merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Wednesday, 4 April 2012

GEMPAR : LAGI...?? Ular Besar Ditemui Di Malaysia




Ular tersebut merupakan salah seekor daripada dua Boa besar yang dijumpai oleh pekerja yang sedang membersihkan hutan untuk membina laluan baru. Mereka telah mengejutkan ular yang sedang tidur itu semasa melakukan kerja-kerja meratakan timbunan tanah.

Ketika seorang pengendali jentolak sedang menggali, beliau ternampak darah di atas timbunan tanah dan terus menggali sehingga terjumpa seekor ular yang sangat besar. Apabila pekerja-pekerja lain menyadari keadaan ini, mereka mendapati ular tersebut memang sudah mati. Walau bagaimanapun, penggendali jentolak kelihatan lemah dan tidak bermaya untuk berdiri.

Penggendali jentolak yang berada dalam keadaan trauma atas penemuan ular ini mengalami serangan jantung semasa perjalanan ke hospital dan kemudian meninggal dunia.

Ular berukuran 55kaki (1.67meter) panjang, berat 300kg dan dianggarkan berusia 140tahun telah dijumpai di hutan simpan Malaysia.


---->>> LAGI!!! Ular besar dijumpai merenangi anak Sungai Baleh, Sarawak.




Kisah tentang tersebarnya gambar ular besar di internet yang berjaya diambil oleh ahli kaji banjir di Sarawak telah menimbulkan banyak spekulasi orang ramai tentang kewujudan ular sebesar seperti gambar diatas di sungai Sarawak yang dilihat dari jarak 10,000 kaki melalui helikopter. Sesetengah orang berpendapat itu adalah gambar yang diedit menggunakan photo editing software dan sesetengah mempercayainya.

Hurmmm... mungkin ada sedikit kebarangkalian ianya adalah benar jika berdasarkan kepada apa kita lihat dari keadaan sekeliling semasa dunia, yang memperlihatkan banyak fenomena normal dan abnormal seperti gempa bumi dan pemanasan global, yang membuatkan bumi tidak lagi mengikut perjalanan ekosistem seperti yang biasa. Ingat lagi kejadian tsunami yang lepas? Banyak binatang laut yang muncul entah mana datangnya termasuk jerung prasejarah yang jika diikutkan logik telah pupus jutaan tahun dulu tapi telah dijumpai semula terapung berenang sebelum ianya mati tanpa apa sebab diketahui.



Itu hanyalah satu laporan dirungkaikan, tak termasuk berpuluh lain lagi pemerhatian lain yang nampak. Jadi... pendapat anda semua macam mana? Adakah ianya benar? Atau setakat editing menggunakan Adobe Photoshop?


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 
..