Nelayan di Pelabuhan Karachi, Pakistan semalam menemui bangkai seekor spesis hidupan laut antara yang terbesar di lautan, paus jerung (whale shark). Spesis ini antara yang dikategorikan sebagai spesis terlindung kerana semakin pupus sejak tahun 2008.
Menurut The Express Tribune sebuah akhbar tempatan, ikan ini dilihat pada mulanya 10 hari sebelumnya kira-kira 150 km dari Pelabuhan Karachi. Menurut saksi seorang nelayan, ikan ini dilihat dalam keadaan cedera dan seperti sakit ketika itu, sebelum ditemui mati semalam.
Tidak dinyatakan, sama ada bangkai ikan ini hanyut sehingga ke Pelabuhan Karachi atau ditunda oleh nelayan tersebut. Proses menaikkan ikan ke daratan memerlukan penggunaan kren dan beberapa kali gagal. Bangkai ikan ini akhirnya di jual dengan harga 1.7 juta Rupees.
JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :
- WANITA HAMIL : Kembar Lapan... Opsss... kembar 12 laaa!!!
- GAMBAR : Jambatan Terpanjang Di Dunia
- GEMPAR : LAGI...?? Ular Besar Ditemui Di Malaysia
- TEMBIKAI : Ada pelbagai bentuk...???
- CANGGIH : Ciuman Juga Boleh Dikirim ~ Cekidauutttt!!!