merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Wednesday 4 April 2012

WAJIB BACA : 50 Juta Perokok MATI Dalam Sedekad




Kementerian Kesihatan bercadang mengurangkan kandungan nikotin sebanyak 50 peratus dalam setiap batang rokok bagi mengekang ketagihan merokok dalam kalangan rakyat Malaysia.

Apa tidaknya, lebih 10,000 rakyat negara ini meninggal dunia akibat tabiat itu. Sebanyak 30 peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, pangkal rahim, usus dan perut.

Sebanyak 50 peratus perokok lain mati disebabkan penyakit jantung manakala baki 20 peratus lagi kematian disahkan berpunca daripada strok. Dalam setahun, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD). Realitinya, tabiat tidak sihat ini bukan sahaja mengundang pelbagai penyakit bahkan negara turut mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun kerana menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran tentang bahaya merokok dijalankan di seluruh dunia, ia seakan-akan gagal menyekat ketagihan nikotin ini. Angka kematian akibat merokok pula terus meningkat. Meneliti laporan terbaharu yang dikeluarkan Yayasan Paru-Paru Dunia (WLF), kematian yang disebabkan tabiat merokok melonjak hampir tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. WLF dan Persatuan Kanser Amerika mengatakan, jika kecenderungan ini berlarutan, maka satu bilion manusia akan hilang nyawa pada abad ini akibat penggunaan tembakau.

Negara miskin, gambaran mudahnya, dalam setiap enam saat, satu nyawa akan melayang akibat merokok. Satu kajian antarabangsa yang dimuatkan dalam laman www.tobaccoatlas.org mendedahkan, tembakau telah meragut 50 juta nyawa dalam 10 tahun terakhir. Turut dinyatakan, lebih 15 peratus daripada seluruh kematian yang melibatkan lelaki di dunia disebabkan oleh merokok manakala tujuh peratus daripada kematian wanita turut berpunca daripada sebab yang sama.

Di China, tembakau merupakan pembunuh utama di negara yang mempunyai penduduk teramai di dunia itu. Lebih 1.2 juta rakyatnya meninggal dunia setiap tahun akibat merokok. Angka tersebut dijangka meningkat kepada 3.5 juta kematian setahun menjelang 2030.

Pengarah Institut Kesihatan Awam Universiti Georgia, Amerika Syarikat (AS), Dr. Michael Eriksen berkata, trend merokok dalam kalangan rakyat negara maju semakin menurun manakala di negara miskin adalah sebaliknya. "Jika kita tidak bertindak, keadaan akan menjadi lebih buruk terutamanya di Asia dan Afrika," ujarnya. Eriksen menambah, hampir 80 peratus kematian yang dikaitkan dengan tembakau berlaku di negara yang mempunyai ramai penduduk berpendapatan sederhana dan rendah. Di Turki misalnya, 38 peratus kematian dalam kalangan lelaki dikaitkan dengan penyakit akibat merokok. Bagaimanapun, bagi negara maju seperti AS, rokok masih menjadi pembunuh utama wanita di sana.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WLF, Peter Baldini menuduh industri rokok hanya memikirkan keuntungan tanpa mempedulikan bahaya yang ditanggung perokok dan orang sekeliling.


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 
..