Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

My Beauty Shoppee

Lebih Murah, Selamat dan Berkualiti



My Beauty Shoppee berkeyakinan bahawa setiap orang berhak akan produk berkualiti dengan harga terbaik, dengan falsafah itulah kami hadir menyediakan produk-produk berkualiti dengan harga lebih rendah dari harga pasaran, istimewa untuk anda para pelanggan bijak... KAMI JAMIN...!! Buktikan sekarang juga...!!

MONEYBACK GUARANTEE...!! 100% ORIGINAL PRODUCT...


Nikmati produk-produk handalan kami, InshaAllah akan semakin bertambah...
Mempunyai lebih daripada 250 jenis produk pilihan dengan tawaran harga yang terbaik untuk anda...


Klik di sini untuk melihat daftar produk : Produk Pilihan My Beauty Shoppee

Kecewa dengan layanan kami...??? : My Beauty Shoppee Care

Ingin bergabung bersama kami...??? : Program Perkongsian My Beauty Shoppee's Group



Best Regards,

My Beauty Shoppee

Your FAVOURITE Beauty & Health ONLINE CENTRE...

owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W


Monday, 13 February 2012

Darjat Seorang Isteri


Pernikahan merupakan satu syariat dan rahmat daripada Allah s.w.t. kepada manusia. Melaluinya akan terjalin perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Sesungguhnya perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia yang memerlukan teman bagi perkongsian hidup di dunia ini.



Berikut ialah beberapa jenis kategori isteri,

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. 
 

Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. 


Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. 



Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

“Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada’. Para nabi dan syuhada’ iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah.

Golongan manakah yang anda berada? InshaAllah.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

..