merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Thursday 24 January 2013

INFO SIHAT : KENTUT ???

KENTUT ??? Hehehe. :D

♥ Pelepasan dalam gas dalam badan-kentut

Ketika makan, udara turut masuk ke dalam badan dan terus ke bahagian pencernaan seperti makanan. Tetapi udara ini akanberkumpul di bahagian usus dahulu, kemudian barulah dibebaskan melalui dubur. Proses ini tidak dapat dikawal atau berlaku secara tidak diingini. Dianggarkan seseorang akan kentut 14 hingga 25 kali sehari bersamaan 200 mililiter gas dibebaskan.

♥ Mengapakah kentut berbau?

Sebenarya kentut mengandungi 20 hingga 90 peratsu gas nitrogen, 10 hingga 30 peratus karbon dioksida, 0 hingga 50 peratus gas hidrogen dan metana serta 0 hingga 10 peratus oksigen. Mengapakah kentut berbau busuk? Ini disebabkan dalam usus kita terdapat sejumlah kuman. Fungsi kuman adalah menguraikan makanan yang tidak terserna dalam usus kecil. Pada masa ini, kuman menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida lalu menjadi metana. Disamping itu, ia juga menyebabkan protein yang diuraikna menjadi sulfida. Oleh sebab itu, sekiranya terlalu banyak pengambilan makanan berprotein, kentut yang dibebaskan menjadi lebih busuk.

Adakah kita akan menjadi lebih sihat jika selalu kentut?

Jawapannya tidak. Walaupun dapat membebaskan gas dari badan tetapi kekerapan kentut juga bermakna diet kita tidak seimbang dan sistem penghadaman tidak elok.


...

WAJIB BACA : Bagaimana Kembar Terjadi?


Seperti yang kita ketahui, ada dua jenis kembar iaitu kembar seiras dan kembar tidak seiras.

Kembar Seiras (kadangkala akan berlaku kembar Siam juga)

Secara teorinya, satu sperma akan bercantum dengan satu ovum untuk proses persenyawaan dan penghasilan zigot. Tetapi, sedikit istimewa dalam penghasilan kembar, pelanggaran antara sperma dan ovum tadi adalah kuat sehingga mengakibatkan ovum tadi terpecah dua dan menghasilkan dua zigot yang disenyawakan. Jadi ketika ini, ada dua zigot di dalam satu plasenta. Tetapi, jika perpisahan itu tidak sempurna, maka, kes bayi kembar Siam akan berlaku di mana terdapat percantuman di bahagian ataupun anggota tertentu.

Kembar Tak Seiras.
Ini adalah sesuatu yang jarang berlaku, di mana di dalam proses sperma dilepaskan sebanyak beribu-ribu, tetapi ada dua yang berjaya masuk dan ovum yang terhasil ketika itu adalah dua yang aktif. [Kebiasaannya, satu sperma dan satu ovum dalam proses persenyawaan]. Jadi, kedua-dua sperma dan ovum akan melakukan proses persenyawaan, di mana, zigot yang terhasil akan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Selain daripada proses semulajadi di atas, ada juga fakta yang menyatakan, kembar mungkin terhasil disebabkan faktor genetik serta peningkatan penggunaan dadah perangsang yang mengakibatkan proses ini boleh berlaku semasa persenyawaan.



..

Saturday 19 January 2013

WAJIB BACA : Perempuan Kehilangan 90 Peratus Sel Telurnya Pada Usia 30-an.


Akhirnya para ilmuwan menemukan jawapan mengapa perempuan di usia 30-an cenderung sulit hamil. Menurut team peneliti dari 
Univeristy of St Andrews dan Edinburgh University, perempuan telah menghabiskan 90 peratus "sel telur cadangan" nya ketika mereka mencapai usia 30. Walaupun perempuan masih dapat menghasilkan sel telur sepanjang usia 30 hingga 40 tahun, namun cadangan sel telur tersebut terus menurun cepat.


Selama ini banyak perempuan yang berfikiran salah dengan menganggap mereka masih boleh menghasilkan sel telur dan menjaga tingkat kesuburannya. Namun penelitian ini menemukan adanya penurunan sel telur yang signifikan dengan cepat.

Menurut penelitian yang telah diterbitkan dalam jurnal Public Library of Science One, tubuh perempuan memilih telur yang terbaik dari cadangannya. Namun kualiti sel telur akan semakin memburuk saat usia perempuan bertambah dan akan meningkatkan risiko bayi terlahir dalam keadaan tidak sihat.

Dari hasil penyelidikan diketahui, rata-rata perempuan dilahirkan dengan 300.000 sel telur berpotensi. Tapi jumlah ini menurun pada tingkat yang jauh lebih cepat dibanding dugaan awal. Pada usia 30 tahun perempuan hanya memiliki cadangan sel telur 12 peratus dan 3 peratus pada usia 40 tahun.

