merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Sunday 19 February 2012

JOM #ChurpChurp, sambil blogging jana income, untung2 dpt shopping on9 FREE...!!! hehe... takkan nak tengok jer...??? Pat2 REGISTER... :)

JOM #ChurpChurp, sambil blogging jana income, untung2 dpt shopping on9 FREE...!!! hehe... takkan nak tengok jer...??? Pat2 REGISTER... :)

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!

Hooked on to 9GAG? Reddit? Check out #ChurpChurp! U're gonna be hooked on d stories we have!

INFO : Hukum FOREX Menerusi Platform Elektronik Haram




Hukum FOREX Haram – Pertukaran Matawang Asing


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.


“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian”.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.


“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.


Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.


“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. 

 - BERNAMA 

BNM Luluskan Urus Niaga Pertukaran Wang Asing :
BNM telah mengeluarkan kenyataan sebagai reaksi kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa produk kewangan berlandaskan Syariah termasuk urus niaga berkaitan pertukaran asing yang ditawarkan dan diuruniagakan oleh institusi kewangan Islam berlesen diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan masing-masing dan kelulusan itu juga perlu mendapat pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah BNM.

BNM juga memaklumkan kepada orang ramai bahawa membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan dengan bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 195 dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Hanya Perniagaan FOREX Menerusi Platform Elektronik Haram :

Rupa-rupanya kenyataan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebelum ini yang mengatakan urus niaga pertukaran wang asing (forex) adalah haram, telah tersalah lapor oleh sebahagian media. Menurut beliau, fatwa pengharaman forex hanya dibuat kepada perdagangan mata wang individu menerusi platform elektronik (online).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia itu lagi, keputusan pengharaman forex tersebut tidak terpakai ke atas perkara-perkara seperti urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi kewangan berlesen.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 
..

Gila Babi : Pelajar Medic Berbogel Bersama Babi...!!!

Fans of OneBeauty Natureskinz, you guys mesti pernah baca entri tentang art berbogel dengan babi. Erggghhhh!!! here is the new stripped stuff by medical student, daughter of Korean Philosopher with pig.

Miru Kim yang berusia 30 tahun berbogel selama 104 jam dengan 2 ekor babi tanpa henti di dalam kotak cermin yang ditempatkan di Galeri Kesenian Basel, Miami dan kebogelannya boleh ditonton oleh pengunjung galeri pelbagai lapisan (U)

The idea stated was not for fun but for the sake of art "high art". Dan idea kebabian ini kononnya digunakan oleh Kim untuk mengatasi Obsessive-Compulsive Disorder yang di alami Kim. Berbogel bersama babi dan pelbagai tempat rare kononnya dapat merawat simptom kebabian beliau yang takutkan kekotoran, kegelapan, kesendirian dan etc.

This women said, she felt her existence more than ever when she mingle with pig. She was inspired by the French Philosopher, yang menulis buku bertajuk "Lima Deria" dan menyatakan "Sekiranya saya menyukai babi, maka babi akan menyukai saya"

Whatever art they had explained, sifat kebabian tidak sepatutnya menjadi sebahagian dari sifat manusia. Yet, feel as a part of babi is not the way for us to feel the awesome creation of world, and it is damn seriously disgusting behavior!!!

Apapun, pandangan mereka mungkin berbeza kerana babi bukan sahaja merupakan haiwan ternakan mereka untuk dimakan tapi turut menjadi haiwan peliharaan. Personally, aku menghormati pandangan dan kesenian mereka tapi ianya tidak sesuai untuk diamalkan oleh Malaysian.











Bukan sahaja bersama babi, Miru Kim turut bergambar bogel dipelbagai tempat.

Sumber asal:http://www.dailymail.co.uk/news/article-2069002/Art-Basel-2011-Muri-Kims-The-Pig-That-Therefore-I-Am-Exhibit.html

"Tengoklah pada langit dan korang akan rasakan betapa indahnya alam"

JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 

..

