merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Saturday 31 December 2011

Apakah Salah Aku?


- Bila kau nak kahwin ni Pian? Tak sabar la aku nak melihat aku naik jinjang pelamin,nak juga aku merasa nasi minyak nanti!Ish,kau ni Zaid,ada jodoh,aku kahwin la!Ha,yang kau dok sibuk pasal jodoh aku,bila pula kau nak pergi Jordan?soal sambil menyuapkan sedikit nasi lemak ke mulutnya yang berada di atas mejanya.Menurut surat itu,lagi 3 bulan dari sekarang,tapi aku kena buat persediaan yang rapi.Macam-macam kena selesaikan,passport,kelas intensif bahasa arab, dan banyak lagilah..tapi sebelum aku pergi sana,aku nak lihat kau berkahwin dulu,baru tenang hati aku.Ke situ pula kau ni Zaid,kau tu bila pula?

“Aku target kahwin kat sana la Pian! baru la seronok.Haha,melawak ja,ha makan la cepat,kita ada kelas lagi ni.”
Diambil beg yang diletakkan di atas meja tadi dan Zaid terus melangkah pergi dari café kelate yang terletak berhampiran dengan universiti mereka yang memang terkenal sejak dahulu lagi terutamanya nasi lemak dagingnya.Hubungan Zaid dan Pian ibarat adik beradik.Faktor rumah kediaman mereka berdua yang dekat menjadikan hubungan mereka mempunyai seribu cerita gembira dan sedih.Pernah satu ketika Zaid pernah lemas di sungai sewaktu kecil,Pian yang kebetulan berada di situ tanpa memikirkan soal nyawanya terus terjun menyelamatkan Zaid dan menariknya hingga ke tebing.Sejak dari peristiwa itu,Zaid menganggap Pian sebagai abangnya tambahan pula Zaid adalah anak tunggal dalam keluarganya.

“Baiklah,memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir pelajar sekalian berada di sini,saya ingin meminta maaf atas segala tingkah laku saya sepanjang pembelajaran kita di sini dan saya juga memaafkan kesalahan kamu semua.” nada sedih Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.Pelajar kuliahnya juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan saling bersalaman.Jelas dari riak wajahnya, beliau agak keberatan untuk meninggalkan anak murid kelasnya.

Tapi,apakan daya,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Baginya,inilah antara anak murid yang terbaik pernah diterimanya sepanjang 15 tahun mengajar di universiti ini. “Err, Zaid saya nak jumpa awak di bilik saya nanti pukul 5 petang," Profesor Tajuddin sempat bercakap dengan Zaid sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.

Baiklah Prof,balas Zaid sambil melontarkan senyuman kepada Profesor Perbandingan Agama itu.

“Eh,Zaid ada apa Prof nak jumpa kau?soal Pian dengan muka yang agak risau di wajahnya."

“Aku rasa kan mesti Prof nak kahwinkan anak perempuan dia dengan Zaid," sampuk Bob rakan sekuliah mereka.
Ishh,kau ni Bob,memandai saja,mana kau tahu yang Prof kita itu ada anak perempuan yang sebaya dengan kita.

"Apa la kau ni Pian,zaman sekarang dah maju la,dah zaman informasi di hujung jari la,guna facebook saja,kebetulan hari tu aku search nama Prof dan ada juga profil anak dia kat wall Prof,apa lagi,aku terus add dia la,cantik tau!” jawab Bob dengan wajah yang yakin.

“Dah2,mengarut saja kau ni Bob!” balas Zaid dari tadi yang mendiamkan diri sejak disoal Pian tadi.

“Ha Bob,anak Profesor itu accept tak request kau tu?”tanya Pian lagi. “Ermm takpun,aku rasa dia sibuk la Pian,” balas Bob sambil menundukkan kepalanya tersimpul malu.Hahaaha,Zaid dan Pian masing-masing ketawa sejurus mendengar jawapan dari mulut Bob.

Tombol pintu bilik D502 dibuka perlahan-lahan.Berdebar-debar rasanya jantung Zaid.Bermacam-macam perkara yang melayang di fikirannya.Apa yang aku dah buat?Setahu aku assignment semua sudah dihantar.Ishh,risaunya aku. “Ya Allah,kabarkanlah kepadaku berita yang gembira.” Sempat juga Zaid berdoa dalam hatinya.

“Ha,yang kamu tercegat di situ buat apa!Mari duduk sini,sambil menunjukkan ke arah kerusi chairman yang berwarna hijau,” kata Profesor Tajuddin.

“Apa halnya Prof panggil saya ke sini?Degupan jantungnya semakin berkencang ibarat pahlawan berkuda berlari mengejar musuh.Direnung wajah Profesor Tajuddin dengan teliti.Ada saya gagal paper Prof ka?”semakin berserabut persoalan yang bermain di mindanya.Semua ini perlu dijawab dengan secepat mungkin supaya hilang kegelisahan di hatinya.

“Hurm,sebenarnya kamu tiada buat-buat apa-apa kesalahan ataupun fail paper saya.Cuma saya ada satu tawaran pada kamu.” jawab Profesor Tajuddin dengan nada yang gembira.

“Alhamdulillah,lega rasanya mendengar jawapan yang keluar di mulut Prof,” kata-kata itu terus keluar dari mulut Zaid.Matanya liar melihat apa-apa fail ataupun surat yang berada di atas meja.Tawaran apa pula Prof?Tak sabar pula nak mendengar tawaran yang diberikan kepadanya.Buat kali kedua jantungnya bernadi kencang.

“Memandangkan awak sudah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Master dalam bidang Perbandingan Agama di Jordan,saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini,”
jawab Profesor Tajuddin yang menggunakan terus menggunakan perkataan kahwin tanpa mahu bermadah lagi.

Alangkah terkejutnya Zaid.Kelu seketika lidahnya…Memang terkejut mendengar kata-kata Profesor Tajuddin yang memang menjadi rakan baik ayah Zaid ketika mereka sama-sama belajar dahulu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Mesti awak terkejut kan?Begini,saya rasa awak perlu berkahwin sebelum awak menyambung pelajaran awak di sana dan calon yang saya cadangkan ini bukan calang-calang orang.Saya ada bercakap dengan ayah awak hal ini dan dia menyokong.Wanita itu ada keistimewaannya yang tersendiri dan InsyaAllah seorang yang solehah!” Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.

“Err,saya bukan apa Prof,pertama saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada Prof atas cadangan itu tetapi saya rasa belum bersedia lagi dan andaikata saya ingin membina mahligai,saya perlu menyelidik dulu latar belakangnya.” jawab Zaid dengan suara yang rendah hati.

“Hurm,tak mengapa saya boleh beri awak masa untuk memikirkan dulu cadangan saya ini.Kalau awak ada apa-apa hal, awak boleh terus menghubungi saya.Owh,saya hampir terlupa,satu lagi wanita ini juga akan melanjutkan pengajiannya di Jordan dalam pengajian syariah.”

Baiklah Prof,saya akan fikirkan dulu.Apa pun terima kasih sekali lagi atas pelawaan sambil tangannya dihulur bersalaman dengan Profesornya yang sudah berusia 50-an itu.Kakinya melangkah keluar dari bilik itu dengan meninggalkan seribu persoalan di mindanya.Pertemuan petang itu yang sememangnya singkat tapi bermakna!

Sesampainya di biliknya,dia terus menghempas badannya ke tilam yang sudah berusia 3 tahun itu.Matanya merenung kipas di siling yang ligat berputar.Terngiang-ngiang kata-kata Profesor Tajuddin siang tadi:

“saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini dan InsyaAllah dia seorang yang solehah”


Adakah ini saatnya?Siapa wanita itu yang Profesor Tajuddin teria-ia mahu memperkenalkan kepada aku?Apa yang istimewanya dia?

