merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Sunday 19 February 2012

INFO : Hukum FOREX Menerusi Platform Elektronik Haram




Hukum FOREX Haram – Pertukaran Matawang Asing


Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.


“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian”.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.


“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.


Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.


“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah,” katanya. 

 - BERNAMA 

BNM Luluskan Urus Niaga Pertukaran Wang Asing :
BNM telah mengeluarkan kenyataan sebagai reaksi kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan bahawa produk kewangan berlandaskan Syariah termasuk urus niaga berkaitan pertukaran asing yang ditawarkan dan diuruniagakan oleh institusi kewangan Islam berlesen diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah institusi kewangan masing-masing dan kelulusan itu juga perlu mendapat pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah BNM.

BNM juga memaklumkan kepada orang ramai bahawa membeli dan menjual mata wang asing di Malaysia hanya dibenarkan dengan bank perdagangan, bank-bank Islam, bank pelaburan dan bank-bank Islam antarabangsa berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Asing 195 dan dengan penyedia perniagaan perkhidmatan wang (pengurup wang) berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

Hanya Perniagaan FOREX Menerusi Platform Elektronik Haram :

Rupa-rupanya kenyataan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin sebelum ini yang mengatakan urus niaga pertukaran wang asing (forex) adalah haram, telah tersalah lapor oleh sebahagian media. Menurut beliau, fatwa pengharaman forex hanya dibuat kepada perdagangan mata wang individu menerusi platform elektronik (online).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia itu lagi, keputusan pengharaman forex tersebut tidak terpakai ke atas perkara-perkara seperti urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi kewangan berlesen.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 
..