So True : Beza antara CINTA, SUKA dan SAYANG




"Like doesnt means love"


Yeahhh!!!! so true. Bila kita sukakan seseorang tak bermakna kita cintakan dia sebab suka dan cinta ada bezanya dan sayang adalah hasil dari proses suka dan cinta.


Suka, memerlukan sebab manakala cinta tidak memerlukan sebab tetapi lebih kepada siapa yang kita cinta "Like because what you have, Love because who you are" manakala sayang menjurus kepada rasa hasil daripada suka atau cinta.


Dia cantik, dia anngun, pandai masak, pandai ambil hati, baik budi, sopan santun, ayu, handsome, kacak, tampan, macho, berkerjaya, tinggi, body solid, bergetah dan etc sebagainya, SEMUA ALASAN tersebut adalah sebab, dan itu menunjukkan yang kamu sukakan dia.


Tidak pada CINTA, cinta adalah lebih mudah tetapi satu perasaan yang lebih complicated. Kamu cintakan seseorang bukan sebab apa yang dia ada tapi siapa dia. Kamu tak kisah pun apa rupa paras dia, gemuk ke kurus ke, hodoh ke, malah ada yang cintakan seseorang bagai nak mati walaupun dia tahu orang yang dia cinta itu cacat, kaki pukul, penipu, hodoh dan sebagainya. Sebab, cinta kamu adalah kerana..........tak ada sebab, memang kamu cintakan dia. Ia adalah satu perasaan yang kamu sendiri tiada jawapan kenapa.


Now, if you like somebody, you will have the reasons but not when you fall in love. Kamu boleh jatuh cinta pada seseorang hanya dengan melihat dia sekali imbas. "Love at first sight" without any reason, tapi kamu tahu yang dia adalah sangat special pada kamu.


Tapi jangan salah faham, cintakan seseorang bukan bermakna tidak ada rasa suka. Ada, kamu mungkin suka dengan tingkah laku si dia, cara dia melayan kamu, personlaiti, dan physical appearance dan mungkin ada perkara yang kamu tidak suka tentang orang yang kamu cintai, those bad habits yang boleh meloyakan kamu, but at the end, dia tetap orang yang kamu cinta.


Tapi kenapa perbezaan cinta dan suka ni sangat penting. Yeaaaahhhh, so important sebab ramai antara kamu yang sukakan seseorang tapi claim/declare yang kamu cintakan dia. So then, go through your heart, is there any reasons yang membuatkan kamu cintakan si dia, jika ya, maka kamu sebenarnya sukakan dia dari cintakan dia.


Kamu mesti akan konfius dengan perasaan kamu sebab, bagaimana kamu boleh cintakan seseorang tanpa kamu sukakan dia terlebih dahulu. Back to the basic question, is there any reason for you to love someone, then your heart will give you the answer.


Tapi still, banyak cinta yang boleh lahir dari rasa suka kita pada seseorang. Kerana hati dan personaliti dia, kamu sukakan dia dan seterusnya kamu mula jatuh cinta, cinta pada dia tanpa sebarang alasan.


dan SAYANG, sayang akan wujud apabila kamu sukakan dia atau cintakan dia. Sayang adalah perasaan yang kamu boleh curahkan pada apa sahaja atau siapa sahaja. It is a feel macam happy, marah, dan sebagainya.


Kalau korang SUKAkan entri ni, korang like dan share okay. Then korang fall in LOVE dengan blog ni dan seterusnya SAYANGkan blog ni.





.. 

Saturday 18 February 2012

Dunia Diramalkan Kiamat Pada Tahun 5079

Siapakah manusia yang sangat berani meramalkan sesuatu yang besar seperti ini..? Dia adalah Nabiah Baba Vanga yang selalu meramalkan apa yang akan terjadi kepada dunia dalam tempoh 3000 tahun akan datang.