Aduh,banyaknya persoalan?

Hah!

“Huh,terkejut aku!kenapa masuk tak bagi salam dulu,”ngomel Zaid pada rakannya Pian.
Saja nak menyergah kau,aku tengok kau seperti serius memikirkan sesuatu,ni mesti bab kahwin kan? Pian meneka perkara yang sememangnya melayang-layang di fikiran rakan baiknya itu.
“Entahlah,aku jadi pening memikirkan saat bahagia aku,maksud aku perkahwinan…” belum sempat Zaid menghabiskan ayatnya Pian cuba mencelah.

“Cuba kau ceritakan kepadaku apa masalah yang sebenarnya,mungkin aku boleh bantu apa yang termampu.”

Aku nak tanya kau sesuatu,andaikata ada orang yang pelawa kau mengahwini seorang wanita yang jelas sekali kau tidak mengenalinya langsung,walaupun katanya dia seorang yang solehah,apa respon kau?

“Owh,ni mesti pasal kejadian di bilik Profesor Tajuddin kan?Tekaannya benar sekali.Kalau aku,mestilah nak kena selidik latar belakang dulu!

Tak kan kau tak ingat panduan yang Nabi Muhammad bagi pada kita kalau nak kahwini seseorang itu,lihatlah pada harta,keturunan,kecantikan dan agamanya,tetapi yang terbaik lihat pada agamanyalah.Kau tak taaruf dulu ka?”Tanya Pian lagi.

Perkataan taaruf yang keluar dari mulut Pian seolah-olah merungkai sedikit kekusutan yang dilandanya. “Betul juga cakap kau,aku boleh merisik dahulu supaya aku dapat tahu latar belakangnya.”Terima kasih Pian.Dipeluk erat badan rakannya itu.

Salam.Saya dah fikirkan cadangan Prof tempoh hari dan kalau boleh saya nak minta tolong Prof aturkan pertemuan saya dengan keluarga wanita itu secepat mungkin!

Mesej yang terpapar di skrin telefon Profesor Tajuddin membawa khabar yang positif.Namun ayat terakhir Zaid itu membuatkan Profesor Tajuddin sedikit risau memikirkannya.
Esok,pukul 5 petang awak datang rumah saya,kita akan bertaaruf dengan wanita itu.

Jangan lupa pula
Profesor Tajuddin membalasnya dengan jawapan yang cukup ringkas.

Saya minta tolong jasa baik Profesor untuk carikan calon yang sesuai kepada Fatimah.Kesian saya tengok dia.Saya takut dia akan selalu memikirkan perkara ituLagipun Prof pun dah mengenalinya sejak kecil lagi dan banyak membantunya,ujar Pak Salih kepada Profesor Tajudin.

“InsyaAllah, saya akan cuba apa yang termampu.” balas Profesor Tajuddin.

Perbualan dengan Pak Salih itu sering mengingatkan amanah yang diberikan kepadanya.Kalau boleh,dia mahu menyelesaikan masalah Fatimah itu dengan secepat mungkin.Tapi adakah ada orang yang sanggup…Ishh …Astaghfirullah,ke situ pula aku memikir,dah masuk waktu maghrib dah pun.


Pertemuan Yang Dinanti-nantikan!

Seperti yang kita rancang,saya akan memberikan dahulu gambar yang saya cadangkan pada awak.Ini dia wanita yang saya sebutkan tempoh hari.

Direnung wajah di foto itu dengan teliti.Kelihatannya dia memang seorang yang cantik,bergaya dan ada sinar nur diwajahnya.Bisik hati Zaid.

“Err,sebelum itu perkenalkan dahulu di sebelah saya ini,Pak Salih dan Mak Cik Leha.Mereka berdua ini penjaga kepada perempuan ini.Saya rasa elok kalau Pak Salih sendiri yang perkenalkan wanita itu pada kam,”sambung Profesor Tajuddin lagi.

“Nama penuh wanita itu Fatimah binti Abdullah,dia merupakan anak angkat kepada kami berdua sejak dilahirkan.”

Zaid mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang keluar dari mulut Pak Salih.

“Err,boleh saya tahu di mana ayah dan ibu Fatimah.” soal Zaid.

Saya akan beritahu perkara yang sebenar kepada kamu tanpa berselindung apa-apa,kata Pak Salih.Pak cik harap kamu boleh terima dengan hati yang terbuka penjelasan pak cik ini.

Bunyinya macam ada rahsia yang tersembunyi yang hendak disampaikan Pak Salih di sebalik kisah anak angkat mereka.Zaid kehairanan melihat riak wajah Pak Salih yang mula menitiskan air mata malah Profesor Tajuddin dan Mak Leha turut berkelakuan sedemikian.Semakin kusut fikirannya!


KIsah Sebenar


Sebenarnya,Fatimah itu dilahirkan hasil perzinaan emaknya dan teman lelaki dia 23 tahun dahulu.Dia ditinggalkan di masjid di kampung kami.Identiti ibunya dan ayahnya tidak diketahui hingga sekarang.Kebetulan pak cik yang menjumpai bayi itu dalam keadaan menangis ketika ingin menunaikan solat dan kami mengambil keputusan untuk menjadikan Fatimah sebagai anak angkat kami memandangkan kami tiada mempunyai zuriat.

Kami mendidiknya penuh dengan kasih sayang dan memberikannya ilmu agama yang secukupnya agar apabila dewasa kelak Fatimah mengetahui statusnya yang sebenar,dia mampu menerima takdir ini dengan sebaiknya.

Astaghfirullah halazim,alangkah terkejutnya Zaid apabila mendengar penjelasan yang diberikan Pak Salih.Fikirannya menjadi tepu seketika.Bagaimana aku mahu menerima pelawaan sebegini rupa.Tak terlintas langsung di fikirannya akan perkara sedemikian.Mengapa aku harus mendengar kisah sebegini!
Layakkah seorang anak luar nikah mengahwini aku?Semua persoalan itu bermain di mindanya.
Melihatkan Zaid yang terdiam seketika,Mak Leha yang dari awal tadi hanya membisu mula bersuara."

Mak cik sangat kesian melihat Fatimah.Satu kampung mengetahui statusnya sehingga ada yang mencemuhnya sepanjang dia berada dalam jagaan kami tetapi Fatimah tabah dan sanggup menerima kejian orang kampung dengan sabar sekali.Mak cik sedar orang seperti Fatimah ini mesti sangat susah orang nak jadikannya sebagai isteri tetapi percayalah kami sudah mendidiknya agar menjadi muslimat yang bertakwa”Air mata yang keluar pantas di kesatnya.

“Prof harap sangat pada kamu agar dapat menerimanya.Dia mendapat pendidikan agama yang sempurna dan Alhamdulillah dia akan melanjutkan pengajiannya di bidang syariah tak lama lagi.Dan menurut perkiraan Prof,kamulah calon yang sesuai untuk diisi dalam hati wanita yang bernama Fatimah yang nyata sangat sukar ada orang yang sanggup mengahwininya kerana statusnya,”pujuk Profesor Tajuddin cuba meyakinkan Zaid.


“Beginilah,saya sangat simpati terhadap apa yang berlaku kepada Fatimah dan sesungguhnya ini ketetapan dari Tuhan dan saya meminta ruang masa yang secukupnya agar saya mampu membuat keputusan yang terakhir.” Jawapan yang keluar dari mulut Zaid nyata memberi satu sinar harapan.

