merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Saturday 17 March 2012

JOM Mandi Sesama! Pssttt... Untuk Pasangan Suami Isteri ajeee taww...!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera…



Suasana romantik dan penuh kasih-sayang merupakan idaman setiap pasangan suami isteri. Suami memerlukan seorang isteri yang pandai untuk menjaga hatinya dan menghiburkanya di kala kesepian, begitu juga si isteri yang menjadikan suaminya sebagai tempat untuk berlindung dan menagih kasih-sayang dan cinta yang sejati. Kedatangan islam membawa rahmat kepada umat manusia. Utusan terakhir Rasulullah s.a.w merupakan di antara orang yang sangat romantik bersama isterinya. Hal ini terbukti berdasarkan satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim di dalam satu hadis dari Ai’syah r.anha :



( Saya pernah mandi bersama Rasulullah s.a.w dari satu bekas air yang terletak di antara saya dan Baginda s.a.w, tangan kami berebut-rebut untuk menceduk air yang ada di dalamnya,maka Rasulullah s.a.w menang dalam perebutan ini lalu saya berkata: ”Tinggalkan saki baki untuk saya, tinggalkan saki baki untuk saya”, sedangkan pada waktu itu kami sedang berjunub).

Berdasarkan kefahaman hadis di atas, suami isteri dibolehkan untuk mandi bersama walaupun dalam keadaan aurat terbuka dan saling melihatnya. Betapa indahnya islam, hubungan romantik sangat dituntut dan hendaklah sentiasa dipupuk untuk kebahagian rumahtangga. Rasulullah s.a.w merupakan contoh terbaik untuk kita.

Bagi yang sudah berkahwin dan inginkan hubungan romantik sentiasa bertambah dan kekal hingga akhir hayat, eloklah mengamalkan mandi bersama isteri. Insyaallah petua ini akan berjaya.

Setakat ini sahaja entry untuk hari ini…
Jumpa lagi :)


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :


..