Penelitian dilakukan dengan melihat data 325 perempuan di Inggris, AS dan Eropah dari berbagai usia untuk menilai potensi cadangan sel telurnya. Data tersebut kemudian dibuat grafik mengenai penurunan rata-rata potensi cadangan ovarium sepanjang hidup perempuan.

"Penelitian kami menunjukkan bahwa 95 peratus perempuan pada usia 30 tahun hanya mempunyai maksima 12 peratus cadangan ovarium dan pada usia 40 tahun hanya tinggal tiga peratus sahaja," kata penyelidik, Dr Hamish Wallace.

Lebih lanjut, hasil penyelidikan juga menunjukkan adanya perbezaan besar jumlah sel telur diantara perempuan. Beberapa perempuan ada yang memiliki sel telur lebih dari 2 juta sel telur, dan sebagian ada juga yang hanya memilikinya sedikit 35.000 sel telur.

Dr Hamish, yang bertugas di Hospital Royal Edinburgh mengatakan penyelidikan ini boleh membantu meramal masa menopause seorang perempuan dan pembekuan sel telur terhadap penderita barah ovarium.

Dalam penyelidikan ini, perempuan juga diingatkan agar tidak terlambat atau bahkan menangguhkan rancangan kehamilan, kerana kesuburan perempuan menurun secara substansial setelah usia pertengahan tiga puluhan.







...

INFO SIHAT : Risiko Hamil Lewat Usia

DR RAJA JUHAIDAH memberi penerangan mengenai organ peranakan wanita.


Pelbagai masalah boleh berlaku berikutan tahap kesuburan semakin menurun

HAMIL pada usia lewat atau sekitar angka 30 bukan senario asing, khususnya di kalangan wanita bekerjaya hari ini. Kelemahan hamil pada usia lebih lewat ini apabila tahap kesuburan bukan saja lebih rendah, sebaliknya meningkatkan pelbagai jenis risiko seperti masalah perubatan kronik dan mendapat anak cacat. 

Perunding Obstetrik dan Ginokologi, Hospital Columbia Asia Hospital Puchong, Dr Raja Juhaidah Raja Abdullah, berkata hamil lewat akibat membina rumah tangga lewat atau bersedia menimbang anak pada usia lebih matang seakan menjadi aliran kepada wanita hari ini.

Bagaimanapun, katanya, hamil selepas usia 35 tahun akan mendedahkan wanita kepada pelbagai risiko khususnya tahap kesuburan semakin rendah kerana sebaik dilahirkan, setiap wanita sudah pun dibekalkan dengan sebilangan telur yang akan menjadi matang secara beransur-ansur apabila mencapai tahap puberti.

“Apabila wanita meningkat usia, kualiti telur menjadi kurang dan proses ovulasi mungkin tidak terjadi setiap bulan. Ini mengakibatkan proses kehamilan mengambil tempoh yang lebih lama berbanding wanita yang lebih muda. Sekiranya suami juga agak berusia, ia mungkin dikaitkan dengan masalah sperma yang kurang berkualiti.

“Wanita selepas 35 tahun juga lebih kerap dikaitkan dengan masalah sistem peranakan seperti penyakit endometriosis dan fibroid yang menyukarkan lagi peluang mereka untuk hamil secara semula jadi. Sekiranya anda berusia 35 ke atas dan gagal hamil selepas enam bulan mencuba, wanita berkenaan disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Dr Raja Juhaidah berkata, masalah kesihatan kronik seperti kencing manis dan darah tinggi juga dikatakan lebih tinggi di kalangan wanita pada usia sebegitu dan apabila hamil, peluang itu lebih tinggi.

“Malangnya ia bukan saja meninggikan risiko terhadap ibu, tetapi juga bayi yang dikandung. Rawatan awal dan optimal sebelum dan ketika hamil dapat mengurangkan komplikasi dan seterusnya mendorong kelahiran bayi sihat. Walaupun perubatan moden boleh membantu wanita berusia lebih 35 tahun menjalani kehamilan dengan selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding wanita lebih muda.

“Kejadian bayi meninggal di dalam kandungan juga tinggi di kalangan wanita berusia 35 tahun ke atas. Wanita berusia juga lebih cenderung untuk melahirkan anak yang lebih kecil saiznya. Sekiranya wanita bercadang untuk hamil pada usia yang lewat, anda perlu memahami risiko yang berkaitan dengannya dan cuba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko berkenaan. Ini adalah untuk meningkatkan peluang ke arah kehamilan ‘tanpa masalah’ dan kelahiran anak yang sihat,” katanya.

Risiko melahirkan anak cacat juga lebih tinggi apabila usia semakin meningkat. Keadaan itu berlaku, mungkin disebabkan oleh kromosom tidak normal pada telur.

“Secara kasarnya, satu dalam 1,400 bayi dilahirkan oleh wanita pada usia 20-an akan mengalami sindrom down, dan kadar ini akan menjadi satu dalam 100 apabila ibu mencecah ke usia 40-an,” katanya.