Sememangnya Zaid seorang yang tenang apabila berhadapan situasi yang rumit sebegini.
Jauh di sebalik langsir ruang tamu milik Profesor Tajuddin, kelihatan seorang wanita yang berdiri di belakang langsir itu.Fatimah!Rupa-rupanya dia sedang mendengar perbualan mereka.Terpampang di wajahnya air mata yang sukar mengungkap segalanya.

“Baiklah rasanya kita sudah mencapai kata sepakat setakat ini,pihak kami akan menunggu jawapan dari awak,”ulas Professor Tajuddin yang menjadi orang tengah antara pertemuan itu.Air dan beberapa cucur jemput yang disediakan langsung tidak disentuh oleh Zaid.

Kata Putus

Kau kata nak bagi kata putus 2 minggu lagi? Tanya Pian.Eloklah kau buat solat istikharah dulu dan berdoa banyak-banyak minta petunjuk Ilahi.InsyaAllah akan ditetapkan hati kau.Kau dah bagitahu emak dan ayah kau?

Dah,mereka memberi kuasa sepenuhnya pada aku,asalkan aku bahagia nanti,mereka turut tumpang gembira.


Kini keputusan untuk menerima pelawaan itu terletak sepenuhnya pada Zaid.

Saat malam yang penuh dengan langit di sinari bulan dan bintang menjadikan pemandangan yang indah.Bait-bait zikir sentiasa diungkapkan tak kira siang atau malam.Direnung langit yang luas itu.Subhanallah,tiada arkitek di dunia ini yang mampu menjadikan sebegini.

Kelihatan muka Zaid dibasahi dengan titisan air.Wuduk untuk solat malam!Inilah saat yang indah untuk Zaid bertemu Tuhannya.Saat ketika manusia dibuai mimpi indah digunakan sepenuhnya untuk mengadu sebarang masalah dengan Tuhan.


“Ya Allah,kau berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini untuk membuat keputusan yang terbaik.Andai kata dia adalah untukku,aku redha dan andaikata dia bukan untukku juga aku redha”
“Kau dah pasti dengan keputusan kau ni,” soal Pian serius.
Aku yakin dengan keputusan ini!

Bila?Hujung bulan depan.Di kampung Permata Hijrah.Baiklah nanti saya akan maklumkan kepada mereka.

Perbualan dengan Zaid petang itu amat bermakna buat Profesor Tajuddin.Dia seolah-olah mendapat suntikan semangat.Alhamdulillah,semoga mereka berdua bahagia dunia dan akhirat.
Kamu bertuah Fatimah..Dia dah setuju.

Alhamdulillah,kedengaran ucapan tahmid di bibirnya.Riak wajahnya juga berbeza.Ternyata gembira.Masih ada insan di muka bumi ini yang sanggup menerima golongan seperti aku,getus hati kecilnya..

Inilah rahmat dan kasih sayang daripada Allah.Dia sentiasa Maha Adil.Kamu kena ingat semulia-mulia manusia di sisi Allah, adalah orang yang bertakwa..hatta sekalipun orang itu hanya bekerja sebagai tukang kebun..tambah Mak leha lagi..


InsyaAllah..saya akan ingat pesan itu Mak,balas Fatimah yang sejak kecil lagi memanggil Mak Leha sebagai Mak.

Penerbangan

Tahniah,lepas ni kamu nak berbulan madu dimana?soal Bob.Mestilah di Jordan!jawab Pian mencelah..Wah,seronoknya..kata Bob..Kamu berdua ni ada-ada saja,apalagi cepat-cepatkanlah kamu berdua selesaikan.InsyaAllah.


Majlis pagi itu berjalan dengan lancar.Tetamu jemputan juga hanya dari rakan kenalan Zaid dan Fatimah serta sanak saudara Mak Leha.Ringkas dan sederhana.Tiada ‘dj’ yang diundang untuk menghangatkan suasana dengan lagu-lagu yang lagho.

Tiada kompang,tiada pelamin dan hadiah tetamu juga bukannya bunga telur tetapi sengaja dihadiahkan mathurat kecil.Amat jarang sekali suasana sebegini dapat disaksikan di tanah air ini!

Kelihatan dari jauh Profesor Tajuddin dan keluarganya berjalan menuju ke meja pengantin.
Barakallahu lakuma wabarakaaliah kuma ….
Syukran Prof.

Bila kamu berdua akan pergi ke Jordan!soal Profesor Tajuddin.

“InsyaAllah minggu depan,lagipun semua urusan dokumen dah selesai,”balas Zaid dengan nada gembira.
Prof nak ingatkan kamu berdua supaya sentiasa saling menasihati antara satu sama lain dalam melakukan kebaikan dan yang penting jadi mukmin yang bertakwa.
InsyaAllah…sahut Zaid dan Fatimah.

Assalamualaikum and good afternoon,my name is captain Haris,this flight will departure just in few minutes.For muslim,follow me to recite this prayer:Subhanallazi Sakkaralana Ha za Wama kunna lahu mukrinin...

Pesawat jenis Airbus A380 milik syarikat MAS Airlines mula berlepas meninggalkan landasannya.Bagaimana perasaan sayang sehingga saat ini?soal Zaid mahu menguji perasaan isterinya.
Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat pada Allah.Dia Maha Mengaturkan segalanya.Dia Maha Kuasa atas segalanya.

Walaupun sayang ditakdirkan untuk dilahirkan atas tiket anak luar nikah dan dibuang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi itu bukan penamat segala-galanya dalam kehidupan sayang.Itu juga ujian buat kita.Kadang-kadang bila difikirkan nasib yang menimpa diri ini,bagaimanakah pula dengan berjuta anak luar yang terhasil?

Mereka pasti tertanya-tanya susur galur mereka.Di mana ayah?Di mana ibu?Bagaimana mereka mahu membina kehidupan mereka?Apa pula pandangan masyarakat terhadap golongan seperti kami yang ditinggalkan ibu begitu sahaja.Titisan air mata mula membasahi pipi Fatimah.

Pantas Zaid mengambil hujung tudung Fatimah untuk mengesat air mata hidayah seorang hamba yang diuji kehidupannya.
Sudahlah,jangan dikenang sangat peristiwa lalu,janganlah kita suka menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi,tapi atas kesilapan manusia sendiri yang tak mahu mengikut petunjuk Ilahi.


Semua ini ada hikmahnya,yang penting kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang bertakwa dan selalu meminta keampunan darinya.Tapi ingat tugas kita nanti untuk mendidik masyarakat..Malam itu dalam perjalanan yang penuh mencabar di bumi anbia itu Fatimah terlena dalam dakapan suaminya yang tercinta.



 .

IT'S OVER...!!!

IT'S OVER... 2 HOURS SUPER DUPER PROMOTION IS CLOSED ALREADY...!! CONGRATS AND WELCOME TO ALL 1BEAUTY'S NEW MEMBERS... 


STAY KEEP IN TOUCH WITH 1BEAUTY...
LOVE YOUR NATURAL & BEAUTIFUL SKIN WITH 1BEAUTY
HAVE A GREAT DAY & HAPPY NEW YEAR 2012...!!!


SUPER DUPER SPECIAL ~ HAPPY NEW YEAR...!!!




JENG... JENG... JENG... 2HOURS PROMOTION IS COMING ON 31/12/2011...!!! GET READY FOR THE SUPER DUPER SPECIAL PRICE WITH IMMEDIATE PAYMENT ONLY...!!! ♥ 1BEAUTY ♥

IMMEDIATE PAYMENT ONLY...!!! ♥ 1 BEAUTY ♥

TODAY (31/12/2011) START FORM 2PM~4PM SUPER DUPER PROMOTION FOR 2SET OF 1BEAUTY RM170 ONLY...!!!

