Menegur suami, harus berhati-hati supaya tidak jatuh martabatnya sebagai suami. Bagaimana jatuh martabat suami? Apabila dirinya sudah tidak dihormati oleh isteri. Dalam sebuah cerita Hindustan, seorang suami berkata lebih kurang begini “Dalam perkahwinan tidak perlukan cinta semata-mata, tetapi perasaan hormat”. Menegur suami cukup hanya sekali. “Abang, dah masuk waktu ni”. Jika terlalu banyak kali menegur perkara yang sama pun akan buat dia rasa menyampah dan malas nak buat sebab rasa nak marah pada isteri yang mungkin ingat dia tidak reti bahasa.
Seorang isteri harus banyak berdoa untuk suaminya. Doa isteri adalah kunci kejayaan suami. Isteri selaku ibu rumahtangga perlu banyak berdoa demi sebuah keluarga yang bahagia, berjaya, harmoni, gemilang dan cemerlang. Isteri hendaklah menjadi pendorong utama kepada suaminya, dalam menuju cita-cita dan menempa kejayaan. Oleh itu hubungan suami isteri haruslah dalam keadaan yang sangat baik, agar keikhlasan itu timbul. Perasaan ikhlas itu bukan lahir dari perasaan cinta semata-mata, tetapi juga perasaan ihsan dan simpati.
Kerukunan rumahtangga lahir dari persefahaman suami isteri. Kerana itu Islam menyediakan garis-garis panduan seawal memilih pasangan lagi. Dari 4 ciri pemilihan pasangan – keturunan, rupa paras, harta dan agama, agama adalah elemen terpenting sekali, kerana dengan adanya agama itu, seseorang suami/isteri mudah dibentuk.
JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :
- Surat Dari Future Wife(s). Lelaki Mesti Baca. Wanita DILARANG Baca
- Keluhan-Keluhan Yang Tak Perlu Ada Pada Seorang Perempuan
- Perghh.. Dasyatnya Wanita. Ramai Yg Tak Tau Nih.
- Wanita SOLEHAH Idaman Lelaki
- 95 Fakta Mengenai Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu! (✿◠‿◠)
..