merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Friday 27 December 2013

Pari Gergasi di SABAK BERNAM

SABAK BERNAM – “Saya berasa cuak apabila ternampak kelibat ikan besar melibas-libas ekor di gigi air,” kata seorang remaja, Mohd Nor Firdaus Burhanuddin, 14, yang menemui spesies ikan pari gergasi di Pantai Sekendi, di sini, tengah hari, semalam.

Ikan pari seberat lebih 120 kilogram itu ditemuinya kira-kira jam 11 tengah hari ketika dia bersama dengan seorang abangnya dan dua lagi rakannya itu turun ke pantai untuk memukat ikan.

Mohd Nor berkata, ketika ingin memukat, dia terkejut apabila menemui objek pelik dan kemudiannya terus menjerit ke arah abangnya, Mohd Nor Fahmi, 17, yang ketika itu berada tidak jauh dari kawasan terbabit.

“Tanpa fikir panjang, saya terus menjerit ke arahnya (Mohd Nor Fahmi) kerana takut disengat ikan itu yang tiba-tiba menggelupur dengan kocakan air yang kuat seolah-olah terkejut dengan kehadiran saya di situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Nor berkata, ikan pari selebar kira-kira lima meter dan panjang tiga meter itu memiliki warna seperti harimau bintang.

“Tak pernah saya lihat pari sebesar ini dan ini merupakan pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila kerana dapat membawanya naik ke darat bersama abang dan dua lagi rakan,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Nor Fahmi pula menolak andaian sesetengah pihak bahawa kemunculan ikan itu mungkin satu petanda akan berlaku, sebaliknya berandaian ikan gergasi itu dipercayai menghanyutkan diri ke pantai bila hendak mati.

“Mungkin semua ini hanya satu kebetulan sahaja dan tidak mungkin akan berlaku sesuatu yang tidak baik, tetapi kita harap pihak berwajib membuat kajian mengenai penemuan spesies ikan tersebut,” katanya.

Menurutnya, bangkai ikan itu kemudiannya dibawa menaiki gerabak motosikal di sebuah rumah saudaranya di Sekendi Sabak Bernam.

“Kami letakkannya di situ supaya orang ramai boleh menyaksikan sendiri keunikan ikan itu,” katanya.

sumber : sinarharian.com.my

Wednesday 18 December 2013

WAJIB BACA : Anda Semua Adalah Pemimpin

Sesiapa yang tak mampu memimpin dirinya sendiri , pasti tidak akan boleh memimpin bahkan sebaliknya boleh merosakkan.

 
Rasulullah SAW bersabda : " Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya . Seorang imam ( amir ) pemimpin dan bertanggungjawab atas rakyatnya . Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya . Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya . Seorang pelayan ( karyawan ) bertanggung jawab atas harta majikannya . Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya . "( HR. Bukhari dan Muslim )
Seorang pemimpin yang baik adalah orang yang sangat gigih memimpin dirinya sendiri . Memimpin fikirannya agar tak kotor , zalim dan cinta dunia . Memimpin mata , telinga , lisannya dan sikapnya agar tidak bergelumang dosa dan maksiat . Memimpin nafsunya agar terkawal .
Dan yang utama harus boleh mengawal / memimpin hatinya agar benar - benar bertauhid dengan bersih , tidak menjadi hamba apapun / sesiapa selain hanya bertuhankan Allah ta'alaa . Sesiapa yang boleh memimpin dirinya insya Allah akan diberikan pertolongan oleh Allah dan boleh memimpin yang lain dengan benar dan baik . Sesiapa yang tidak mampu memimpin dirinya sendiri , pasti tidak akan boleh memimpin bahkan sebaliknya boleh merosakkan , nauzubillah...


Monday 16 December 2013

WAJIB BACA : Hargai Pasanganmu!!


Dalam menjalin sebuah hubungan perlu sebuah komitmen untuk saling menjaga...
saling menghargai perasaan pasangan kita...
apakah ia perlu..?? heyyy... apa jawapan anda...??
Bila anda sudah dewasa anda akan mengerti hal ini...
kecuali anda memang masih telalu muda untuk mengerti perasaan orang lain...
janganlah terlalu egois... melakukan sesuatu yang menyakitkan perasaan , sedangkan anda sendiri tidak suka jika perkara itu berlaku kepada anda...
Cemburu...?? Agak-agak lah kan...
Tapi sekarang bukan membincangkan masalah cemburu...
tapi tentang MENGHARGAI PERASAAN PASANGAN ANDA jadi , SUDAHKAH anda MENGHARGAI PERASAAN PASANGAN ANDA ??
 