STAY KEEP IN TOUCH WITH 1BEAUTY
LOVE YOUR NATURAL & BEAUTIFUL SKIN WITH 1BEAUTY
HAVE A GREAT DAY AHEAD...!!! :)

Cantik ke?? Lawa ke?? Cun ke??


 CANTIK ??  LAWA ??  CUN??
Kenapa eh kalau nak nampak cantik mesti kena pakai makeup..??
Kenapa eh kalau tak pakai makeup, ramai yg complaint.. takde keyakinan diri lah, rasa kekok lah..??
Kenapa eh.. ada jugak bila nak gi dating mesti tempek foundation, tempek bedak kaw2 punya..??
Kenapa eh.. nak kena berselindung di sebalik foundation & bedak..??


Yg tgh bercinta tu, lagi ler nak cover supaya kelihatan cantik jer sentiasa..??
Pernahkah anda dengar org cakap mcm ni .. "dia lawa pasal makeup jerr tu" ..??
Mampu ke asyik nak pakai makeup setiap masa supaya kelihatan cantik jer sentiasa..??
Tak payah mengeluh macam ni , bukannya dapat apa pun.. tension lagi ada ler..
Ishh.. ishh.. ishh.. sudah sudah lah tu..

INGAT..!!
"Walaupun kita tidak boleh mengubah rupa paras kita, tetapi kita masih boleh memperkemaskan & memperelokkannya"


TAHUKAH ANDA..!!
Sebenarnya TANPA menempek bedak & TANPA menempek foundation, CUKUP hanya sekadar memakai eyeliner & lipstik sahaja anda sebenarnya boleh kelihatan...... hurrrrmmm
peeerrgghh... cun giler beb..!! 


JOM


.

Friday 30 December 2011

Lelaki vs. Wanita

-



Berikut ada senarai perbandingan lelaki melawan perempuan:

  1. Tahap bau perempuan ialah 75% lebih tinggi daripada lelaki.
  2. Tahap homoseksual wanita dua kali lebih tinggi daripada lelaki pada usia 45 tahun.
  3. Mata lelaki kebanyakkannya lebih besar daripada wanita.
  4. Hidung lelaki lebih besar daripada wanita.
  5. Bibir wanita lebih leper dan besar berbanding lelaki.
  6. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki.
  7. Berat purata otak lelaki lebih 1.4kg berbanding wanita.
  8. Wanita lebih berani daripada lelaki.
  9. Keupayaan meramas tangan lelaki dua kali lebih tinggi daripada wanita.
  10. Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur berbanding hanya 22 % bagi wanita.
  11. Wanita secara puratanya memerlukan 153 saat untuk berada di tandas berbanding hanya 113 saat bagi lelaki.
  12. Wanita tidur 1 jam lebih lama daripada lelaki pada waktu malam.
  13. 95% penghuni penjara ialah lelaki.
  14. Wanita dua kali ganda lebih banyak hidup sendirian berbanding lelaki pada usia 65 tahun.
  15. Sperma lelaki menentukan jenis jantina bayi. 15.
  16. Bayi perempuan 2 bulan lebih cepat berjalan dan bercakap daripada bayi lelaki.
  17. Tulang punggung wanita lebih lebar dan besar berbanding lelaki.
  18. Lemak pada perut lelaki lebih banyak daripada perempuan.

sumber  






 .

SUPER DUPER SPECIAL


JENG... JENG... JENG... 2HOURS PROMOTION IS COMING ON 31/12/2011...!!! GET READY FOR THE SUPER DUPER SPECIAL PRICE WITH IMMEDIATE PAYMENT ONLY...!!! ♥ 1BEAUTY ♥

TO ALL 1BEAUTY LOVERS PLEASE BE ALERT K...!!! :)

STAY KEEP IN TOUCH WITH 1BEAUTY
LOVE YOUR NATURAL & BEAUTIFUL SKIN WITH 1BEAUTY
HAVE A GREAT DAY AHEAD...!!! :)

hApPy NeW yEaR eVeRyOnE...!!!






New Year begins, let us pray,
that it will be a year with new Peace,
New Happiness, and abundance of new friends,
NEW SKIN with 1BEAUTY,
create the look of having NATURALLY FLAWLESS SKIN,
God bless you through out the new Year...
HAPPY NEW YEAR EVERYONE...!!!






Thursday 29 December 2011

Perghh.. Dasyatnya Wanita. Ramai Yg Tak Tau Nih.

-
Semua lelaki mengidamkan bidadari.

Semua perempuan ingin menjadi bidadari.

Jadi saya lebih fokuskan kepada yang kedua. Walaupun saya sedar saya adalah seorang lelaki. Tetapi izinkan saya menulis perkara ini. Mungkin seronok juga jika saudari-saudari saya mendengar pandangan yang berlawanan jenis dengannya bukan? Saya nampak anda tersenyum di situ.

Bidadari Dunia. Saya menulisnya kerana saya percaya, perempuan adalah antara makhluk yang penting di dalam dunia. Islam, nyata mengangkat wanita ke satu darjat yang tinggi. Justeru pada saya, perempuan-perempuan yang tunduk kepada Allah SWT, mentaatiNya, menjauhi laranganNya, itulah dia bidadari-bidadari dunia. Ya, mereka bidadari, tetapi mereka adalah manusia.

Persoalan, bagaimana mahu menjadi bidadari ini?

Itulah yang akan dikupas oleh saya di dalam Bidadari Dunia.

Dari kaca mata sayalah, seorang lelaki.

Perempuan, mengalahkan syurga.

Syurga. Kita tahu syurga ini amat indah, tidak terjangkau dek pandangan akal, tidak pernah langsung terdengar dek telinga, apatah lagi pernah dilihat dek mata. Ada segala-galanya, memenuhi segenap kesenangan yang dicita.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Surah Ali Imran ayat 133.

Tetapi, nak kata perempuan ini mahalnya lebih daripada syurga adalah, Nabi Adam AS yang hidup di dalam syurga itu, yang penuh kenikmatan itu, boleh pula merasa sunyi dan kekurangan. Ya, di situlah mahalnya perempuan. Hatta syurga pun dikalahkan.

Maka untuk Adam diciptakan Hawa. Sedang Syurga juga tidak dapat memenuhi fitrah seorang lelaki.

Sebab itu, perempuan sentiasa mahal di dalam jiwa saya. Apatah lagi, Islam memang nyata mengangkat perempuan di dalam Islam. Disuruhnya lelaki menjaga perempuan, mengetuai mereka, memenuhi hak-hak mereka, dan melayan mereka dengan baik serta mulia. Sedang dalam zaman Parsi, Romawi, perempuan dilayan seperti hamba, kotor, sampah, dan sebagainya.

Nah, perempuan itu tinggi sebenarnya.

Maka Amatlah Rugi Jika Yang Mahal Itu Menjadi Murah

Maka, pada saya, amatlah rugi sekiranya yang mahal menewaskan syurga itu, menjadi murah dan rendah hanya kerana tidak menjaga diri dan melanggar perintahNya.

Di sinilah saya mengajak para bidadari sekalian bermuhasabah semula.

Diri kalian sebenarnya mulia bukan?

Maka bagaimanakah kemuliaan itu dijaga?

Siapakah contoh-contoh yang sepatutnya kalian ini ambil untuk kekal mulia?

Peraturan manakah yang anda perlu ikuti dan turuti agar kemuliaan anda ini kekal selama-lama?

Di sinilah Bidadari Dunia muncul untuk membawa anda sama-sama meneroka perkara ini semua.

Sebab perempuan pada saya adalah ibu kepada manusia. Hatta lelaki lahir daripada rahimnya juga. Bayangkan!