Dr Raja Juhaidah menegaskan, penyelidikan membuktikan bahawa risiko keguguran berlaku antara 12 hingga 15 peratus di kalangan mereka yang berusia 20-an dan ia meningkat kepada 25 peratus di kalangan wanita berusia 40-an.

Peningkatan itu berlaku dengan meningkatnya kes kromosom tidak normal dan telur yang tidak berkualiti di kalangan wanita lebih berusia, yang gagal bertahan lama dan gugur pada awal kandungan.

“Disebabkan pelbagai komplikasi dan risiko seperti masalah darah tinggi dan kencing manis, kelahiran melalui pembedahan lebih menjadi pilihan. Masalah ketika proses bersalin yang terjadi juga memungkinkan mereka cenderung mengalami pembedahan secara kecemasan,” katanya.

Walaupun pelbagai risiko berlaku, itu tidak bererti wanita perlu takut terhadap angka usia, sebaliknya perkara paling penting bagi wanita berusia 35 tahun yang bercadang untuk hamil ialah memastikan tahap kesihatan berada dalam peringkat optimal sebelum hamil.
“Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan perubatan secara menyeluruh agar anda bebas dari sebarang masalah perubatan. Sebagai persediaan, pengambilan asid folik diperlukan kerana kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko kelahiran anak cacat, selain si ibu perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan pengambilan makanan seimbang, bersenam dan berhenti merokok.

“Sekiranya anda penghidap penyakit kronik pula, pastikan ia dalam keadaan terkawal sebelum mencuba untuk hamil. Berbincanglah dengan doktor terlebih dulu mengenai ujian yang perlu dijalankan sekiranya anda berjaya hamil kelak,” katanya. 


INFO: Risiko hamil pada lewat usia

  • Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia 
  • Bayi yang dikandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut 
  • Risiko sindrom down 
  • Masalah jantung 
  • Bayi mati dalam kandungan 
  • Keguguran 
  • Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak dikawal 
  • Berat bayi kurang 
  • Uri di bawah
  • Kelahiran kembar
Beberapa perkara boleh dilakukan untuk mencegah risiko di atas, termasuk:
  • Jaga pemakanan. Ambil makanan yang seimbang setiap hari supaya bayi dan anda mendapat khasiat yang secukupnya. 
  • Mengambil asid folik pada awal kehamilan untuk mengelak dan mengurangkan risiko kecacatan. 
  • Jangan ambil minuman bergas dan merokok. 
  • Jangan ambil sebarang ubat, herba atau makanan tambahan tanpa merujuk kepada doktor anda.


    ..

Thursday 17 January 2013

WAJIB BACA : Kenapa minum air perlu duduk??

Emak dan ayah kita selalu berpesan jika nak minum air kenalah duduk. Kenapa yea??

Sebenarnya ada kebenarannya pesan orang tua kita sebab ada kelebihan dan manfaatnya.

Kita disarankan untuk lebih minum air putih yang banyak untuk kesihatan. Namun, jika cara kita salah ketika minum air putih pun boleh memberi kesan kepada kesihatan diri.

Kajian kesihatan akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik berbanding berdiri.

Ini kerana air putih yang diminum ketika duduk akan disaring 'sfringer', iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjal.

Sebaliknya, jika anda minum air putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan. Akibatnya boleh berlaku penyakit ginjal.

Untuk mengatasinya, biasakan minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.

Pesanan emak, ayah kita kadangkala sememangnya ada rahsia tersirat disebaliknya.

..

Wednesday 16 January 2013

INFO SIHAT : Tip-tip Mudah Hamil


Tip-tip Ringkas MUDAH Hamil ~ (Perhubungan Seksual)

Petua Mudah Hamil kali ini akan mengfokuskan kepada cara pehubungan seksual anda. Mungkin anda mempunyai satu persepsi apabila bersetubuh saja pasti akan mengandung... ANDA SILAP! sekiranya anda melakukan hubungan intim itu salah atau tidak kena pada masanya. Jom kita sama-sama lihat beberapa tips mengenai cara untuk cepat hamil dari aspek perhubungan seksual.

*AMARAN -ini merupakan perkongsian ilmu seksual bukan membincangkan perkara lucah!

Tips pertama
30-60 minit sebelum melakukan seks pastikan anda kencing dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.

Tips kedua
Setelah selesai melakukan seks jangan bergerak atau bangun.sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalm faraj dan mencari telur ovari.

Tips ketiga
Jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda.

Tips keempat
Lakukan persetubuhan pada hari yang subur(biasanya hari ke 14) sekurang-kurangnya 5 kali... (",)

Tips kelima
Sebelum ejakulasi pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan kedalam faraj sedalam yang mugkin dan pancutlah air mani dengan laju.

Tips keenam

Gunakan 'teknik Tok Janggut' dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan.

