merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Friday, 13 December 2013

Kulit Wajah Rosak Kerana Salah Pilih Kosmetik

Kosmetik secara terminology mempunyai pengertian yakni bahan atau material yang dimanfaatkan pada bahagian luar tubuh manusia seperti bahagian epidermis, rambut, kuku, bibir dan kemaluan bahagian luar manusia. Dalam perkembangannya, kosmetik juga seringkali dimanfaatkan untuk rawatan gigi dan mukosa mulut terutama untuk membersihkan, mewangikan, mengubah penampilan atau memperbaiki bau badan atau melindungi serta memelihara tubuh supaya berada dalam keadaan yang baik. Kosmetik biasanya digunakan oleh kaum wanita. Walaupun begitu, kaum lelaki juga tidak ketinggalan menggunakan kosmetik untuk merawat kesihatan tubuh dan kulit mereka.

Kosmetik adalah untuk mencantikkan dan menyempurnakan penampilan kita. Kini, banyak jenis kosmetik yang terdapat dipasaran seperti kosmetik rawatan badan, make up, dan juga kosmetik yang boleh menukar warna kulit. Apakah akibatnya jika kosmetik yang dipakai menimbulkan masalah pada kulit wajah kita...??? Ini bermakna berlakunya kerosakan kulit wajah akibat daripada tersalah pilih kosmetik.

(Gambar hiasan)

Kesalahan kosmetik biasanya terjadi kerana beberapa sebab, salah satunya kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit. Jenis kulit tertentu mempunyai kesensitifan. Contohnya kulit wajah berminyak. Kulit wajah yang berminyak sangat sensitif terhadap pelembap. Pelembap yang tidak sesuai boleh menimbulkan bintik hitam pada wajah dan ianya boleh menyebabkan timbulnya jerawat. Selain itu, kulit wajah juga akan nampak kusam apabila foundation yang dipilih tidak sesuai dengan kulit wajah anda. Sebelum anda memutuskan untuk membeli dan menggunakan salah satu produk kosmetik sebaiknya anda mengenali terlebih dahulu jenis kulit anda supaya kosmetik yang anda gunakan tidak akan memberi kesan buruk bagi kulit wajah anda. Kosmetik yang mahal berjenama dan terkenal belum tentu sesuai digunakan oleh anda. Apabila keadaan kulit wajah anda tidak sesuai dengan kosmetik tersebut anda perlu menukar dengan kosmetik yang sesuai dengan kulit wajah anda.

Kerosakan kulit wajah akibat salah pilih kosmetik juga boleh terjadi apabila kosmetik yang digunakan sudah tamat tempoh. Setiap jenis kosmetik mempunyai tarikh luput, misalnya lipstik mempunyai tarikh luput selama satu tahun. Apabila kosmetik tamat tempoh tetap digunakan ini akan menimbulkan iritasi pada kulit wajah seperti gatal-gatal, bintik merah atau jerawat. Ramai orang yang ingin kelihatan lebih cantik dengan kosmetik sayangnya ada di antara mereka yang terpaksa mengeluarkan kos yang jauh lebih besar untuk rawatan kulit wajah akibat kesilapan memakai kosmetik.

 (Gambar hiasan)

Kesan yang paling serius dari kesalahan penggunaan kosmetik pada kulit biasanya terdiri daripada kandungan berbahaya yang terdapat pada kosmetik. Logam, merkuri dan hydroquinone merupakan bahan kimia yang masih sering dijumpai dalam kosmetik. Akan tetapi bahan-bahan tersebut berbahaya bagi tubuh dan kulit. Penggunaan logam pada kosmetik bukan hanya merosakkan wajah, tetapi juga boleh menyebabkan seseorang mengalami kemurungan, kehilangan memori, sakit kepala, gayat dan pada kosmetik untuk rambut akan menyebabkan keguguran rambut.

Merkuri pada kosmetik boleh mencetuskan terjadinya kanser kulit, begitu juga hydroquinone. Kadar hydroquinone yang dibenarkan pada produk kosmetik adalah sebanyak 10%. Apabila kandungannya terlebih dari yang sepatutnya ia boleh menyebabkan gangguan kulit wajah seperti jerawat, hiperpigmentasi, dan juga kanser kulit
 
Anda perlu meneliti dan melihat kandungan kosmetik untuk mencegah kerosakan kulit wajah akibat daripada kesilapan dalam pemilihan kosmetik. Anda juga perlu memilih kosmetik yang tepat untuk jenis kulit anda. Selain itu, perhatikan tarikh luput kosmetik tersebut. Jangan gunakan kosmetik yang telah tamat tempoh walaupun dibeli dengan harga yang begitu mahal.
 
http://a-dha-whiteseries-pt-kembanghati.blogspot.com/