merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Saturday, 19 January 2013

INFO SIHAT : Risiko Hamil Lewat Usia

DR RAJA JUHAIDAH memberi penerangan mengenai organ peranakan wanita.


Pelbagai masalah boleh berlaku berikutan tahap kesuburan semakin menurun

HAMIL pada usia lewat atau sekitar angka 30 bukan senario asing, khususnya di kalangan wanita bekerjaya hari ini. Kelemahan hamil pada usia lebih lewat ini apabila tahap kesuburan bukan saja lebih rendah, sebaliknya meningkatkan pelbagai jenis risiko seperti masalah perubatan kronik dan mendapat anak cacat. 

Perunding Obstetrik dan Ginokologi, Hospital Columbia Asia Hospital Puchong, Dr Raja Juhaidah Raja Abdullah, berkata hamil lewat akibat membina rumah tangga lewat atau bersedia menimbang anak pada usia lebih matang seakan menjadi aliran kepada wanita hari ini.

Bagaimanapun, katanya, hamil selepas usia 35 tahun akan mendedahkan wanita kepada pelbagai risiko khususnya tahap kesuburan semakin rendah kerana sebaik dilahirkan, setiap wanita sudah pun dibekalkan dengan sebilangan telur yang akan menjadi matang secara beransur-ansur apabila mencapai tahap puberti.

“Apabila wanita meningkat usia, kualiti telur menjadi kurang dan proses ovulasi mungkin tidak terjadi setiap bulan. Ini mengakibatkan proses kehamilan mengambil tempoh yang lebih lama berbanding wanita yang lebih muda. Sekiranya suami juga agak berusia, ia mungkin dikaitkan dengan masalah sperma yang kurang berkualiti.

“Wanita selepas 35 tahun juga lebih kerap dikaitkan dengan masalah sistem peranakan seperti penyakit endometriosis dan fibroid yang menyukarkan lagi peluang mereka untuk hamil secara semula jadi. Sekiranya anda berusia 35 ke atas dan gagal hamil selepas enam bulan mencuba, wanita berkenaan disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Dr Raja Juhaidah berkata, masalah kesihatan kronik seperti kencing manis dan darah tinggi juga dikatakan lebih tinggi di kalangan wanita pada usia sebegitu dan apabila hamil, peluang itu lebih tinggi.

“Malangnya ia bukan saja meninggikan risiko terhadap ibu, tetapi juga bayi yang dikandung. Rawatan awal dan optimal sebelum dan ketika hamil dapat mengurangkan komplikasi dan seterusnya mendorong kelahiran bayi sihat. Walaupun perubatan moden boleh membantu wanita berusia lebih 35 tahun menjalani kehamilan dengan selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding wanita lebih muda.

“Kejadian bayi meninggal di dalam kandungan juga tinggi di kalangan wanita berusia 35 tahun ke atas. Wanita berusia juga lebih cenderung untuk melahirkan anak yang lebih kecil saiznya. Sekiranya wanita bercadang untuk hamil pada usia yang lewat, anda perlu memahami risiko yang berkaitan dengannya dan cuba mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko berkenaan. Ini adalah untuk meningkatkan peluang ke arah kehamilan ‘tanpa masalah’ dan kelahiran anak yang sihat,” katanya.

Risiko melahirkan anak cacat juga lebih tinggi apabila usia semakin meningkat. Keadaan itu berlaku, mungkin disebabkan oleh kromosom tidak normal pada telur.

“Secara kasarnya, satu dalam 1,400 bayi dilahirkan oleh wanita pada usia 20-an akan mengalami sindrom down, dan kadar ini akan menjadi satu dalam 100 apabila ibu mencecah ke usia 40-an,” katanya.

Dr Raja Juhaidah menegaskan, penyelidikan membuktikan bahawa risiko keguguran berlaku antara 12 hingga 15 peratus di kalangan mereka yang berusia 20-an dan ia meningkat kepada 25 peratus di kalangan wanita berusia 40-an.

Peningkatan itu berlaku dengan meningkatnya kes kromosom tidak normal dan telur yang tidak berkualiti di kalangan wanita lebih berusia, yang gagal bertahan lama dan gugur pada awal kandungan.

“Disebabkan pelbagai komplikasi dan risiko seperti masalah darah tinggi dan kencing manis, kelahiran melalui pembedahan lebih menjadi pilihan. Masalah ketika proses bersalin yang terjadi juga memungkinkan mereka cenderung mengalami pembedahan secara kecemasan,” katanya.

Walaupun pelbagai risiko berlaku, itu tidak bererti wanita perlu takut terhadap angka usia, sebaliknya perkara paling penting bagi wanita berusia 35 tahun yang bercadang untuk hamil ialah memastikan tahap kesihatan berada dalam peringkat optimal sebelum hamil.
“Berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan perubatan secara menyeluruh agar anda bebas dari sebarang masalah perubatan. Sebagai persediaan, pengambilan asid folik diperlukan kerana kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko kelahiran anak cacat, selain si ibu perlu mengamalkan cara hidup sihat dengan pengambilan makanan seimbang, bersenam dan berhenti merokok.

“Sekiranya anda penghidap penyakit kronik pula, pastikan ia dalam keadaan terkawal sebelum mencuba untuk hamil. Berbincanglah dengan doktor terlebih dulu mengenai ujian yang perlu dijalankan sekiranya anda berjaya hamil kelak,” katanya. 


INFO: Risiko hamil pada lewat usia

  • Terdedah pada masalah pendarahan atau praeklampsia 
  • Bayi yang dikandung mungkin menghadapi risiko sumbing langit dan mulut 
  • Risiko sindrom down 
  • Masalah jantung 
  • Bayi mati dalam kandungan 
  • Keguguran 
  • Tekanan darah tinggi pada ibu yang mengancam nyawa kedua-duanya sekali jika tidak dikawal 
  • Berat bayi kurang 
  • Uri di bawah
  • Kelahiran kembar
Beberapa perkara boleh dilakukan untuk mencegah risiko di atas, termasuk:
  • Jaga pemakanan. Ambil makanan yang seimbang setiap hari supaya bayi dan anda mendapat khasiat yang secukupnya. 
  • Mengambil asid folik pada awal kehamilan untuk mengelak dan mengurangkan risiko kecacatan. 
  • Jangan ambil minuman bergas dan merokok. 
  • Jangan ambil sebarang ubat, herba atau makanan tambahan tanpa merujuk kepada doktor anda.


    ..