Tips ketujuh
Cuba 'teknik Che Siti Wan Kembang' dari kelantan iaitu dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan. Tujuannya bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj. 'teknik Puteri Saadong' juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang. Teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil. Jadi anda juga boleh mencuba teknik ini.

Tips kelapan
Petua cepat hamil seterusnya ialah apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit. Apabila zakar anda sudah kecut barulah anda tarik keluar.

Itulah serba sedikit petua MUDAH Hamil dalam melakukan hubungnan seks bersama dengan pasangan anda. Diharap ianya memberi manfaat dan idea kepada anda. Selamat mencuba!







..

Tuesday 15 January 2013

INFO SIHAT : LumiGlow Membantu Proses Kehamilan


Setiap pasangan yang hamil mengharapkan kebahagiaan dengan kehadiran cahaya mata dalam keluarga yang baru dibina.

Kebelakangan ini kadar ketidaksuburan pasangan yang baru berkahwin semakin meninggi akibat dari tekanan di tempat kerja, faktor pencemaran alam sekitar dan pemakanan.

WHO mendefinasikan ketidaksuburan sebagai :-

"Pasangan yang telah berkahwin selama dua tahun dan melakukan hubungan kelamin secara kerap, tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan, tetapi si isteri tidak hamil, bukan disebabkan oleh menyusukan anak, atau dalam waktu pantang (postpartum amenorrhoea)".

Di Malaysia kadar ketidaksuburan dianggarkan antara sebanyak 10% - 15% dari pasangan yang telah berkahwin di Malaysia, dan kadar ini lebih kurang sama dengan di USA dan UK.

Punca-punca ketidaksuburan, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hospital Universiti Sains Malaysia, termasuklah masalah kelenjar ovari, (ovulatory dysfunction) (46%), punca-punca yang tidak diketahui (unexplained unfertility) (22%), pelbagai faktor (13%), faktor disebabkan oleh suami (6%), faktor masalah tiub fallopian factor (5%), faktor disebabkan oleh masalah rahim (3%), dan lain-lain faktor (5%).

(rujuk ucapan Menteri Kesihatan pada 05-10-2011 www.moh.gov.my/speeches/850)

Agak menghairankan sebanyak 22% dari pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan dan telah pergi berjumpa dengan dokter pakar, namun masih tidak diketahui punca sebenar ketidaksuburan mereka. Maknanya dokter telah menjalankan pelbagai ujian dan pemeriksaan kesuburan kedua-dua suami dan isteri, dan mendapati mereka adalah pasangan yang normal, tetapi si isteri masih gagal untuk hamil.

Dalam kes begini, faktor-faktor luaran seperti pemikiran positif, banyak berdoa dan menggunakan suplemen tertentu dapat membantu mereka yang mengalami masalah seperti ini.

Saya amat tertarik dengan produk LUMIGLOW yang banyak dipasarkan, dikatakan boleh membantu wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ramai juga yang bertanyakan pendapat saya sama ada LUMIGLOW berkesan dalam membantu yang bermasalah.

Saya meneliti kandungan produk LUMIGLOW dan percaya produk ini dapat membantu pasangan yang dikategorikan dalam 'sukar hamil tanpa sebab yang diketahui'. Walaupun belum ada kajian saintif yang teliti mengenai keberkesanan LUMIGLOW, tidak mustahil produk ini dapat membantu bagi pasangan seperti ini.

Produk LUMIGLOW terdiri daripada bahan-bahan yang terdiri daripada ekstrak dioscorea villosa, ekstrak aloe vera, ekstrak kacang soya, ekstrak biji anggur dan vitamin E.

Saya percaya bahan aktif utama bagi produk ini adalah dioscorea villosa (keladi liar) iaitu tumbuhan yang banyak didapati di Amerika Utara. Ia mengandungi bahan saponin diosgenin yang boleh ditukarkan menjadi hormone progesterone apabila berada dalam tubuh manusia.

(Noguchi E, Fujiwara Y, Matsushita S, Ikeda T, Ono M, Nahora T. "Metabolism of tomato steroidal glycosides in humans". Chem. Pharm. Bull 54 (9): 1312-40).

Sebelum ini keladi liar telah banyak digunakan oleh puak asli Amerika untuk membantu wanita melegakan sakit senggugut, dan meredakan masalah berkaitan menopause. Malah ia juga digunakan untuk rawatan ketidaksuburan.

Mereka tidak menyedari bahawa bahan aktif dalam keladi liar dioscorea villosa, iaitu saponin diosgenin membantu dukun-dukun puak asli Amerika merawat pesakit-pesakit mereka.

Apabila dunia semakin moden dan canggih, para saintis berjaya menghasilkan ekstrak keladi liar ini, yang menjadi bahan utama dalam produk LUMIGLOW.