Vanga (Vangelia) Pandeva lahir pada 31 Januari 1911 dan menghabiskan hidupnya menetap di Bulgaria sampai lah dia meninggal dunia pada 11 Ogos 1996. Dia kehilangan penglihatannya ketika berusia 12 tahun ketika itu dia telah dibawa oleh tornado. Dia telah ditemui hidup dengan pasir di matanya, sehingga menyebabkan ianya buta. Vanga mula membuat ramalan ketika dia berusia 16 tahun. Dia menjadi sangat terkenal kerana kurnia yang diperolehinya banyak yang tepat. Banyak pemimpin negara termasuk Hitler mengunjunginya.



Ramalan Vanga yang paling mengejutkan dan sudah terbukti adalah:

*Pada permulaan abad, pada bulan Ogos 1999 atau 2000, Kursk akan ditutupi dengan air, dan seluruh dunia akan menangis di atasnya.

Ramalan yang tidak masuk akal saat itu. Awalnya ramai yang tidak percaya sehingga akhirnya dua puluh tahun kemudian, ketika kapal selam nuklear Russia tenggelam dalam kemalangan pada bulan Ogos 2000. Kapal selam itu bernama Kursk. Kursk adalah nama kepada sebuah bandar (menjadi nama kapal tersebut).

*Kembar Amerika akan jatuh setelah diserang oleh burung-burung besi. Serigala akan melolong dalam semak (Bush), dan banyak orang tidak berdosa menjadi mangsa.

Terjadi seperti yang dianggarkan. World Trade Center Towers di New York runtuh selepas serangan pengganas pada 11 September 2001. WTC Towers itu digelar Para pengganas menghantar penumpang pesawat burung besi kedalam menara (bush)jelas berkaitan dengan nama keluarga presiden AS ketika itu.

Itu adalah 2 ramalan Vanga yang benar 100%. Anda hendak percaya atau tidak atau mungkin menjadi paranoid? Faktanya adalah tiada siapa yang tahu adakah semua yang diramalkan di bawah ini akan menjadi kenyataan atau tidak, kita lihat sahaja lah perkembangan dan kenyataanya.




Antar ramalan-ramalan Vanga di masa depan:


Tahun 2011:
Diturunkan hujan radioaktif di sebelah utara bumi, tiada haiwan atau tumbuh-tumbuhan akan tertinggal.

Tahun 2014:
Sebahagian besar orang di dunia ini akan mempunyai kanser kulit dan penyakit seumpamanya, akibat daripada perang kimia.

Tahun 2016:
Eropah hampir tiada orang yang akan tinggal di sana.

Tahun 2018: 
china akan menjadi kuasa besar baru selepas perang. Pengeksploitasi akan menjadi yang dieksploitasi.

Tahun 2023: 
orbit Bumi akan berubah.

Tahun 2025: 
Eropah hampir tiada penduduk.

Tahun 2028: 
Satu sumber tenaga baru akan ditemui. Ini akan mengatasi masalah kebuluran di dunia. Penerbangan angkasa oleh manusia Ke planet Zuhrah.

Tahun 2033:

Paras air dunia akan meningkat kerana kawasan kutub mencair.



Tahun 2043: 

Orang-orang Islam akan berhijrah Eropah.

Tahun 2046: 
Satu penemuan baru dalam sejarah perubatan. Semua organ-organ badan boleh diterbitkan semula, menjadi kaedah yang paling mudah dan paling popular dalam perubatan.

Tahun 2066: 
Amerika Syarikat menggunakan senjata baru yang mengubah iklim (Pembekuan segera).

Tahun 2076: 
Komunisme mengambil alih dunia. Terdapat tiada kelas masyarakat.

Tahun 2084: 
Pemulihan Alam Semula Jadi. Dunia akan mencapai pencemaran yang paling rendah.

Tahun 2088: 
Penyakit baru - penyakit menjadi tua dengan pantas (manusia) menjadi tua dalam beberapa saat.

