merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Thursday, 19 April 2012

WAJIB BACA : Sinopsis Kematian





Definasi kematian adalah bererti AJAL. Juga dikenali sebagai fana, maut, meninggal dunia, mati atau mangkat. Ajal adalah penamat muktamad bagi fungsi biologi yang mentakrifkan organisma kehidupan. Ia merujuk kepada peristiwa tertentu dan kepada keadaan yang berterusan yang menyebabkannya.

Sifat semulajadi bagi ajal telah menjadi tumpuan utama bagi ugama dunia tradisi dan falsafah. Ugama, tanpa pengecualian mengekalkan keyakinan dalam samaada kehidupan selepas mati atau kelahiran semula. Sains semasa menganggap kematian organisma sebagai muktamad menurut istilah. Kesan kematian fizikal pada sebarang minda atau roh tanpa fizikal kekal soalan tanpa jawapan.

KEMATIAN adalah perkara yang pasti, tanpa mengenal bangsa, kedudukan dan kekayaan, cuma ajal maut itu tidak diketahui bila waktunya hanya tuhan maha mengetahui dan ia berlaku dengan pelbagai cara sama ada disebabkan menghadapi sesuatu penyakit, kemalangan atau kematian mengejut.


Tiada siapa boleh melarikan diri daripada menghadapi kematian dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mempercepat atau menangguhkan. Setiap manusia perlu sentiasa bersiap sedia terutama dari segi amalan supaya kematian disambut dalam keadaan yang bebas daripada sebarang dosa. Manusia yang tenggelam dalam kemewahan duniawi, dikuasai hawa nafsu dan maksiat, mungkin tidak begitu memikirkan mengenai kematian.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sentiasa mengingati kematian, akan lebih berwaspada menghadapi liku kehidupan dan berusaha menurut perintah Allah serta meninggalkan segala larangannya.

Cara terbaik untuk mengingati kematian antaranya, perlu menziarahi kubur kerana ia dapat membantu kita mengingatkan mengenai nasib yang sama menghadapi kematian, menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis pengkebumian.

Mengingati kematian hanya sekadar meyakinkan ajal pasti tiba dan perlu mempersiapkan diri menghadapinya, selain menimbulkan ketenangan jiwa dengan kesulitan. Ini sekali gus memberi kesedaran kesenangan berbentuk duniawi tidak kekal. Hanya kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkan jiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia demi mencapai kebahagiaan di akhirat.

Rasulullah mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. Bagi menghadapi kematian itu, seseorang itu perlu bertaubat kerana kehidupan kita tidak sunyi daripada melakukan perkara yang menyalahi syariat Islam terutama kalangan mereka yang hanyut dengan perbuatan maksiat. Keinginan bertaubat hanya akan terdetik apabila timbul kesedaran perbuatan itu salah, boleh menghancurkan hidup, meragut kebahagiaan di akhirat, membunuh jiwa serta punca regang hubungan dengan Allah.

Namun, bertaubat akan mudah dilakukan dengan menyedari kesalahan dilakukan dan berazam untuk memperbaiki serta menjauhi perbuatan yang melanggar syariat. Bagaimanapun, bagi memastikan taubat itu diterima, sewajarnya, mereka menghentikan segala maksiat, menyesal atas perbuatan dilakukan dan berazam bersungguh tidak mengulangi.

Apa yang pasti, amalan bertaubat itu akan dapat menyucikan diri daripada dosa dan Allah mengasihi mereka, sikap segera bertaubat adalah ciri-ciri orang orang berjaya, dapat menghindarkan diri menerima azab pedih di dunia dan akhirat dan akan bebas dari sifat golongan orang yang zalim.






sumber : johneox.wordpress.com