LUMIGLOW mempunyai kepekatan 3.5% diosgenin dari keladi liar dioscorea villosa, yang mencukupi untuk ditukarkan menjadi hormone progesterone yang terlibat secara langsung dalam kitaran haid wanita, proses kehamilan dan pembentukan janin (embryogenisis).(Hooker E (2004). "Final report of the amended safety assessment of Dioscorea Villosa (Wild Yam), root extract". Int. J. Toxicol. 23 Suppl 2: 49-54).


Bagaimana produk ini dapat membantu pasangan yang mengalami ketidaksuburan ini, masih lagi menjadi misteri sains namun dipercayai disebabkan kandungan LUMIGLOW yang mempunyai bahan saponin diosgenin yang bertukar menjadi hormone progesterone dalam tubuh.

Hormone progesterone pula amat penting dalam proses kehamilan. Di awal proses persenyawaan progesterone adalah tarikan utama bagi seperma untuk berenang merentasi laluan dalam rahim dan tiub fallopian, sebelum berlakunya persenyawaan.

(Kiriman-Brown JC, Bray C, Stewart PM, Barratt CL, Publicover SJ (June 2000). "Biphasic elevation of [Ca(2+)](i) in individual human spermatozoa exposed to progesterone". Developmental Biology 222 (2): 326-35).

Setelah persenyawaan berlaku, sekali lagi progesterone adalah hormone yang penting bagi mengekalkan kehamilan. Ini kerana progesterone adalah hormone yang bertanggungjawab menebalkan lapisan endometrium untuk penanaman benih yang telah disenyawakan.

Ramai wanita yang keguguran di awal kehamilan akibat mempunyai kepakatan hormone progestrone yang rendah. Oleh itu apabila ada tanda-tanda pendarahan di awal kehamilan, dokter akan memberikan hormone progestrone tambahan bagi mengurangkan risiko keguguran berlaku.

Ada juga pasangan yang mengalami keguguran akibat dari tindak balas daya tahan (immune response) seorang wanita terhadap janin anaknya. Dalam hal ini, hormone progestrone yang mencukupi ketika di awal kehamilan dapat membantu mengurangkan  tindakbalas ini, dan mengurangkan risiko keguguran.

Progestrone juga dapat mengurangkan kecutan otot rahim tanpa sebab yang diketahui yang boleh menyebabkan keguguran.

Secara teorinya progestrone yang dibekalkan dalam LUMIGLOW mungkin dapat membantu mereka yang mengalami ketidaksuburan seperti ini dan membantu mereka yang sering keguguran di awal kehamilan.

Antara soalan yang sering ditanyakan ialah adakah cukup dengan hanya menyapu krim LUMIGLOW untuk mendapatkan kesan yang baik ini.




Banyak krim progestrone yang dijual di negara Eropah dan Amerika Syarikat dengan selamat kerana bahan aktif yang masuk ke dalam kulit melalui cara transdermal sangat berkesan. (Lark, Susan (1999). Making the Estrogen Decision. McGrow-Hill Professional. p.22)

Produk LUMIGLOW ini juga tidak memerlukan preskripsi dari dokter kerana ia adalah hormone progestrone semulajadi dari tumbuhan keladi liar.

Produk ini mungkin tidak berkesan untuk semua wanita tetapi boleh dicuba oleh semua wanita yang ingin hamil.

Wallahu a'lam...

sumber : drzubaidi.com

*Nota : Boleh layari http://www.facebook.com/mybeautyshoppe untuk mencuba.
 





..

Monday 14 January 2013

GAMBAR : The Precious Gift


I am Mommys Preciuos Gift from Allah...

WAJIB BACA : Fadhilat Solat Dhuha

Kelebihan Sembahyang Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

..

Friday 11 January 2013

Nong Poy Lelaki Paling Cantik Di Dunia

 
Jika pertama kali korang melihat model ni, konpem ramai fikir model ini adalah seorang perempuan. Jangan tergoda dengan kecantikan dia dan jangan sesekali mintak nom telefon sebab nak mengorat. Disebalik kecantikannya yang dimilikinya, sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.

Nong Poy lahir di Phang Ngai,Thailand pada 5 Oktober 1986 sebagai seorang lelaki. Dia memiliki ketinggian 171 cm, ukuran badan 33-24-36 dan berat 48 kg. Masalahnya dia berkeinginan untuk menjadi seorang wanita kerana dia rasa Tuhan menciptakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki berdasarkan bentuk badan yang dimilikinya. Dia berasa kecewa kerana terpaksa berpura-pura berkelakuan sebagai seorang lelaki didepan ibu bapanya walaupun dia sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan.