Tahun 2097: 
Penemuan penawar kepada penyakit cepat tua.

Tahun 2100: 
Manusia mencipta matahari tiruan sebagai lampu untuk menerangi bahagian gelap planet bumi. Cahaya 24 jam sehari.

Tahun 2111: 
Manusia akan disepadukan dengan robot. Seperti androids.

Tahun 2123: 
Perang di antara negara-negara kecil. Negara-negara besar tidak campur tangan.

Tahun 2125: 
Isyarat dari Angkasa akan diterima di Hungary. Manusia mula berkomunikasi dengan tetamu tambahan Terrestrials.

Tahun 2130: 
Dengan bantuan makhluk asing, tamadun akan hidup di bawah air.

Tahun 2164: 
Haiwan separuh manusia.

Tahun 2167: 
Muncul agama baru.

Tahun 2170: 
kemarau yang teruk.

Tahun 2183: 
Sebuah tanah jajahan di Marikh akan menjadi kuasa nuklear dan meminta kemerdekaan dari Bumi. (Seperti Amerika Syarikat meminta dari England.)

Tahun 2187: 
2 letusan gunung berapi yang besar akan berjaya dihentikan.

Tahun 2195: 
koloni laut akan mempunyai tenaga dan makanan.

Tahun 2196: 
Asia dan Eropah akan bercampur-campur. Tiada perbezaan warna kulit.

Tahun 2201: 
Suhu menurun sebagai proses termonuklear matahari secara perlahan-lahan.

Tahun 2221: 
Dalam mencari kehidupan lain tambahan daratan, manusia akan menemukan sesuatu yang dasyat.

Tahun 2256: 
kapal angkasa akan membawa penyakit baru ke Bumi.

Tahun 2262: 
Planet perlahan-lahan akan menukar orbit. Marikh akan terancam oleh sebuah komet.

Tahun 2271: 
Hukum Fizik berubah.

Tahun 2273: 
kaum Putih, hitam dan kuning akan membentuk satu bangsa yang baru.

Tahun 2279: 
Kuasa akan diperolehi daripada tiada. (Mungkin vakum atau lubang hitam.)

Tahun 2288: 
Manusia menemukan jalan ke masa lalu.

Tahun 2291: 
Matahari menjadi semakin sejuk. Percubaan akan dibuat untuk menjadikan ia panas kembali.

Tahun 2296: 
letupan kuat di bawah cahaya matahari. Kuasa-kuasa graviti akan berubah. Stesen angkasa Lama dan satelit akan jatuh.

Tahun 2299: 
Di Perancis, sebuah gerakan penentangan akan bangkit menentang Islam.

Tahun 2302: 
Manusia menemukan undang-undang yang penting dan rahsia alam semesta.

Tahun 2304: 
Rahsia Bulan juga didedahkan.

Tahun 2341: 
Sesuatu yang dahsyat akan mendekati Bumi daripada angkasa.

Tahun 2354: 
Suatu kemalangan pada matahari tiruan akan menyebabkan kemarau.

Tahun 2371: 
Dunia kelaparan.

2378: 
Tahun Satu bangsa yang baru dan yang berkembang pesat.

Tahun 2480: 
2 matahari tiruan (buatan manusia) matahari akan berlanggar dan meninggalkan bumi dalam kegelapan.

Tahun 3005: 
perang ke atas Marikh akan mengubah trajektori planet.

Tahun 3010: 
komet akan melanggar bulan. Bumi akan dikelilingi oleh gelang batu dan abu.

Tahun 3797: 
Pada masa ini, segala-galanya di bumi akan mati Walau bagaimanapun, tamadun manusia akan maju cukup untuk bergerak ke sistem bintang baru.

Tahun 3803: 
Sebuah planet baru penduduk demi sedikit. Sedikit kenalan di antara manusia. Iklim planet baru mempengaruhi organisma orang - mereka bermutasi.

