merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Tuesday 19 February 2013

PELIK TAPI BENAR : Ubi Kangkang...???



Pernah lihat sebelum ini...??? SubahanAllah... sejenis ubi berbentuk aneh telah dijumpai oleh seorang penduduk tempatan. Ubi tersebut dinamakan ubi kangkang kerana ia benar-benar menyerupai kaki seorang manusia yang sedang mengkangkang. Penemuan ini mencetuskan banyak tanda tanya dikalangan orang ramai, para pengkaji dan peminat mistik. Adakah penemuan ubi ganjil ini mempunyai kaitan dengan benda hidup atau pun yang telah mati. Keajaiban kejadian Tuhan tiada batasanNya... 

sumber : esempoi.com




..

WAJIB BACA : JANGAN BERSEDIH


Jangan Berdukacita kerana sesungguhnya dunia terlalu hina untuk membuat anda bersedih hati
Tulisan ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam buku Jangan Bersedih…

Puisi Ibnu al-Mubarak :

Wahai orang yang mencela dan menghina orang lain, adakah engkau lepas dari ujian dan cubaan? Atau Engkau punya janji kuat dari hari-hari? Engkau adalah orang bodoh dan tertipu.

Maksudnya : Wahai orang yang selalu menghina dan memperkecilkan orang lain, adakah anda terikat janji supaya tidak ditimpa musibah seperti mereka? Ataukah hari-hari sudah memberi jaminan untuk keselamatan anda dari berbagai-bagai bencana dan cubaan? Lantas mengapa anda selalu mencela.

Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan, biarlah kita dihina dan diumpat, jangan kita mengumpat dan menghina orang lain. Bercakap perkara yang benar mengenai seseorang adalah mengumpat,bercakap perkara yang dusta mengenai seseorang adalah fitnah. Keduanya harus dihindar. Jangan bersedih jika dihina dan dicerca, kerana mereka juga manusia seperti kita..kita lebih bertuah kerana bergantung kepada Allah, bukan pada manusia…


Beristighfar selalu memohon keampunan dari Allah, manalah tahu saat dan masa roh dicabut... maut itu pasti datang kepada tiap-tiap seorang, tidak kira orang yang zalim ataupun dizalimi, yang kuat ataupun yang lemah, yang kaya mahupun yang miskin.

“Buatlah minuman yang manis dari air limau nipis yang masam”

Banyak lagi kerja yang boleh dilakukan dari melayani kesedihan anda, seperti mengemas ruang pejabat, mengemas rumah, menziarah orang sakit, menghiburkan anak-anak yatim, bersedekah, bersukan, membantu orang miskin, bercucuk tanam, menghias rumah dan pejabat, membuat kek dan biskut serta macam-macam pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil kepada anda.


“Hidup ini terlalu singkat untuk kita bersedih dan berdukacita”


sumber : auraagung2u.blogspot.com




..

Tuesday 12 February 2013

INFO MENARIK : Karnival ICT & Kreatif



KHAS UNTUK USAHAWAN IKS, USAHAWAN WANITA, USAHAWAN SISWAZAH, BAKAL USAHAWAN, PENGURUS, PELAJAR UNIVERSITI, PEKERJA AWAM & SWASTA DAN ORANG AWAM.

1- CABUTAN HADIAH BERTUAH iPAD

2- DAPATKAN GERAN PERCUMA RM 1,000 DRPD SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN LAMAN WEB "GET MALAYSIAN BUSINESS ON-LINE" (GMBO). PENDAFTARAN PERCUMA, TERHAD KEPADA 50,000 USAHAWAN SAHAJA.

3- PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA USAHAWAN BERJAYA

4- PAMERAN DAN TAKLIMAT TENTANG PELUANG-PELUANG BANTUAN KERAJAAN SEPERTI TERAJU, MDEC, CRADLE, MAVCAP, SMEBANK, BSN DLL.

5- PELUANG PENDIDIKAN KEMAHIRAN KREATIF KEPADA BELIA-BELIA BERSAMA KRU ACADEMY

6- PELUANG MENCARI RAKAN NIAGA DAN SESI PEMADANAN PERNIAGAAN JUGA TURUT DISEDIAKAN MELALUI PAMERAN DAN JUALAN USAHAWAN-USAHAWAN.

>> http://www.facebook.com/events/447454025328191/









...

WAJIB BACA : Atasi Jerawat Dengan Limau Nipis & Madu


Tidak ada salahnya, Jika anda cuba menggunakan bahan semulajadi untuk mengatasi jerawat. Misalnya, dengan menggunakan topeng muka (MASKER) madu dan limau nipis.

Dalam madu, terdapat kandungan zat antiseptik yang berguna untuk membunuh bakteria yang ada pada wajah yang boleh menyebabkan jerawat semakin meradang.