Maka dari perut perempuanlah lahirnya pemimpin, panglima perang, cerdik pandai, saintis dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa, daripada perut perempuan jugalah lahirnya pembunuh, perogol, pencuri dan sebagainya.

Justeru, saya berpendapat bahawa, sekiranya perempuan itu adalah seorang bidadari dunia, kemungkinan untuk melahirkan zuriat yang baik adalah lebih tinggi. Tanpa saya menafikan juga, dari perut perempuan mana pun, boleh sahaja lahir seorang pemimpin yang mulia kerana kemuliaan bukanlah sesuatu yang diwarisi. Tetapi kita juga tahu, peratusnya amat kecil. Dan kita ini diajar menjemput natijah dengan asbab. Tidak begitu?

Sebab itu jika anda, wahai bidadari-bidadari dunia yang saya kasihi, perasan, lihatlah perancangan barat yang cuba menelanjangkan perempuan-perempuan, dan mengeluarkan mereka dari rumah ke arah kebahayaan, kemudian mewarnainya dengan nama kebebasan, ketinggian dan kesama rataan. Untuk apa? Bukankah untuk merosakkan generasi yang bakal lahir dari perut kalian?

Bidadari Dunia, mustahil?

Mana mungkin perempuan di dunia boleh menjadi bidadari!

Mungkin itulah yang terdetik di dalam diri anda. Mungkin.

Saya tidak rasa demikian. Kerana saya pernah melihat bidadari di atas dunia. Dan saya tahu, sebelum saya lahir, wujud ramai bidadari yang telah berjalan di atas muka bumi ini.

Antaranya adalah bonda kita, Khadijah RH, Aisyah RH, Hafsah RH dan semua isteri Rasulullah SAW, sahibah-sahibah baginda seperti Nusaibah RH, Ummu Sulaim RH, juga figur-figur terdahulu seperti Maryam binti Imran, Asiah isteri Firaun, dan tidak terkecuali manusia-manusia indah seperti Ibu kepada Muhammad Al-Fateh, Zainab Al-Ghazalidan sebagainya.

Ya. Mereka adalah bidadari yang pernah berjalan di atas muka bumi.

Mereka juga manusia. Seperti kalian juga.

Maka di mana mustahilnya?

“Kami bukan mereka!”

Saya tertawa. Tidak. Jangan sesekali sangka begitu. Bukan kerana ‘anda bukan mereka’ sebenarnya. Tetapi hanya kerana ‘anda tidak menjalani proses seperti yang mereka lalui’.

Nah, itulah dia Bidadari Dunia akan bawakan. Bagaimana hendak melalui proses yang sama seperti mereka. Kalau masuk kilang batik, takkan keluar jadi kain songket kan? Kalau main batu seremban, takkan sama dengan main bola jaring kan? Begitulah.

Saya yakin kalau kalian buat apa yang mereka buat, percaya apa yang mereka percaya, insyaAllah kalian akan mampu menjadi seperti mereka. Jadi antara pengisian Bidadari Dunia adalah menceritakan perihal mereka sebagai ibrah buat saya dan anda juga.

Penutup: Simpanlah cita-cita. Jadilah Bidadari Dunia.

Maka bercita-citalah dari sekarang wahai wanita-wanita yang ingin menjadi mulia. Simpanlah azam dan sematkanlah tekad. Saya akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan.

Harapan saya adalah, Bidadari Dunia ini mampu menimbulkan kesedaran, sekaligus mengubah kehidupan, dan akhrinya membuatkan kalian mampu menjadi tiang-tiang yang menopang ummah ini ke arah kebaikan. Melahirkan anak-anak dan mendidik mereka dengan kebaikan. Menjadi isteri dan memperkuatkan suami ke arah mencari redha Ar-Rahman. Menjadi kakak yang membawa adik-adik ke arah kemuliaan. Menjadi bidadari dunia, yang mampu menyerikan dan mengindahkan alam yang fana ini, membawanya ke arah apa yang diredhaiNya.

Inilah dia mukaddimah.

Semoga Allah redha kepada kita, dalam kasih dan sayangNya.

Mari, Menjadi Hamba!

Tak perlu berselindung lagi...???

Kalau dulu TERPAKSA tempek muka dgn make up tebal nak COVER noda2 kat muka supaya kulit nmpk cantik... Tp skang x perlu lagi semua tu... 1Beauty blh buat kulit anda cantik semulajadi! Perggggghhhh... 1Beauty is a MAGIC PRODUCT ...!!!


2DAYS LEFT FOR 1BEAUTY PROMOTION... HURRY UP GUYS... GET THIS PROMOTION WHILE STOCK LAST...!!! U DESERVE ONLY THE BEST...!!! :)





"Wow... 1Beauty is a "MAGIC" produk! Dah bertahun-tahun sy mencari penawar utk kulit muka saya... Akhirnya sy jumpa gak! 1Beauty is THE BEST EVER...!!! LOVE 1Beauty! ~ Nad.



* Gambar selepas tanpa sebarang makeup (selepas sebulan pakai 1Beauty)










Wednesday 28 December 2011

Simpan RAHSIA ini Baik-Baik.

-
 Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah one day bila  dah jadi
orang punya tu  tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya....bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...InsyaAllah,  dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...  Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah  dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan
sendiri. (ada rahsia tu). Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan  larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. apa pun yg ada didlmnya adalah  hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah  kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg  menguruskannya. (ada rahsia tu),

APA RAHSIA NYA???
AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu.  Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan  seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah  rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau  selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan  bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg  terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggi!!!. Begitu juga memberi  makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya  kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya.Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah  tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan  ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah  malamnya kita dapat lakukan, sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih  baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk keperut anak,  Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan air tangan ibu.  Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan  itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri  yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu  rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitra rupa manusia yg dijadikan Allah swt  ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!). Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan /kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga  suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah,  suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan  jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita???  Jadi kalau setakat secawan/seteko air, tolonglah buat sendiri.
Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah.  Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh diguna pakai.Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal. Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin \ dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya  dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org  ramai yg lalu lalang.

Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya. Berbanding kita  sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit... malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan  dia yg buat kita... Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit... tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagian sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga/diurus hanya oleh si isteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu  melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak... kenapa mesti bagi org lain 'menguruskannya'??? Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri,usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan
hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Selamat Beramal..

..

Ayah.. Bagi Balik Tangan Ita.

-

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu.. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

..

3DAYS LEFT...!!!

Between a 100 yesterdays & a 100 tomorrows, there is only one TODAY and i would not let this pass without saying thx 4 being such a lovely friend... GOOD MORNING to 1BEAUTY LOVERS, HORSEPOWER TEAM, AND ALL..!!! 


3DAYS LEFT FOR 1BEAUTY PROMOTION... HURRY UP GUYS... GET THIS PROMOTION WHILE STOCK LAST...!!! U DESERVE ONLY THE BEST...!!! :) 





Tuesday 27 December 2011

101 Super Petua Tradisional (BERKESAN)

:

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
· Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.


4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.


6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.


8. MENGHILANGKAN KEDUT

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.


9. PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.


10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.


11. MULUT BERBAU

Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.


12. IKAN KERING TIDAK BERULAT

Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.


13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.


14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.


15. HILANGKAN DARAH TINGGI

Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.


16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.


17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.


18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.


19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.


20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.


21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.


22. PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.


23. CARA HILANGKAN GRIS

Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.


24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA

Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.


25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.


26. BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
(25/1/08 - Ini mlm tadi isteri dah cuba, bubur bau hangin, so letak daun pisang, bau hilang)

27. UBAT DEMAM MALARIA

Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.


28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.