Ketika dia berumur 17 tahun, Nong Poy nekad untuk melakukan pembedahan jantina menjadi seorang perempuan. Walaupun terpaksa menanggung sakit dan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk kos pembedahan tersebut, tapi dia tak peduli dengan kesakitan tersebut demi mencapai impiannya itu. Baginya, rasa sakit itu dianggap berbaloi. Akhirnya,pembedahan itu berjaya mengubah dirinya daripada seorang lelaki menjadi seorang perempuan yang jelita. Berikut merupakan hasil daripada pembedahan tersebut yang bertahan sehinggalah ke hari ini:
 
 





Lelaki kena berhati-hati pilih pasangan kerana boleh terkeliru dengan pondan sebab ada setengah pondan lebih cantik dari perempuan. Lelaki yang bercinta dengan pondan ne samalah tergolong dalam lelaki jenis kaum Nabi Luth. Kepada golongan pondan, bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka.


..

Petua Menjadi Isteri Terbaik



Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri, seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!

2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.


3. Manager dalam segala hal

Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.


4. Selalu di belakang suami

Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.


5. Menjaga perut suami dan anak-anak

Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.


6. Pandai jaga diri

Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.


7. Perunding imej

Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.


8. Menjaga keluarga mertua

Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

..

Ingin Berkahwin Vs Perlu Berkahwin


Ketika kita membuat nekad untuk berkahwin, wajarlah kita membuat keputusan dengan beberapa 'purpose' atau tujuan. Adalah mustahil seseorang yang bangun pagi tiba-tiba terkedu;

'eh nak kahwin laa hari nih'.
'Kahwin hari ni, nak buat ape ye..?'

Sesungguhnya kahwin bukan lah untuk sehari dua, tetapi untuk seumur hidup. Pasangan yang akan kita bawa insyaAllah destinasinya adalah hingga ke syurga. Dari pasangan itulah kita sempurnakan fitrah kehidupan kita. Memenuhi tuntutan nafsu yang dihalalkan agama untuk zuriat yang mendoakan kita apabila kita sudah meninggal dunia nanti. Jadi, kita mesti ada alasan yang kukuh kenapa kita hendak berkahwin, dan kenapa kita perlu berkahwin.

Semua setuju dengan tujuan perkahwinan yang signifikannya adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan hidup, tuntutan fitrah manusia, sebagai kesinambungan generasi, tuntutan sunnah nabi dan sebagainya. Namun setiap manusia pastilah mempunyai 'alasan tersendiri' mengapa dia ingin berkahwin dan perlu kepada sebuah perkahwinan.

'Ingin  Berkahwin Vs Perlu Berkahwin

Ingin dan perlunya kepada sebuah perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza. Semua orang ingin berkahwin, tetapi inginkan sebuah perkahwinan bukanlah menunjukkan kepada perlunya sebuah perkahwinan. Analoginya umpama mengapa kita terasa ingin untuk makan? Sudah tentulah kita ingin makan mungkin adalah kerana kita berasa lapar, aatau kerana makanan yang kita lihat itu terasa sedap atau kerana makanan tersebut adalah makanan kegemaran kita. Namun, apabila kita mempersoalkan mengapa kita perlu makan, maka jawapan yang paling tepat ialah kita perlu untuk makan untuk hidup.
Maka seharusnya perlu bijak berfikir dan membezakan dengan betul, kenapa kita ingin berkahwin dan kenapa kita perlu berkahwin.
Apabila kita ingin berkahwin, selalunya kita akan cenderung kepada memikirkan perkara-perkara yang lebih kepada keseronokan dan menarik sahaja di dalam perkahwinan. Justeru, tidak lah mustahil orang yang memikirkan hanya 'ingin berkahwin' mudah untuk kalah di dalam mengawal nafsu dan pertimbangan rasionalnya mudah dikaburi. Umpama seseorang yang ingin berkahwin untuk suka-suka atau sebab sangat-sangat cintakan si dia, maka demikianlah juga 'perjalanan' perkahwinan yang bakal dihadapi nanti, akan lebih ke arah keseronokan semata-mata.

Namun, seseorang yang memikirkan perlunya berkahwin, pemikirannya lebih bermatlamat, matang dan halatujunya kepada sebuah perkahwinan. Walaupun kadangkala fikirannya tersasar ke arah 'nafsu' namun ianya dapat dilandaskan semula kepada matlamat perkahwinan itu sendiri.  Dengan adanya pemikiran yang bermatlamat, akan membawa kepada siapa yang wajar untuk kita kahwini. Gadis sepertimanakah yang bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Suami manakah yang akan menjadi pemimpin dalam keluarga kita nanti.

Bersedia Vs Belum Bersedia

Ramai yang akan bertanya, adakah umur dalam 20-an itu terlalu muda untuk berkahwin? Jika era ini, mungkin ramai yang akan berpendapat usia dalam 20-an itu adalah terlalu muda untuk sebuah perkahwinan. Jika ditanya kepada generasi veteran, mungkin ada yang berpendapat dengan berkahwin dalam lingkungan umur demikian agak sedikit 'terlewat', dan mungkin ada juga yang berpendapat ianya umur yang sesuai untuk berkahwin.
Apapun, berkahwin muda atau tidak bukanlah suatu perkara yang perlu dipanjang-panjangkan kerana awal atau lambat adalah termasuk di dalam taqdir seseorang hamba tersebut. Ianya telah pun ditentukan oleh Allah SWT dan telah pun tertulis sejak azali lagi. Persoalannya adalah sama ada seseorang itu terlah bersedia atau belum untuk menuju fasa seterusnya.