Manakala, air limau nipis boleh mengurangkan minyak pada wajah sehingga dapat mencegah kotoran melekat di wajah. Ini langkah-langkah untuk membuat topeng (MASKER) dari limau nipis:


* Ambil limau nipis dan peras airnya sebanyak 1 sudu teh.
* Campur air limau nipis tadi dengan 1 sudu teh madu.
* Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
* Bilas dengan menggunakan air sejuk.

Semoga dengan menggunakannya secara teratur, jerawat boleh hilang dari wajah anda.






...

Monday 11 February 2013

INFO SIHAT : Buah-buahan Boleh Merawat Masalah Wajah?

BETUL KE MAKAN BUAH-BUAHAN BOLEH MERAWAT MASALAH WAJAH? 
p/s : dapat memutihkan wajah



Menu makanan sihat untuk kulit agar kelihatan bersinar dan putih, kulit sihat adalah dambaan setiap orang, kerana sebenarnya kulit memang suatu daya tarikan untuk seseorang dalam memikat pasangan, maklumlah penampilan adalah yang nombor satu dalam setiap hal.

Untuk kulit kencang dan cerah Makanan yang disyorkan oleh para doktor antara lain; kentang manis, dan tomato. Fungsi makanan-makanan yang disebutkan di atas tersebut antara lain adalah untuk menyediakan antioksida yang diperlukan kulit.Antioksidan, seperti diketahui, mampu melawan radikal bebas yang siap merosakkan kulit dan menyebabkan kekeringan dan kedutan.

Untuk kulit segar dan kenyal Tubuh tidak boleh menyimpan vitamin C yang membantu melawan kerutan pada wajah dalam jumlah banyak. oleh itu, anda perlu membekalkan vitamin C dalam setiap hari dengan makanan tambahan. Cara paling mudah? Makan buah-buahan yang tergolong dalam keluarga sitrus, seperti limau, lemon, limau, dan grapefruit (limau besar, mirip limau Bali).pastikan vitamin C dalam tubuh berada dalam kuantiti tinggi kerana bahan tersebut membantu menjaga kolagen (rangkaian protein pembangun yang mencegah kulit lembik, dan menjaganya kuat dan kenyal).

.: MENGHALUSKAN ;.

Ada jenis antioksidan tertentu yang dikenal dengan EGCG, yang baik untuk kulit. Hal ini boleh ditemui pada teh. Baik teh hitam, teh hijau, mahupun teh putih. Minum 4-6 cawan satu hari akan sangat membantu. EGCG membantu mengatasi masalah keradangan, termasuk dalam bentuk jerawat dan penuaan akibat matahari, serta melawan kanser kulit, serta dapat melawan sel tumor.

.: GELAP DAN HIJAU :.

Beberapa sayur-sayuran gelap, entah itu yang segar, beku, mentah, atau kukus boleh mempunyai kandungan vitamin A, salah satu vitamin yang penting untuk kulit. Sayur-sayuran yang disyorkan oleh para doktor antara lain; bayam, turnip, dan brokoli. Makanan-makanan tersebut memberikan vitamin A, menyokong pertukaran sel kulit mati dan yang baru. Tanpa vitamin A yang cukup, kulit akan menjadi kering, keras, dan pecah-pecah.


.: IKAN :.
Beberapa jenis ikan boleh memberikan asid lemak omega-3 yang melawan penuaan dan memberikan protein. Ikan yang disyorkan; salmon, trout, tuna, sardin, makerel, herring, dan shellfish. Namun, siapkan pengambilan secukupnya. Kerana dikhuatiri, terlalu banyak makan ikan boleh membuat tubuh menyimpan merkuri dalam jumlah banyak.

Di atas adalah menu masakan untuk membuat kulit sihat dan bersinar, jadi sila di pilih dan semoga anda berjaya dalam menjalankan program pemutihan kulit yang sihat.



...

WAJIB BACA : Adab Ketika Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam


1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu.Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.


Sumber :http://pama.karangkraf.com





..

Tuesday 5 February 2013

WAJIB BACA : Kehamilan Kembar


Kelahiran kembar menjadi lebih kerap terjadi kebelakangan ini disebabkan oleh teknologi kesuburan yang semakin maju dan juga kerana pengunaan ubat kesuburan yang semakin banyak.

Terdapat banyak sebab kenapa ia terjadi.
Telur yang dilepaskan lebih dari 1 semasa ovulasi. Ia selalunya terjadi disebabkan oleh ubat kesuburan dan membentuk kembar tidak seiras.
Dalam kes kembar seiras pula, satu telur dilepaskan tapi terbelah menjadi dua. Selalunya ia terjadi secara semulajadi tanpa apa-apa ubat.
Dalam kes bayi tabung uji dimana, selepas persenyawaan dibuat diluar rahim, 3 atau lebih telur yang telah tersenyawa diletakkan balik kedalam rahim. Kebarangkalian untuk semua telur melekat adalah rendah tetapi ia boleh terjadi.

