2012

WOW : "Takabisha" - Bagaikan Tercabut Nyawa! - Berani ke???


Oh, Roller coaster...!! Masalah GAYAT rasanya semua orang ada, cuma tahap KEGAYATAN tu jer yang berbeza-beza... betul tak? TAKABISHA adalah roller coaster paling curam di dunia. Dari wajah-wajah penunggang yang menaiki roller coaster ini, jelas menggambarkan satu pengalaman yang amat menakutkan. Jika ingin mencuba anda perlu mempunyai semangat dan ketahanan mental yang kuat. Huhu... anda berani ke...???



"Takabisha" - Roller coaster tercuram di dunia, Taman Tema Fuji-Q Highland. 


Takabisha- bagaikan tercabut nyawa! - dengan ketinggian 141kaki (kira-kira 45meter) dan mempunyai sudut bebas kejatuhan sebanyak 121 darjah, penunggang akan merasa seperti dihumban terus ke arah bumi dengan kelajuan 62mph. Kalau menaiki kereta dengan kelajuan 62mph tak rasa apa pun kan...? Sebab kelajuan hanya bergerak menuju ke depan. Cuba bayangkan dengan kelajuan tersebut anda dihayun dari atas menghala ke bawah...??? Perghhhhh... dalam hanya 112saat sahaja anda telah melalui sepanjang lebih daripada dua batu landasan yang betul di dalam kereta yang dilengkapi dengan motor yang mempercepatkan anda melalui tujuh gelung landasan yang menakutkan. Huhu... sanggup tak...???
 





Guinness World Records mengesahkan bahawa Takabisha di taman tema Tokyo kini memiliki roller coaster tercuram di dunia, menewaskan Yorkshire Mumbo Jumbo yang pernah berada di tempat teratas. Takabisha adalah satu-satunya roller coaster yang mempunyai sudut bebas kejatuhan 112 darjah, serta penunggang dapat merasakan pengalaman seperti menaiki G-Force setaraf dengan juruterbang pejuang tu! 


Namun, Takabisha di Taman Tema Fuji-Q Highland di bawah Gunung Fujidi Yamanashi, bukan sahaja terkenal dengan kecuraman perjalanannya - malah ia melibatkan kos yang berharga £23juta untuk membinanya.









JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :
..