Sekiranya seseorang itu memilih untuk berkahwin pada usia muda, maka seharusnya memikirkan dengan mendalam persoalan mengapa perlunya perkahwinan itu berlaku. Jika sekiranya perkara tersebut tidak difikirkan sebaik mungkin ianya adalah tindakan tidak matang dikala usia muda.  Sebagai contoh ingin berkahwin kerana 'Impulsive behaviour' atau 'external pressure' saat melihat sahabat-sahabat yang lain telah berkahwin seorang demi seorang  sorang demi sorang kahwin (terutamanya muslimat).
 

Kesimpulannya, jika kita melangkah ke fasa seterusnya, dari bujang kepada hidup berumah tangga maka perlulah ditanyakan diri sendiri mengapa perlunya kita berkahwin. Hadamkan lah soalan untuk kita fikirkan, kenapa perlunya perkahwinan itu berlaku. Sesungguhnya, dalam lautan manusia di bumi Allah ini kita memilih untuk mendamba hidup pada hanya seorang sahaja.  Tidak bosan kah? Tidak jemu kah? Tak mual kah? Menatap wajah yang sama saban hari selama bertahun-tahun. Mungkin persoalan itu bakal terjawab bila sudah mengalami sendiri pengalaman tersebut. Mungkin itulah kuasa cinta yang disandarkan kepada Allah yang perlu dirungkai dialam perkahwinan nanti. Dan itulah hikmah penciptaan Allah

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir."
(Surah ar-Ruum ayat 21)

Semoga Allah mengurniakan sebuah rumah tangga yang penuh keberkatan, bersama isteri dan anak-anak yang soleh.


"Dan hamba-hamba yang beriman itu berdoa, Wahai Tuhan kami kurniakanlah untuk kami isteri-isteri kami dan anak-anak kami yang jadi penyejuk mata kami dan jadilah kami petuan orang-orang yang muttaqin."

(Surah al-Furqan ayat 74)

- Artikel iluvislam.com


Biodata Penulis

Mohd Redhuan Abdul Muin merupakan seorang pelajar tahun akhir perubatan di Ireland. seorang bapa dan suami yang ingin membawa keluarga bersama menuju Jannatul Firdaus. Berkongsi karya di http://the63s.blogspot.com.
..


60 Petua Untuk Mendapat Pasangan ~ Part 1


Tips Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ni amat sesuai buat mereka yang masih single dan masih mencari pasangan hidup yang diimpikan. So, take a note single women and men ok.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.


3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.



4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci

to be continue... (",)

...

WAJIB BACA : 6 Perkara Allah Sembunyikan



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

# wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. InshaAllah...


..

Kriteria Lelaki Pilihan Perempuan




Anda kacak tetapi hairannya masih tak punya pasangan. Sudah ramai wanita yang anda dekati tapi tiada yang sudi menjadi teman hidup anda. Pernah tak anda terfikir mengapa? Jika begitulah situasinya, sudah tiba masanya anda untuk menilai diri. Walaupun anda kacak tapi adakah anda memiliki kriteria sikap yang diidamkan wanita seperti di bawah ini.


Boleh dipercayai
Biasanya wanita mencari lelaki yang boleh dipercayai dan jujur. Lelaki yang menjadi buaya darat lazimnya tidak jujur dan gemar mempermainkan hati wanita. Jadi, kalau anda mahu disayangi, jujurlah dan jadilah orang yang boleh dipercayai.



Berani dan punya komitmen
Sesetengah lelaki takut untuk meluahkan kata-kata kerana tidak yakin dengan diri sendiri. Jadilah lelaki yang berani kerana apabila mahu mengikat komitmen dengannya, anda harus memikul tanggungjawab besar.


Ikhlas

Selagi anda tidak jujur selagi itulah anda tidak menerima cinta ikhlas darinya. Sesetengah lelaki beranggapan pasangan tidak tahu segala tindakannya tetapi sekali rahsia anda terbongkar, hatinya begitu terluka dan pasti tidak mempercayai anda lagi.



Romantis
Ramai wanita mengidamkan lelaki romantis. Romantis menambah baik pada suatu hubungan. Tapi awas, lelaki romantis ini biasanya dikaitkan dengan lelaki mata keranjang.


Pegangan Agama
Wanita bukan saja menginginkan kebahagian di dunia tetapi juga di akhirat. Oleh itu, mereka mencari lelaki yang ada cahaya keimanan dalam dirinya. Lelaki yang tahu hukum hakam agama dan bukan lelaki yang mengabaikan perintah Allah.