So... Jangan jadi manusia EGOIS yang semaunya sendiri...
Anda tak akan selamanya menjadi anak - anak...
kerana anda akan menjadi dewasa , sewajarnya anda berfikiran sebagai dewasa juga...
jika anda salah , maka sewajarnya anda minta maaf ,
jangan pernah berlari kerana sudah merasa salah...
mungkin anda merasa malu untuk minta maaf ,
tapi akan lebih memalukan lagi
apabila anda masih mempertahankan ke egoisan anda ( seperti anak kecil )

Selamat Malam...


http://a-dha-whiteseries-pt-kembanghati.blogspot.com/

Friday 13 December 2013

Kulit Wajah Rosak Kerana Salah Pilih Kosmetik

Kosmetik secara terminology mempunyai pengertian yakni bahan atau material yang dimanfaatkan pada bahagian luar tubuh manusia seperti bahagian epidermis, rambut, kuku, bibir dan kemaluan bahagian luar manusia. Dalam perkembangannya, kosmetik juga seringkali dimanfaatkan untuk rawatan gigi dan mukosa mulut terutama untuk membersihkan, mewangikan, mengubah penampilan atau memperbaiki bau badan atau melindungi serta memelihara tubuh supaya berada dalam keadaan yang baik. Kosmetik biasanya digunakan oleh kaum wanita. Walaupun begitu, kaum lelaki juga tidak ketinggalan menggunakan kosmetik untuk merawat kesihatan tubuh dan kulit mereka.

Kosmetik adalah untuk mencantikkan dan menyempurnakan penampilan kita. Kini, banyak jenis kosmetik yang terdapat dipasaran seperti kosmetik rawatan badan, make up, dan juga kosmetik yang boleh menukar warna kulit. Apakah akibatnya jika kosmetik yang dipakai menimbulkan masalah pada kulit wajah kita...??? Ini bermakna berlakunya kerosakan kulit wajah akibat daripada tersalah pilih kosmetik.

(Gambar hiasan)

Kesalahan kosmetik biasanya terjadi kerana beberapa sebab, salah satunya kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit. Jenis kulit tertentu mempunyai kesensitifan. Contohnya kulit wajah berminyak. Kulit wajah yang berminyak sangat sensitif terhadap pelembap. Pelembap yang tidak sesuai boleh menimbulkan bintik hitam pada wajah dan ianya boleh menyebabkan timbulnya jerawat. Selain itu, kulit wajah juga akan nampak kusam apabila foundation yang dipilih tidak sesuai dengan kulit wajah anda. Sebelum anda memutuskan untuk membeli dan menggunakan salah satu produk kosmetik sebaiknya anda mengenali terlebih dahulu jenis kulit anda supaya kosmetik yang anda gunakan tidak akan memberi kesan buruk bagi kulit wajah anda. Kosmetik yang mahal berjenama dan terkenal belum tentu sesuai digunakan oleh anda. Apabila keadaan kulit wajah anda tidak sesuai dengan kosmetik tersebut anda perlu menukar dengan kosmetik yang sesuai dengan kulit wajah anda.

Kerosakan kulit wajah akibat salah pilih kosmetik juga boleh terjadi apabila kosmetik yang digunakan sudah tamat tempoh. Setiap jenis kosmetik mempunyai tarikh luput, misalnya lipstik mempunyai tarikh luput selama satu tahun. Apabila kosmetik tamat tempoh tetap digunakan ini akan menimbulkan iritasi pada kulit wajah seperti gatal-gatal, bintik merah atau jerawat. Ramai orang yang ingin kelihatan lebih cantik dengan kosmetik sayangnya ada di antara mereka yang terpaksa mengeluarkan kos yang jauh lebih besar untuk rawatan kulit wajah akibat kesilapan memakai kosmetik.

 (Gambar hiasan)

Kesan yang paling serius dari kesalahan penggunaan kosmetik pada kulit biasanya terdiri daripada kandungan berbahaya yang terdapat pada kosmetik. Logam, merkuri dan hydroquinone merupakan bahan kimia yang masih sering dijumpai dalam kosmetik. Akan tetapi bahan-bahan tersebut berbahaya bagi tubuh dan kulit. Penggunaan logam pada kosmetik bukan hanya merosakkan wajah, tetapi juga boleh menyebabkan seseorang mengalami kemurungan, kehilangan memori, sakit kepala, gayat dan pada kosmetik untuk rambut akan menyebabkan keguguran rambut.

Merkuri pada kosmetik boleh mencetuskan terjadinya kanser kulit, begitu juga hydroquinone. Kadar hydroquinone yang dibenarkan pada produk kosmetik adalah sebanyak 10%. Apabila kandungannya terlebih dari yang sepatutnya ia boleh menyebabkan gangguan kulit wajah seperti jerawat, hiperpigmentasi, dan juga kanser kulit
 
Anda perlu meneliti dan melihat kandungan kosmetik untuk mencegah kerosakan kulit wajah akibat daripada kesilapan dalam pemilihan kosmetik. Anda juga perlu memilih kosmetik yang tepat untuk jenis kulit anda. Selain itu, perhatikan tarikh luput kosmetik tersebut. Jangan gunakan kosmetik yang telah tamat tempoh walaupun dibeli dengan harga yang begitu mahal.
 
http://a-dha-whiteseries-pt-kembanghati.blogspot.com/