
TAK MEMAHAMI
Tak kisahlah dalam apa-apa perhubungan pun, selagi melibatkan interaksi antara sesama manusia, saling memahami ni aspek utama kalau nak sesuatu perhubungan tu kekal lama. Kalau dah pakwe awak-awak semua tu kata dia penat, nak rehat, janganlah pulak korang nak kacau-kacau dia, lagilah serabut kepala hotak dia...Bagilah dia rehat dulu, selepas tu agak-agak dia dah rasa tenang sikit barulah tanya sama ada dia ada masalah ke? Nak kongsi ke? Kalau nak, bagi dia cakap sampai habis baru korang cakap. Kalau taknak, biarkan dia rehat dulu. Kalau dia kata taknak, jangan pulak dipaksa. Kalau buat sekali-sekala memang rasa biasa je. Tapi kalau dah selalu korang buat laki korang macam tu, makan dalamlah jawabnya...

Selepas tu, korang pun kena ingat. Pakwe korang tu pun manusia biasa. Dia pun perlukan privacy dan ruang untuk bersama dengan kawan-kawan apatah lagi duduk lepak rumah main game. Bagilah dia rasa enjoy jugak zaman bujang dia, jangan nanti dah kahwin dia ungkit, bercerailah jadinya.. Dan jangan terkejut kalau ada info yang mengatakan lelaki pada zaman sekarang ni lagi suka hidup bujang sebab senang tak payah nak kusutkan kepala fikir pasal perempuan.
TERLALU SAYANG
Kes ni jarang-jarang berlaku tapi tak mustahil berlaku. Disebabkan terlalu sayang kat kau, dia terpaksa putuskan hubungan demi kebaikan kau sebab taknak tengok hidup kau susah dengan dia. Dia takut dia tak dapat membahagiakan dia dan siapa tahu, dia terpaksa buat macam tu sebab dia rasa dia bukan lelaki yang terbaik untuk menjaga perempuan yang terbaik macam kau. Jadi, kuatkan persefahaman kalau jadi macam ni. Kalau kau betul-betul cinta dia, kau kena tolong dia. Sama-sama susah senang kerana disebelah seorang lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita.
P.S.- Guys, nak tambah apa-apa?
JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :
- Cara Yang Betul Untuk Menegur Suami
- Cara Luah 'I LOVE U' Kepada Lelaki Secara Tersirat
- 95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu! (✿◠‿◠)
- Wanita SOLEHAH Idaman Lelaki
- Arggghhhh... camne nk sorok lagi neh? Dah letih laaa...
..