Tahun 3805: 
Perang antara manusia untuk sumber. Lebih separuh orang meninggal dunia.

Tahun 3815: 
Peperangan ini berakhir.

Tahun 3854: 
Perkembangan peradapan hampir berhenti.

Tahun 4302: 
bandar-bandar baru berkembang di dunia. New Church menggalakkan pembangunan teknologi baru dan sains.

Tahun 4302: 
Pembangunan sains. Saintis menemui kesan keseluruhan semua penyakit dalam tingkah laku organisma.

Tahun 4304: 
Menemui cara untuk merawat apa-apa penyakit.

Tahun 4308: 
Disebabkan oleh orang mutasi pada awal lepas untuk menggunakan otak mereka lebih daripada 34%. Sepenuhnya kehilangan idea kejahatan dan kebencian.

Tahun 4509: 
Memahami tuhan

Tahun 4599: 
Orang yang mencapai keabadian.

Tahun 4674: 
Pembangunan tamadun telah mencapai kemuncaknya. Bilangan penduduk yang tinggal di planet-planet yang berbeza kira-kira 340 bilion. Asimilasi bermula dengan makhluk asing.

Tahun 5076: 
Menemui sempadan alam semesta.

Tahun 5078: 
keputusan untuk keluar dari sempadan alam semesta. Walaupun kira-kira 40 peratus daripada penduduk menentangnya.

Tahun 5079: 
Akhir Dunia Manusia.



Tahun Peringatan: 



Agama islam melarang mempercayai sebarang ramalan yang boleh merosakan akidah lalu menjurus kepada syirik. Manusia mampu merancang sesuatu tetapi rancangan ALLAH lebih TEPAT dan tiada siapa pun yang tahu. Sama-sama kita tingkatkan amalan selagi ada waktu dan kesempatan...


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

..

Jangan ambil mudah fatwa MEROKOK adalah HARAM




PUTRAJAYA: Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.


2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.


3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


 
JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 


..

GAMBAR : Gila Sayang... Perlupusan kereta seludup

                




























Subhanallah! Lelaki Memiliki Ekor Sepanjang 33 cm




Tak ada yang aneh dari susuk Chandre Oram. Lelaki berasal Alipurduar, Bengal Barat, India, ini memiliki daging tumbuh bertulang lembut sepanjang 33 sentimeter yang menyembul dari tulang ekornya.

Di tengah tradisi Hindu yang masih kental, masyarakat setempat meyakini Oram sebagai reinkarnasi Hanoman atau titisan Dewa Monyet. “Banyak orang sembuh dari penyakit parah ketika mereka menyentuh ekor saya,” ujarnya seperti dikutip dari Daily Time.

Sejak tahun lalu, Oram sudah menarik perhatian masyarakat India . Ia menjadi pusat perhatian setelah ribuan orang sanggup berbaris demi mendapat keberuntungan setelah menyentuh ekornya.

Populariti itu tak sepenuhnya membuat Oram merasa beruntung. Gara-gara ekornya, ia pernah ditolak oleh 20 wanita pujaannya. “Banyak yang membatalkan menikah dan pergi setelah melihat ekor saya,” ujarnya. “Saya harus menemukan wanita yang boleh menerima saya dan ekor saya.”

Terlepas dari kepercayaan masyarakat setempat, ahli bedah terkemuka di India, Dr B Ramana, mendiagnosis Oram mengalami cacat bawaan yang membuat tulang ekornya menonjol. Meski keadaanya aneh, doktor sepenuhnya yakin Oram bukan dewa atau tuhan.

Dunia medik menyebut kelainan bawaan itu sebagai spina bifida. Ditutupi banyak rambut, tulang yang menjulur itu diperkirakan terjadi akibat mutasi gen yang memicu berpanjangan tulang ekor.

Sejumlah doktor telah menawarinya operasi untuk menghilangkan ekor itu. Tapi, Oram dan keluarganya menolak. “Dia tak akan boleh hidup tanpa ekornya. Ekor itu sudah menjadi sebahagian dari hidupnya, identiti dirinya,” ujar Rekha, kakaknya.

