merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Monday 13 February 2012

75 Kondom Dadah dalam Perut Lelaki Nigeria



SEPANG : Kastam Diraja Malaysia terpaksa mengambil masa beberapa hari sebelum 75 ketulan kecil kondom berisi dadah jenis syabu dalam perut seorang lelaki warga Nigeria dapat dikeluarkan menerusi pembuangan najis.

Sehingga pagi semalam, suspek berusia 27 tahun yang diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu ketika menaiki penerbangan dari Lagos-Doha-KLIA diletak di bawah pengawasan Hospital Serdang, sudah mengeluarkan 35 ketulan, masing-masing seberat 15 gram.

Timbalan Pengarah Kastam KLIA, Siti Baya Berahan, berkata beratkeseluruhan 35 ketulan kecil dadah yang diperoleh daripada suspek dianggarkan 800 gram bernilai kira-kira RM200,000.
Beliau berkata, pihaknya belum pasti berapa lama diperlukan sebelum semua 75 ketulan kecil kondom daripada perut suspek dapat dikeluarkan.

“Suspek ditahan untuk pemeriksaan sebaik tiba di balai ketibaan KLIA kerana berkelakuan mencurigakan apabila hanya membawa sebuah beg sandang kecil.

“Bagaimanapun, dalam pemeriksaan fizikal yang dilakukan, pegawai bertugas gagal menemui apa-apa daripada suspek.

“Suspek kemudian diarah melakukan imbasan badan yang menunjukkan beberapa ketulan kecil disyaki dadah dalam perutnya dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut
“Sehingga pagi ini (semalam), suspek yang ditahan reman tujuh hari sudah mengeluarkan 35 ketulan, masing-masing seberat 15 gram,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA, di sini semalam.

Selain tangkapan pada Khamis lalu itu, KDRM turut membanteras dua lagi percubaan menyeludup dadah di KLIA dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini, masing-masing membabitkan rampasan dadah jenis ketamin seberat 7.95 kilogram (kg) bernilai RM1.43 juta dan rampasan syabu seberat 6.15 kg bernilai RM1.5 juta.

“Kes pertama pada 1 Februari lalu membabitkan warga India berusia 35 tahun dalam perjalanan dari Hyderabad, India ke KLIA yang didapati cuba menyeludup masuk ketamin dengan menyembunyikannya di ruang bawah kotak berisi peralatan dapur. Dia kini ditahan reman 14 hari.

“Satu lagi tangkapan pada kira-kira jam 2.20 pagi Jumaat lalu membabitkan warga Bangladesh dalam perjalanan dari Dhaka ke KLIA, yang menyembunyikan serbuk kristal putih disyaki syabu dalam lapisan ruang bawah dua beg yang dibawanya. Lelaki itu dipercayai pernah memasuki Malaysia sebanyak tiga kali,” katanya.

Siti Baya berkata, sepanjang tahun ini sehingga Jumaat lalu, Kastam KLIA berjaya melakukan enam tangkapan membabitkan cubaan menyeludup 34.8 kg dadah bernilai RM6.85 juta.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

..