29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.


30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.


31. ELAK DARI MELECUR

Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun. Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.


32. BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK

Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.


33. BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE

Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.


34. HILANGKAN DEBU DARI BUNGA

Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahil sama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu, dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.


35. CARA SUPAYA KEJU TAHAN LAMA

Kalau anda tidak mempunyai peti sejuk, cara untuk menyimpan keju ialah dengan membungkus keju itu kejap-kejap (rapat-rapat) dalam sehelai kain bersih yang dilembabkan denga air garam terlebih dahulu.


36. GULA UBAT LUKA

Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.


37. PANAS TERKENA CILI

Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas memijar. uNtuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijat itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.


38. MENGHILANGKAN BISUL

Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu, bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.


39. TERKENA BISA IKAN KELI

Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kiri kanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnya segera sembuh.


40. BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA

Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua. Kemudian tampalkan di sebelah kir dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.


41. LIMAU WANGIKAN RAMBUT

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.


42. KHASIAT AIR BERAS

Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.


43. RAWATAN LEPAS BERSALIN

Cara yang paling berkesan untuk merawat perut selepas anda bersalin ialah dengan memarut dua ketul halia sederhana besar, campurkan dua sudu cuka. Gaul ramuan ini dan sapukan ke sekeliling pinggang. Cara begini akan mengelakkan pecah-pecah dan calar pada kulit perut. Selepas ramuan ini disapu, lilitkan bengkung seperti biasa sebagai satu rawatan menegangkan semula perut selepas anda bersalin.


44. UBAT SAKIT MATA

Masalah sakit mata seperti mata berair, warna mata kemerahan, jangkitan kuman dapat diatasi dengan menggunakan madu lebah. Caranya mudah sahaja. Cucilah mata anda dengan air, kemudian sapu atau titskan beberapa titik madu ke mata. Kemudian pejamkan mata anda selama 5 minit. Kemudian cuci mata anda, lakukan 2 atau 3 kali sehari. Insya-Allah mata anda akan pulih sediakala.


45. TAK PEDIHKAN MATA

Setiap kali menghiris bawang merah, pasti mata pedih dan berair. Bagi mengatasi masalah itu, selepas kulitnya dikupas, rendamkan dahulu dengan air garam kira-kira sepuluh minit. Kemudian barulah dihiris-hiris.


46. RAMBUT HITAM BERKILAT

Ambil kangkung kemudian diramas dengan sedikit air hingga hancur dan berlendir. Kemudian sapukan pada rambut dan bungkus dengan tuala. Biarkan selama satu jam. Bilas bersih-bersih. Lakukan dua kali dalam seminggu. Selamat mencuba.


47. DAUN NANGKA EMPUKKAN DAGING

Daging liat? Mudah empuk jika anda memasukkan beberapa daun nangka ke dalam rebusan daging anda.


48. HILANGKAN PAHIT PUCUK BETIK

Pucuk betik memang enak jika dicelur dan dijadikan hidangan dengan sambal belacan. Tetapi ada ketikanya daun betk yang diambil itu pahit. Untuk mrnghilangkannya, cuba anda masukkan beberapa helai daun jambu batu atau dua tiga biji buah pinang masak ketika merebusnya.


49. SUBURKAN POKOK BUNGA

Satu lagi cara untuk menyuburkan pokok bunga ialah dengan mengambil seberapa banyak serbuk kayu. Campurkan bersama tanah dan gaul rata. Kemudian bolehlah ditanam di samping menyiramnya selalu.


50. BAYAM UBAT BANYAK PENYAKIT

Bayam mengandungi banyak zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein, selulus, karotin, vitamin B1, B2 dan C, asid oxalic, kalsium, fosforus dan kandungan zat besi yang banyak. Rasanya agak manis dan sejuk. Kerana kandungan zat besi yang tinggi, ia boleh menyembuhkan penyakit kurang darah (anaemia), meredakan tekanan darah tinggi dan sembelit. Ia juga boleh membantu penghadaman.


51. KACANG TANAH RENDAHKAN TEKANAN DARAH

Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan. Kandungan zat dalam kacang tanah ini juga baik untuk mengubati penyakit susah tidur (insomnia).


52. PENAWAR BISA LIPAN/LEBAH

Apabila seseorang disengat lipan atau lebah, kesakitannya bukan sahaja terasa di bahagian yang disengatnya, malah seluruh badan hingga ke rambutpun terasa sakitnya. Untuk mengubati bisa sengatan itu, segeralah ambil biji asam jawa. Biji asam itu ditumbuk sampai halus, tempelkan pada bahagian yang disengat. Insya-Allah dalam beberapa saat sahaja, rasa sakit akan hilang.


53. MEREDAKAN BENJOL

Sekiranya kepala anda terkena pukulan benda keras seperti batu, kayu dan sebagainya hingga membenjol, segeralah ambil asam jawa dan garam secukupnya. Masukkan air dan kacau hingga kedua-dua bahan itu larut dalam air dan pekat. Sapukanlah air larutan asam dan garam itu ke bahagian yang benjol. Insya-Allah dalam masa 15 minit, benjolan itu akan mengecil dan mengempis, kemudian hilang sama sekali dari kepala anda.


54. BATUK

Banyak cara mengubat penyakit batuk. Antaranya ialah : ambil seperempat biji buah pala, setengah biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih. buah pala diparut, limau nipis diperah ambil airnya. Campurkan kedua-dua bahan itu menjadi satu dengan dicampurkan minyak kayu putih. setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Lakukan rawatan seperti ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah, penyakit batu akan segera sembuh.


55. BATUK BERTERUSAN

Penghidap penyakit batuk boleh menyebabkan badannya menjadi kurus. Baruk sering melanda di sebelah malam, sehingga pesakit tidak dapat tidur lena. Kalau berlanjutan, sisi rumah turut terganggu. Kalau keadaan seperti ini mengganggu diri anda, ubatilah dengan daun lidah buaya (ambil isinya sahaja), dihiris halus-halus kira-kira 20gm, kemudian dibubuh madu kira-kira 40cc. Ramuan ini diberi minum dua kali sehari selama lebih kurang tujuh hari.
Penderita perlu berpantang seperti berikut:
· Jangan terlalu banyak makan makanan manis
· Jangan tidur tidak menentu (jangan kurang tidur)
· Jangan masukkan jari ke dalam mulut (seperti kebiasaan kanak-kanak)
· Jangan makan banyak mekanan pedas
· Perbanyakkan gizi (zat) dalam makanan seharian.


56. PENAWAR PENGSAN

Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.


57. BENGKAK BUAH DADA

Khusus bagi wanita, sekiranya selalu terasa sakit atau bengkak di pangkal buah dada, atasilah dengan petua ini. Ambil kayu atau teras pokok sepang. Asahkan dengan sedikit air. Campurkan sedikit kapur sirih. Sapulah ramuan tersebut berulang kali. Seelok-eloknya dilakukan pada waktu malam.


58. BENGKAK DI BAWAH TELINGA

Penyakit ini sebenarnya bermusim dan mudah berjangkit. Jika ada di antara keluarga anda terkena penyakit nin, segeralah cari kayu sepang. Asahlah dengan mencampur sedikit kapur sirih. Sapukan pada keliling telinga. Atau Ambil sedikit nila dan cuka makan. Campurkan kedua-dua bahan itu dan sapu di sekeliling telinga yang bengkak. Insya-Allah, bengkak tersebut akan beransur hilang.


59. MENCANTIKKAN BETIS

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin. Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen. Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.