Kes serupa terjadi di Kota Lixing, China, tahun lalu. Seorang bayi perempuan bernamaHong Hong juga lahir dengan ekor. Berdasarkan pengamatan sinar X, ekor itu ternyatata menyambung dengan tumor jaringan lemak tulang belakang. Namun, atas persetujuan keluarga, doktor telah mengangkat ekor itu.

Jika Oram dan Hong Hong memiliki ekor, Huang Yuanfan, 84, dan Zhang Ruifang, 101, memiliki tanduk di kepala. Tanduk Yuanfan tumbuh hingga tujuh sentimeter di kepala bagian belakang. Sementara tanduk Ruifang tumbuh sepanjang enam sentimeter di dahinya.


Zhang Ruifang, 101



Huang Yuanfan, 84


Mengenai tanduk yang tumbuh di kepala dua insan itu, doktor memperkirakan itu berasal dari keratin, substansi yang sama seperti kuku.

sumber: melayukini.net

P/s : Ada-ada je yang pelik kat dunia ni. Allah memberi petunjuk kepada orang yang beriman agar sentiasa taat kepadanya. Betapa agungnya kuasa Allah.




JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 

..
.

Friday 17 February 2012

BERITA, DUNIA : Reka bentuk disko menyerupai masjid




Tahukah anda, La Meca merupakan disko yang paling popular di kota pesisir Aguila, di Murcia, Sepanyol, pada 1980-an dan 90-an sebelum ditutup satu dekad lalu. Kemudian disko ini kembali dibuka pada 18 Jun 2010 dengan nama yang sama, sehingga mengundang kontroversi di kalangan umat muslim di negara tersebut.




Kontroversi tersebut semakin besar setelah hacker masuk ke website disko tersebut, kemudian memposting videonya. Tentu saja hal tersebut akan mengancam peperang besar antara Sepanyol dan orang-orang Islam di seluruh dunia, jika tempat tersebut tidak mengganti namanya.





Ketua Federasi Entitas Agama Islam Sepanyol mengatakan bahawa Mekah merupakan tempat suci orang Islam, dan tempat Nabi Muhammad menerima kitab suci Al-quran. Menggunakan nama La Meca untuk memanggil tempat yang digunakan untuk menari dan minum, itu menghina perasaan umat Islam.



MasyaALLAH… Ya ALLAH engkau berikanlah pembalasan kepada kaum kafir nie… AMIN


 

PROMOTION : Psssttt... Apa yang FREE tu..???





CANTIK ?? LAWA ?? CUN??

Kenapa eh kalau nak nampak cantik mesti kena pakai makeup..??

Kenapa eh kalau tak pakai makeup, ramai yg complaint.. takde keyakinan diri lah, rasa kekok lah..??

Kenapa eh.. ada jugak bila nak gi dating mesti tempek foundation, tempek bedak kaw2 punya..??

Kenapa eh.. nak kena berselindung di sebalik foundation & bedak..??




Yg tgh bercinta tu, lagi ler nak cover supaya kelihatan cantik jer sentiasa..??

Pernahkah anda dengar org cakap mcm ni .. "dia lawa pasal makeup jerr tu" ..??

Mampu ke asyik nak pakai makeup setiap masa supaya kelihatan cantik jer sentiasa..??

Tak payah mengeluh macam ni , bukannya dapat apa pun.. tension lagi ada ler..

Ishh.. ishh.. ishh.. sudah sudah lah tu..



INGAT..!!

"Walaupun kita tidak boleh mengubah rupa paras kita, tetapi kita masih boleh memperkemaskan & memperelokkannya"



TAHUKAH ANDA..!!

Sebenarnya TANPA menempek bedak & TANPA menempek foundation, CUKUP hanya sekadar memakai eyeliner & lipstik sahaja anda sebenarnya boleh kelihatan...... hurrrrmmm
peeerrgghh... cun giler beb..!!



