Misteri Jumaat 3 Ogos 2012 (15 Ramadhan 1433) Adakah Tarikh Keramat Atau Kiamat
Semenjak dari zaman Rasulullah, tarikh 15 Ramadhan belum pernah jatuh pada hari Jumaat. Kisah misteri ini yang bakal akan terjadi pada bulan ramadhan tahun 2012. Kisah tersebut adalah mengenai dakwaan tentang suara keras dari langit yang mengerun yang juga merupakan amaran kepada sekelian umat manusia.
Mengikut perhitungan, kejadian itu diramal akan terjadi pada tarikh 15 Ramadhan 1344H atau 3 Ogos 2012 bersamaan dengan hari Jummat. Sama dengan hadis Nabi mengenai huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan yang ketika itu akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur. Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit. Pada kajian dan ramalan, suara keras yang amat dahsat tersebut kemungkinan akan muncul pada waktu sebelum subuh atau sebelum terbit fajar. Hadis Nabi di bawah ini mungkin ada kaitan dengan peristiwa tersebut.
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari rumahnya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
gambar hanya sekadar illustrasi
Suara keras dari langit yang dimaksudkan itu juga tersebut dalam beberapa siri riwayat hadis rasulullah saw. Suara keras tersebut adalah suara malaikat dari langit yang bertujuan untuk memberi peringatan dan amaran kepada sekelian manusia tentang akan kemunculan Al Mahdi dan juga Dajjal Al Masih.
Disebut bahawa seruan malaikat dari langit tersebut berkata :
“Wahai (sekalian) manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutu mereka. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.”
Suara malaikat itu dapat didengar oleh semua orang dengan jelas, dapat difahami oleh setiap manusia, menurut bahasa masing-masing, sehingga yang sedang tidur akan terjaga, yang terlena akan turut mendengarnya. Suara itu terdengar seperti dekat dengan telinga mereka. Mereka saling bertanya kepada orang yang di sebelahnya sama ada turut mendengar apa yang dia dengar itu atau tidak. Yang tinggal di Malaysia akan bertanya kepada rakannya yang tinggal di negara jiran yang lain mengenai hal yang sama, begitu juga yang tinggal di negara-negara lain.
Semoga peringatan tersebut dapat memberi satu iktibar dan keyakinan yang mendalam kepada sekelian umat Muhammad SAW dan juga untuk diri saya bahawa kita sebenarnya sudah semakin hampir ke penghujung akhir zaman dan semakin hampir kita untuk bertemu dengan Allah swt. Berbanyaklah membuat amalan yang soleh dan tinggalkanlah segala amalan terkeji, sesungguhnya janji Allah itu benar, Syurga dan Neraka Allah itu benar, Perhitungan dan Pembalasan itu sesuatu yang pasti.
gambar hanya sekadar illustrasi
Wallahualam.
SHARE artikel ini, mudah2an ia akan memberi manfaat kpd kita semua.
.