60. URAT BETIS MENONJOL

Selalunya wanita hamil akan mengalami keadaan di mana urat betisnya akan menonjol, dan akan berterusan hingga sesudah bersalin. Ambillah segenggam kacang hijau, rebus dengan air bersih tanpa mencampur dengan suatu apa pun (tanpa gula, garam atau apa-apa ramuan lagi). Rebuslah sampai mendidih. Sebelum kacang hijau itu pecah-pecah kulitnya, dan air rebusan tinggal segelas, angkatlah dari api. Minumlah air rebusan kacang itu bersama kacangnya setiap pagi dan malam sebelum tidur. Menjelang tidur, angkatlah kaki anda ke atas setinggi mungkin dengan bantuan alat selama lebih kurang 10 minit. Lakukan setiap malam menjelang tidur. Insya-Allah, urta betis anda kembali semula seperti biasa.


61. RAMBUT SELALU GUGUR

Bagi mengatasi rambut selalu gugur, ambil lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Semuanya dimasukkan dalam satu bekas. Kemudian campur sedikit minyak zaitun. Sapulah di seluruh rambut lepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala selama setengah jam. Bangun pagi barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali. Selain rambut tidak gugur, rambut juga lambat beruban.


62. ANAK SELALU KENCING MALAM

Jika ada anak anda berumur 5 tahun ke atas masih lagi kencing malam, cubalah ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama


63. KURANGKAN BAU CAT PADA DINDING

Dinding yang baru dicat terutamanya dalam bilik boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Apa kata letakkan sebesen air yang dicampur garam di dalam bilik itu dan biarkan ia semalaman di situ. Bau cat yang kurang menyenangkan itu, akan hilang perlahan-lahan.


64. HILANGKAN KESAN LEBAM BAWAH MATA

Bagi mereka yang memakai cermin mata, sudah tentunya di bawah mata akan kelihatan kasar dan hitam serta ada kesan lebam. Untuk mengembalikan kelembutan kulit pada bahagian itu, mudah saja. Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelim hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.


65. ATASI MASALAH BULU KETIAK

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.



66. DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada antara pembaca yang dihinggapi kurap, ini ada petua mudah menyembuhkannya. Ambil beberapa helai daun peria dan cuci hingga bersih. Kemudian ramas-ramaskan daun itu dan gosokkan pada badan atau bahagian tubuh yang dijangkiti kurap itu. Lakukannya berulang-ulang kali pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.


67. MEMBENTUK BULU KENING ANAK

Bagi ibu yang gemar melihat anak-anak mereka memiliki bulu kening hitam dan lebat. Ambil setangkai daun sirih, kemudian patahkan tangkai dari daunnya dan sapukan bahagian yang bergetah pada kening anak anda. Ambilkan setiap hari. Anda akan dapati tidak berapa lama selepas itu, kening anak anda menjadi lebat dan hitam menawan. Bagaimanapun, petua ini hanya sesuai diamalkan untuk bayi berumur hingga setahun saja. Bayi yang berusia lebih dari itu agak sukar sedikit.


68. HILANGKAN BINTIK MERAH KESAN CACAR AIR

Biasanya selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik merah pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.


69. RAMBUT HITAM LAMBAT BERUBAN

Ada petua mudah untuk mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan juga lambat beruban terutamanya kalangan remaja hari ini. Apabila membancuh teh, hampasnya jangan terus dibuang. Setiap pagi, apabila mandi basahlah rambut anda gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas the tadi. Lakukan banyak kali. Selain rambut menjadi hitam berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut anda lambat beruban.


70. MENYEMBUHKAN DEMAM

Petua ini hanya sesuai untuk mereka yang deman biasa. Ambil segenggam daun betik. Bersih dan tumbuk hingga halus dan kemudian saring airnya menggunakan sehelai kain bersih. Air pati daun betik itu hendaklah diminum. Insya Allah dalam tempoh 12 jam anda akan melihat perbezaannya. Jika demam tidak sembuh, jangan lupa berjumpa doktor.


71. KURANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi amat menyakitkan. Ia membuatkan anda tidak tenang, cepat marah dan tidak boleh membuat kerja dengan selesa. Caranya, ambil setangkai bunga cengkih dan masukkannya ke dalam gigi yang berlubang. Biarkan beberapa ketika, sakit gigi anda akan berkurangan perlahan-lahan.


72. ASAM GELUGUR UBAT SAKIT TEKAK

Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.


73. KAIN BATIK TIDAK LUNTUR

Untuk mengelak kain batik luntur dan pudar warnanya, ambil beberapa helai daun batik, kemudian rebus dengan setengah periuk air. Apabila air mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam satu bekas. Masukkan kain batik dan rendam semalaman. Esoknya, cucilah seperti biasa dan jemur.


74. TOMATO, EPAL LICINKAN KULIT

Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan dapat hasil memuaskan.


75. RAMPING SEMULA JADI

Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan sakit pinggang.


76. WANGIKAN RAMBUT

Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi dan mencegahnya daripada beruban.


77. HILANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi membuatkan anda serba tidak kena dan mudah marah. Untuk menghilangkan rasa sakit gigi, cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus. Atau ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu dikunyah-kunyah atau tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur. Boleh juga ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.


78. BENGKAK GUSI

· Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.

· Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.


79. GUSI BERDARAH

Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.


80. PELEMBAB MUKA SEMULA JADI

Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit. Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit anda akan sentiasa lembab dan tegang.


81. URUTAN WAJAH CARA BETUL

Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.


82. SERI DAUN INAI

Inai bukan saja boleh digunakan untuk memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja. Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah wajah anda berseri.


83. KHASIAT KUNYIT MUDA

Mingkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan


84. KEGUNAAN PUCUK JAMBU BATU

Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.


85. CARA WANGIKAN ALMARI PEKAIAN

Daun pandan bukan saja menambah aroma dan keenakan nasi lemak dan juadah kuih-muih tradisional Melayu, tetapi ia juga boleh dijadikan bunga rampai dalam majlis pertunangan dan perkahwinan Melayu. Khusus bagi mereka yang inginkan almari pakaian sentiasa berbau harum menggunakan bahan yang murah dan bersih. Daun pandanlah jawapan terbaik.
· Caranya, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, kerat-keratkan kepada lebih kurang tiga sentimeter panjang dan letakkannya di dalam almari pakaian anda. Tukar kepada daun pandan yang baru selepas tiga hari.


86. ELAK BISA PAKU BERKARAT

Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar. Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.


87. MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI

Ada dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
· Pucuk dan bunga betik. Caranya ialah dengan mencelurkan pucuk dan bunga betik itu hingga masak dan dimakan. Ia boleh dibuat kerabu atau dimakan sengan sambal belacan. Rasanya memang sedikit pahit, tetapi amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.
· Daun kucai. Bersihkan secekak daun kucai dan dengan sedikit gula batu, kisar tanpa menggunakan air. Ambil pekatan yang dihasilkan itu dan embunkan semalaman. Kemudian boleh diminum pada sebelah pagi dan sebelum makan. Daun kucai amat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi seperti bunga dan pucuk betik tadi. Amalkan selalu, insya-Allah hasilnya sungguh memuaskan.


88. UBAT KENCING LAWAS

Bagi mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tanda-tanda awal ada penyakit batu karang, ambil beberapa biji lobak putih dan batang kangkung dengan akarnya sekali. Bersihkan kedua-dua bahan ini dan rebus pada kadar air yang sederhana banyaknya. Apabila sudah cukup masak, angkat dan biarkan air menjadi agak-agak suam, barulah diminum. Petua ini selain dapat melawaskan kencing, juga dapat memecahkan batu karang yang belum serius.


89. ATASI SAKIT TUMIT KAKI

Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.