JOM kita tengok apa yang FREE tu???





.


GAMBAR : Konsep Vespa Masa Depan


Konsep Vespa masa depan ini direka oleh Niklas Wagner.Reka bentuk Vespa klasik telah digabungkan dengan "fungsi baru".Vespa ini memang cool kan tambahan pula ia ditambah dengan lampu LED dihadapannya.








JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :  


.

PROMOTION : Spread the LOVE!


SWEET LOVE PROMOTION start on 17/02 ~ 26/02/2012. BUY 1SET OF ONEBEAUTY NATURESKINZ for RM150 ONLY and Get FREE 1 Day Cream... HURRY HURRY Grab it NOW...!!!

LOVE YOUR NATURAL & BEAUTIFUL SKIN with 1BEAUTY...

YOU DESERVE ONLY THE BEST! Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡

♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫
♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫
♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫
♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫
♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫ 1BEAUTY •♥♫





U Deserve Only The Best ...!!! (✿◠‿◠)

1BEAUTY NATURESKINZ is a natural and proper skin care for all type of skin & specially formulated for men and women. 1BEAUTY is NOT a cosmetic or ordinary make-up that people use to beautify their face just for a while. 1BEAUTY can treat & returns the natural beauty of your face. In fact, your face will look more beautiful, radiant & charming even WITHOUT using any powder or foundation. 1BEAUTY is the perfect skin solution for 1World.


p/s : are you ready to throw out your concealer, foundation, compact powder and loose powder?



STAY KEEP IN TOUCH WITH 1BEAUTY...
LOVE YOUR NATURAL & BEAUTIFUL SKIN WITH ♥1BEAUTY♥
HAVE A GREAT DAY AHEAD! (✿◠‿◠)

Thursday 16 February 2012

Penawar Hati

Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, Jauhila orang yang gemar mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan...

Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca sifatnya mudah dan terluka...

Jangan jadikan kesusahan dan kesedihan sebagai hal yang penting untuk diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan...

Sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan, dan orang yang berjuang tidak pernah akan kenal putus asa...

Jadilah orang yang mampu mengubah musibah menjadi anugrah...

Sebaik-baik kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati,  sebesar-besar dosa adalah dusta...

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya...

Memang kalau tidak kesakitan, orang tidak mempunyai keinginan untuk mengejar kesenangan. Oleh itu sakit dan pedih adalah tangga menuju kejayaan...

Jangan ditanya siapa orang itu, tetapi tanyalah siapa temannya, kerana teman saling mencontohi...

Jika kamu berada di rumah orang, jagalah namamu. Jika kamu berada di tengah orang, jagalah lidahmu dan jika kamu berada di dalam majlis, jagalah perangaimu...

Sebaik-baik pekerjaan ialah usaha seseorang dengan tangannya sendiri.

JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :    
.

Bilik Hotel Bawah Laut di Turki


Hotel ini berlokasi di bekas kilang rokok, berdekatan sebuah bangunan bersejarah tahun 1930 an di Laut Mediterranean, Istanbul Turki. Kompleks hotel ini terdiri daripada bangunan 7 tingkat yang kesemua lantainya berada di dasar laut serta semua bilik hotel dipastikan mempunyai pemandangan bawah laut yang indah. Hotel ini juga akan menjadi salah satu hotel yang berstatus 7 bintang dan pastinya 100 % kalis air (waterproof).










Buat masa ini, ia masih dalam pembinaan.



JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

NUMEROLOGY : Kenal Pasti Kelebihan ANDA..??


• Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

• Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

• Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

• Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

• Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

• Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

• Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

• Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

• Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9



♥ no.1
—- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


♥no.2
—- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


♥ no.3
—- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


♥ no.4
—- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


• no.5
—- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


♥ no.6

—- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.



♥ no.7
—- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


♥ no.8
—- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


♥ no.9
—- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :


.