7 Cara Nak Jadi Pasangan Romantik

Apabila Jatuh Sakit, Berilah Perhatian Yang Lebih

Elakkan daripada membebel atau seangkatan dengannya. Berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. So, berikan perhatian lebih.

Lakukan Kejutan Buat Si Dia

Salah satu cara dengan menghantar SMS cinta untuk pasangan anda pada saat dia tidak menjangkakan. Katakanlah " I Love You Forever".

Tulislah Ayat-Ayat Cinta

Romantik bukan jika anda melakukan sesuatu untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangan anda. Kepada yang dah berkahwin, anda boleh meletakkan sekeping kad di atas meja solek isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan.  Kepada yang bercouple, kejutan sebegini boleh dibuat dengan menghantar bunga diselangi dengan sekeping kad. Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih. 

Lakukan Kerja Yang Biasa Dilakukan Oleh Pasangan Anda

Jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah atau mengemas rumah. Mesti si dia akan berasa pelik kenapa perangai anda berubah. Bila ditanya, anda hanya perlu ucapkan kepada si dia "because I love you".

 Selalu Berikan Pujian

Ketika anda bekerja atau duduk berjauhan, goda pasangan anda dengan menghantar SMS romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.

Berdating Dengan Pasangan Anda

Keluar berdua pada hujung minggu. Fokus anda adalah untuk berdating dengan pasangan anda. Seboleh-bolehnya elakkan daripada berbual mengenai sesuatu yang boleh merosakkan suasana semasa anda berdating.

Sediakan Hidangan Yang Disukai Pasangan Anda

Ajak pasangan anda ke rumah dan sediakan hidangan yang disukai olehnya. Jangan disediakan masakan seperti maggi kari. Nampak sangat anda tidak tahu memasak. Sebaliknya, sediakanlah masakan yang boleh membuatkan dia 'WOW' dengan masakan anda. Kalau anda tidak pandai memasak sekalipun, beli je lauk dekat kedai. 

JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 
..

Jangan Berkawan Dengan Bekas Teman Lelaki

Bila status anda dah berubah, jadi girlfriend/boyfriend atau isteri/suami orang, banyak benda yang perlu dikawal. Jika anda perempuan, batas pergaulan yang perlu dijaga. Jika anda lelaki, jangan pandang ringan soal perlakuan. So, nak bagitahu la sikit batas seorang perempuan nak berkawan dengan lelaki. Mesti ada orang kata "Ala, kawan je, tu pun nak kecoh". Ha, kena ingat, silap berkawan buruk padahnya!
Kalau anda single lagi tak ada masalah dengan siapa anda berkawan. Biasalah, tak ada hati yang perlu dijaga. Tapi lain pulak cerita bila anda dah kapel atau dah kahwin ne. Baik sekali mana pun hubungan anda dengan kawan tu, kalau dia dan anda berlainan jantina jagalah batas pergaulan anda.

BATASAN NAK BERKAWAN DENGAN LELAKI


Jangan keluar makan malam bersama
Kalau anda sayang hubungan anda dengan pasangan anda tu, elakkan daripada keluar makan berdua dengan kawan lelaki. "Kami dah lama tak jumpa, lagi pun dia ne kawan sekampung". Tak kira apa alasannya, anda tak boleh makan sekali kecuali ditemani oleh kawan-kawan lain. Kalau kawan lelaki tu ajak jugak, cuba tolak dengan baik. Ingat, di antara dua orang pasti ada yang 'ketiga' dan boleh mengundang curiga. Tak pasal-pasal anda bergaduh dengan pasangan anda.

Jangan dekati tempat yang romantis
Jangan cuba-cuba nak dekati diri dengan kawan lelaki dekat tempat yang romantis. Mungkin ada yang cakap "Kami di sini sebab atas dasar nak berbincang tentang kerja". Ini kerana perasaan romantik tu boleh bercambah bila anda berada kat tempat sunyi, santai dan dingin. Bila dah berada dalam situasi ne, tak ingat dah dekat pasangan tu.
  Jangan bercerita pasal rahsia
Perempuan memang suka bercerita tapi kena hati-hati jugak sebab bukan semua benda anda boleh kongsi terutamanya dengan kawan lelaki. Kalau anda berkongsi jugak sesuatu yang anda tak kongsi dengan pasangan anda kepada kawan lelaki, ini bermakna anda lebih mengutamakan dia berbanding pasangan anda. Mengadu masalah kepada kawan lelaki akan mendatangkan perasaan yang tak sepatutnya.

Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki
Mungkin pasangan anda cakap dia tak kisah dengan siapa anda berkawan tapi anda kenalah bijak supaya pasangan anda tu tak terasa hati. Memang di mulut dia cakap tak kisah tapi dalam hati mesti ada perasaan curiga. Berhubung semula dengan bekas teman lelaki anda boleh mengimbas kenangan lama semasa anda bercinta. Secara tak langsung, cinta lama boleh bertaut. So, jauhilah ye kalau anda sayang hubungan dan pasangan anda.
..