merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Wednesday, 4 April 2012

PELIK TAPI BENAR : Kenapa bercinta serasi, setelah kahwin tidak serasi?






KEHIDUPAN berumahtangga adalah alam paling menarik dalam kehidupan seseorang. Kata orang "daripada bujang kini berdua." Ia adalah satu proses pendewasaan dan kematangan. Sering kita mendengar pasangan suami isteri melahirkan rasa 'terkejut' mereka terhadap alam perkahwinan dan berumahtangga setelah mereka bernikah walaupun mereka telah bercinta bertahun-tahun.

Ada yang memerlukan masa untuk menyesuaikan diri walaupun telah bercinta dulu sebelum berkahwin. Ini kerana buat masa ini di Malaysia, walaupun pasangan secara majoritinya telah bercinta sebelum kahwin, telah biasa keluar berdatingdan sebagainya. Masih ramai yang tidak menjadikan alam percintaan itu sebagai 'perkahwinan percubaan' atau telah mula bersekedudukkan.

Perbezaan ketara dengan masyarakat Barat di mana jika mereka telah mula bercinta, mereka telah tinggal bersama dan keputusan untuk berkahwin adalah satu komitmen yang berbeza daripada komitmen untuk tinggal bersama dan bercinta. Bunyinya pelik tetapi itulah kenyataan sebenar masyarakat di Barat sehinggakan yang bersekedudukkan atau tinggal bersama lebih ramai daripada yang berkahwin. Jika ditanya kenapa tidak berkahwin, mereka menjawab belum bersedia sedangkan mereka telah lama tinggal bersama seperti suami isteri. Itulah bezanya orang beragama dengan yang tidak.

Perkahwinan dalam Islam adalah ibadah dan hubungan seksual dalam perkahwinan adalah ibadah dan kewajipan sedangkan tanpa nikah, hubungan seksual menjadi haram dan berdosa. Kebanyakan pasangan suami isteri hari ini menjadi keliru kerana kecelaruan kita dalam membesarkan anak-anak dan dalam proses mereka mencari jodoh.

Hari ini, ibu bapa begitu terbuka terhadap boyfriend atau girlfriend anak. Anak-anak pada kebiasaannya membawa pasangan balik ke rumah untuk diperkenalkan dengan ibu bapa. Ibu bapa anak perempuan dengan mudah membenarkan anak perempuan mereka 'dijinjing' atau dibawa ke sana ke mari oleh lelaki yang dikata boyfriend nya kerana mereka telah berjanji untuk kahwin.

Berboyfriend atau bergirlfriend adalah trend yang diterima di Malaysia sebegitu terbuka sekali walaupun emak dan ayah anak-anak adalah daripada aliran agama. Bagi mereka, jika tak kenal macam mana nak kahwin. Mereka juga takut jika anak perempuan tidak mencari boyfriend semasa belajar, nanti bila dah tamat belajar dan bekerja, tiadalah siapa berani melamar.

Jelas benar, ramai ibu bapa hari ini lupa terhadap konsep jodoh pertemuan hak Allah, dan hanya Allah lah yang Maha Mengetahui. Tidak hairanlah 'kebiasaan' membenar anak gadis keluar dengan teman lelakinya menyebabkan ramai pasangan muda terlanjur iaitu melakukan seks tanpa nikah kerana sering keluar berdua-duaan. Mereka didorong syaitan kepada kemaksiatan.

Kita berharap jumlah pasangan yang terlanjur semasa 'bercinta' tidak ramai dan kebanyakan pasangan mengenali hati budi pasangan yang ingin mereka nikahi sekadar keluar makan dan berjalan-jalan. Pun begitu, dari sudut hukum ia tetap haram.

Setelah 'bercinta' bertahun-tahun mereka pun berkahwin. Hairannya mereka boleh bercinta bertahun-tahun, namun apabila berkahwin belum sampai setahun sudah hendak bercerai. Bila ditanya, jawabnya, "Tiada keserasian atau tidak bersefahaman." Persoalannya, kenapa masa bercinta serasi, namun setelah kahwin, tiba-tiba tidak serasi? Pelik tetapi benar.
Sebenarnya ramai pasangan semasa berkahwin mempunyai harapan yang tinggi terhadap satu sama lain namun harapan itu tidak disampaikan. Ia disimpan sebagai satu harapan dan doa.

Sebenarnya, percintaan sebelum berkahwin tidak menjamin seseorang itu betul-betul kenal akan pasangannya. Ini kerana Allah jadikan manusia berkaum-kaum untuk mereka kenal mengenal antara satu sama lain dan apabila berkahwin bergaul dengan mesra. Jika pasangan mengambil sikap hormat menghormati antara satu sama lain, maka perceraian kerana tidak bersefahaman tidak akan berlaku.

Penyelesaiannya mudah, jika sedang bergaduh kerana perkara remeh temeh seperti ini, tanya soalan yang paling penting iaitu kenapa aku kahwin dengannya? Mestilah kerana cinta dan jika cinta mestilah sayang dan sesuai dan jika sesuai kenapa jadi tidak bersefahaman? Cari puncanya dan jika punca tidak sefahaman itu hanya isu ranting, istighfarlah. Kembalilah berdoa kepada Allah moga Dia memperkukuhkan perkahwinan hingga ke akhir hayat.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :  
..