90. MENGHILANGKAN PAHIT DAUN BETIK

Bagi anda yang suka makan daun betik sebagai ulam, anda boleh menghilangkan rasa pahit daun betik itu dengan mencampurkan daun senduduk ketika merebusnya.


91. UDANG SENTIASA SEGAR

Supaya udang tidak busuk dan sentiasa segar, perahkan air asam limau nipis ketika anda hendak menyimpannya dalam peti sejuk. Cara ini boleh menjadikan udang sentiasa segar dan tahan lebih lama.


92. MENCUCI TAPAK SETERIKA BERKARAT

Mencuci tapak seterika yang kotor ada caranya. Petuanya adalah dengan menabur sedikit garam halus ke atas kertas tisu, kemudian gosok pada tapak yang kotor tadi. Lakukan beberapa kali dan anda akan dapati kotorannya akan hilang.


93. KEBAIKAN KEPALA, TAHI IKAN BILIS

Campurkan kepala dan tahi ikan bilis ke dalam manakan ayam. Ia berzat dan berkhasiat untuk binatang. Jika direndam selama beberapa hari dan disiram pada pokok bunga, ia menyegarkan pokok.


94. SEGARKAN URAT SARAF DENGAN DAUN SERAI

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.


95. UBAT SAKIT BENGKAK TEKAK

Jika anda mengalami sakit tekak, memang sukar untuk menelan terutama makanan yang keras, untuk merawatnya, ambilkan air didih nasi sebanyak satu cawan, minumlah air didih nasi itu, lakukan cara ini beberapa kali sehingga rasa perit dan sakit kerongkong anda sembuh.


96. DAUN RAMBUTAN MERAWAT GATAL KULIT KEPALA

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit kepala yang gatal, caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati. Selepas itu tapis air tadi, sapukan rata-rata biar ia menyerap pada kulit kepala. Sebaik-baiknya hendaklah amalkan dua minggu sekali.


97. SANTAN TIDAK PECAH MINYAK

Kebanyakan suri rumah terpaksa menunggu untuk mengacau santan apabila memasak kuah lemak atau kari. Bati memudahkan kerja, letakkan senduk di dalam periuk dan gunakan api yang kecil. Santan tidak akan pecah minyak.


98. ATASI SINKI TERSUMBAT

Cuba masukkan beberapa banyak aram kasar di dalam saluran sinki tersumbat. Selepas itu tuangkan air panas baru mendidih di dalam lubang sinki. Ulang beberapa kali hingga perjalanan air lancar semula.


99. IKAN TIDAK BUSUK

Bagi ibu bekerja, biasanya ikan dibeli untuk dua atau tiga hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Namun adalanya bekalan electrik tiba-tiba terputus dan menyebabkan ikan jadi busuk. Jangan bimbang kerana masih ada cara untuk mencegahnya. Caranya, ambil ikan yang telah disiang dan dicuci bersih, gaulkan ikan ini dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Nasi mestilah benar-benar sejuk kerana nasi yang panas atau suam akan menyebabkan ikan busuk. Esoknya basuh ikan itu seperti biasa.


100. SAYUR DICELUR TETAP SEGAR

Campurkan sedikit minyak masak ke dalam periuk berisi air rebusan. Setelah sayur-sayuran dicelur, toskan airnya. Hasilnya sayu-sayuran ini akan nampak segar dan berkilat.


101. TEMBIKAI TAHAN LAMA

Tembikai mudah layu dan busuk jika disimpan lama. Bagi mengelakkannya, sapukan kapur makan di pangkal tembikai. Insya-Allah, tembikai tidak mudah busuk dan tahan lama.


102. MENGHILANGKAN BAU TANDAS

Hampas kopi jangan dibuang kerana ada kegunaannya. Ia dapat menghilangkan bau tandas. Caranya ialah masukkan hampas kopi ke dalam lubang tandas, biarkan beberapa lama dan siram. Anda akan dapati bau tidak menyenangkan itu akan hilang sama sekali.


103. BELIMBING BULUH UBAT DARAH TINGGI

Belimbing buluh bukan saja kaya vitamin C malah ia boleh dijadikan pencuci mulut selepas makan walaupun rasanya sedikit masam. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rencah masakan untuk menambahkan kelazatan makanan terutama apabila memasak gulai lemak cili api ikan sembilan, juga berkhasiat kesihatan. Belimbing buluh dikatakan boleh menghilangkan penyakit darah tinggi dengan mengamalkan memakan buah belimbing yang agak muda dua biji sehari. Amalkan setiap hari sehingga kesannya nampak pada penurunan darah anda. Ketika ini anda juga dinasihat mengurangkan pengambilan garam dan daging serta makanan yang mengandungi lemak.


104. GARAM HILANGKAN SAKIT TEKAK

Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas. Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.


105. HALIA ATASI MASALAH KEMBUNG PERUT

Halia bukan saja menjadi perencah masakan tetapi juga berguna untuk dijadikan ubat kembung perut. Dengan mengambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk tetapi jangan sampai lumat, masukkan ke dalam gelas dan tuang air panas mendidih anggaran setengah gelas. Tutup permukaan gelas itu dengan piring selama 10 minit, tapis dan jadikan dua bahagian. Sebahagiannya anda minum dan sebahagian lagi disimpan di dalam peti sejuk. Sekiranya perut anda terasa kembung lagi, ulang meminumnya hingga perut berasa lega.


106. KULIT BUNGA TANJUNG HILANGKAN JERAWAT

Ada banyak kaedah tradisional yang digunakan untuk menghilangkan jerawat. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan kulit pokok bunga tanjung. Cara membuatnya mudah saja. Ambil lapisan dalam batang pokok itu, giling halus-halus dan jadikan ia bedak. Sebelum disapukan pada muka, campurkan dengan sedikit bedak sejuk dan beberapa titis air. Sapukan pada muka terutama pada bahagian yang berjerawat pada sebelah malam sebelum masuk tidur. Jadikan ia amalan harian. Anda akan lihat perubahan pada wajah anda.


107. MENJADIKAN GIGI PUTIH BERSIH

Untuk mendapatkan gigi yang putih bersih, ambil sebiji pinang dan dibakar hingga hangus. Kemudian tumbuk hingga ia menjadi serbuk. Simpannya di dalam bekas kedap udara, apabila hendak digunakan, sedikit garam dan gosok-gosokkan ia pada gigi dengan menggunakan jari. Lakukan selalu pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.



108. MENGHILANGKAN BAU KETIAK

Sekiranya anda bermasalah badan berbau hangit dan kurang menyenangkan, cuba pula cara ini. Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Insya-Allah masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.


109. MELEBAT BULU KENING

Biasanya, kening yang cantik bukan saja elok terbentuk tetapi juga hitam lebat. Untuk melebatkan bulu kening ambil isi kelapa tua sebesar dua jari. Kemudian bakar di atas api sederhana hingga ia menjadi hitam. Selepas itu, angkat dan biarkan ia sejuk dan bolehlah disapu pada bulu kening. Jika rajin mengamalkannya, kening akan menjadi lebat dan hitam menawan. Selamat mencuba.


110. DAUN PERIA UBAT KURAP

Jika ada yang menderita penyakit kurap, ini ada petua mudah untuk mengubatinya. Ambil beberapa helai daun peria dan bersihkannya. Kemudian ramas-ramaskannya dan gosokkannya pada badan atua kulit yang dijangkiti kurap. Lakukannya berulang-ulang kali, pasti hasilnya sangat memuaskan.


111. KELIHATAN CANTIK TANPA MAKE-UP
Jika anda mempunyai kulit muka yg bermasalah, kulit kusam, berjerawat, berjeragat, kulit kering, kulit berminyak, kulit sesitif & lain masalah kulit gunakan ini

..