Bagaimana Saya Tahu Ia Kandungan Kembar?

Imbasan Bunyi atau Ultrasound ialah cara yang mudah untuk anda mengetahui samada anda hamil kembar. Segelintir dari wanita tidak mengetahui sehingalah saat mereka hendak melahirkan. Anda boleh mengagak yang anda hamil kembar sekiranya perut anda membesar dengan cepat dan semasa pemeriksaan kehamilan, doktor mungkin boleh mendengar dua denyutan jantung.

Ramai wanita yang hamil kembar mengatakan ia lebih sukar dan meletihkan. Anda membawa berat yang lebih dari biasa, termasuk uri dan air ketuban yang lebih banyak. Berat yang bertambah bermakna lebih rasa sakit belakang dan sukar untuk merasa selesa. Anda mungkin mahu mendapat lebih rehat dan berehat dari kerja lebih awal.

Komplikasi Kelahiran Kembar

Walaupun kehamilan kembar merupakan sesuatu yang cukup memberi makna bagi setiap pasangan tapi adalah penting untuk mengetahui tentang komplikasi yang mungkin timbul seperti:

Kelahiran pra-matang
Kebanyakkan kehamilan berakhir pada 38-42 minggu tetapi bagi kebanyakkan kelahiran kembar, ia selalunya berakhir 2-3 minggu lebih awal.

Bayi tidak cukup bulan
Sekiranya kelahiran pra-matang gagal dicegah, bayi akan lahir terlalu awal dan terpaksa menghadapi pelbagai komplikasi bayi pra matang: ini termasuk, kekurangan berat badan, paru-paru dan organ-organ lain yang tidak matang, masalah pernafasan dan penghadaman. Komplikasi jangka panjang pula, masalah kesukaran belajar dan tumbesaran.

Tekanan darah tinggi
Mereka yang mengandung kembar lebih kerap akan mendapat darah risiko tekanan darah tinggi semasa hamil. Doktor selalunya akan memberi perhatian yang teliti untuk mengesan komplikasi awal yang boleh membawa akibat yang buruk kepada ibu dan anak.

Kencing manis
Mereka yang hamil kembar juga lebih berisiko untuk mendapat kencing manis. Kencing manis semsa mengandung boleh menyebabkan kerosakan pada uri dan meningkatkan risiko kesukaran pernafasan pada bayi.

Transfusi kembar ke kembar (Twin To Twin Transfusion)
Bagi kembar seiras, ada kemungkinan terdapat ketidakseimbangan pengaliran darah dimana satu bayi mendapat terlalu banyak darah dan satu lagi mendapat kurang darah. Ini terjadi disebabkan pembentukkan salur darah tidak normal didalam uri. Sekiranya ini terjadi, risiko kelahiran pra-matang akan menjadi tinggi kerana doktor akan cuba menyelamatkan kedua-dua bayi dengan mempercepatkan kelahiran mereka kerana lebih lama bayi berada dalam kandungan, lebih tinggi risiko untuk kematian bayi.

Pembedahan caesarean
Kemungkinan untuk melahirkan secara normal tetap ada terutama apabila kedua-dua kepala bayi berada dikedudukan bawah. Dalam keadaan tertentu, komplikasi berlaku selepas kelahiran kembar pertama menyebabkan pembedahan caesarean terpaksa dilakukan untuk kembar kedua. Pembedahan caesarean adalah lebih selamat untuk kedudukan songsang atau kandungan kembar lebih dari satu.

sumber : http://portal.alamhamil.com





...

Monday 4 February 2013

WAJIB BACA : Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung!

Info berguna untuk suami tersayang!

1. Melakukan banyak amalan sunat
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung ialah suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah dan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Perbanyakan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.


Lebihkan membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi. Selain itu, suami juga digalakkan berpuasa sunat, pada hari Isnin dan Khamis. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

2. Kongsi Maklumat Kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah. Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.

Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri. Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.

3. Jaga Pemakanan Isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya.

Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya. Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu. Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.

4. Menjaga Perasaan Isteri
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.


Apabila berlaku perselisihan faham, selesaikan dahulu sebelum masuk tidur. Yang paling penting, jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

5. Memahami Pengorbanan Isteri

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung- jawab yang berat itu.

6. Hindari Stress
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.


Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil. Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.

7. Temani Isteri Berjumpa Doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.


Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan. Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.

8. Berada Di Sisi Apabila Isteri Bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadapisteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. tika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,

” La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin “

Maksudnya

” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim. “





...