Apabila Jatuh Sakit, Berilah Perhatian Yang Lebih
Elakkan daripada membebel atau seangkatan dengannya. Berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. So, berikan perhatian lebih.
Lakukan Kejutan Buat Si Dia
Salah satu cara dengan menghantar SMS cinta untuk pasangan anda pada saat dia tidak menjangkakan. Katakanlah " I Love You Forever".
Tulislah Ayat-Ayat Cinta
Romantik bukan jika anda melakukan sesuatu untuk meluahkan perasaan cinta kepada pasangan anda. Kepada yang dah berkahwin, anda boleh meletakkan sekeping kad di atas meja solek isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan. Kepada yang bercouple, kejutan sebegini boleh dibuat dengan menghantar bunga diselangi dengan sekeping kad. Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih.
Lakukan Kerja Yang Biasa Dilakukan Oleh Pasangan Anda
Jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah atau mengemas rumah. Mesti si dia akan berasa pelik kenapa perangai anda berubah. Bila ditanya, anda hanya perlu ucapkan kepada si dia "because I love you".
Selalu Berikan Pujian
Ketika anda bekerja atau duduk berjauhan, goda pasangan anda dengan menghantar SMS romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.
Berdating Dengan Pasangan Anda
Keluar berdua pada hujung minggu. Fokus anda adalah untuk berdating dengan pasangan anda. Seboleh-bolehnya elakkan daripada berbual mengenai sesuatu yang boleh merosakkan suasana semasa anda berdating.
Sediakan Hidangan Yang Disukai Pasangan Anda
Ajak pasangan anda ke rumah dan sediakan hidangan yang disukai olehnya. Jangan disediakan masakan seperti maggi kari. Nampak sangat anda tidak tahu memasak. Sebaliknya, sediakanlah masakan yang boleh membuatkan dia 'WOW' dengan masakan anda. Kalau anda tidak pandai memasak sekalipun, beli je lauk dekat kedai.
JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :
- Jangan Berkawan Dengan Bekas Teman Lelaki
- So True : Beza antara CINTA, SUKA dan SAYANG
- Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang yang Salah
- PELIK TAPI BENAR : Kenapa bercinta serasi, setelah kahwin tidak serasi?
- 22 Cara Nak Kenal Lelaki 'Gentleman'