merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Thursday, 14 March 2013

WAJIB BACA : Elak Suami Miang atau Curang

Meskipun tidak mahu perkara ini berlaku namun hal yang sebaliknya boleh berlaku sekiranya suami isteri lemah dalam menghadapi godaan. Lebih memburukkan lagi jika pasangan iaitu isteri sendiri memberikan peluang atau memberikan suatu persekitaran untuk menyebabkan berlakunya kecurangan. Jadi bagaimana hendak mengelakkan suami anda berlaku curang, berikut adalah tips yg mesti diketahui oleh setiap isteri mahupun suami.


Tips # 1 - Selalu Berpenampilan Menarik


Setelah menjalani alam rumahtangga bertahun-tahun, penampilan diri selalunya diabaikan. Keinginan untuk menarik perhatian pasangan pun semakin pupus. Namun begitu bila berada diluar seperti ditempat kerja, penampilan kita selalunya berbeza. Kita cukup mengambil berat soal penampilan bila berhadapan dengan orang lain terutamanya jika ada yang memuji. Puji-pujian ini merupakan salah satu punca yang memungkinkan berlakunya kecurangan.


Tips # 2 - Kehidupan Seks Yang Sihat


Memenuhi keperluan seks pasangan sangat penting untuk menjaga perkahwinan tetap utuh. Banyak kes penceraian atau perkahwinan runtuh akibat masalah seks suami isteri. Jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengannya, berusahalah untuk mengatasinya secepat yang mungkin.


Tips # 3 - Persamaan


Menikahlah dengan lelaki atau pasangan yang anda rasa sama dengan anda. Sama dalam erti, sama menariknya, berpendidikan setara dan memiliki pendapatan yang hampir sama. Percaya atau tidak, persamaan yang banyak antara suami isteri dapat mengecilkan kecenderungan untuk berlakunya kecurangan.


Tips # 4 - Waspada


Jika anda mengesan pasangan anda berlaku curang, jangan ragu untuk menyiasatnya. Kecurangan akan berlangsung lebih lama jika pasangan anda berasa senang dan jauh dari jangkauan anda. Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam perkahwinan anda.


Tips # 5 - Waktu Hanya Berdua


Ada pasangan menganggap perkara ini sebagai perkara remeh temeh. Waktu romantis hanya untuk anda berdua sekurang-kurangnya seminggu sekali cukup penting untuk membuatkan hubungan suami isteri bertambah erat.


Tips # 6 - Mencari Kaunselor


Jangan ragu untuk mendapat khidmat daripada kaunselor ataupun orang tengah sekiranya merasakan hubungan anda menghadapi masalah atau ada masalah yang sukar untuk diatasi. Kebun bunga tidak akan nampak segar dan indah tanpa disiram dan dipupuk. Begitu pula dengan perkahwinan. Jika bukan anda berdua yg bersikap proaktif dalam menjaga keutuhan rumahtangga, siapa lagi yang anda harapkan?


Tips # 7 - Menghargai Pasangan


Hargailah pasangan, kerana penghargaan akan dibalas dengan kesetiaan. Ucaplah terima kasih setiap kali pasangan membantu anda. Sekali sekala berilah hadiah buat suami ataupun isteri sebagai tanda anda menghargai apa yang dilakukan.


Tips # 8 - Bersahabat Dengan Teman-Teman Pasangan


Sekiranya pasangan curang, anda lebih cepat mengetahuinya dan tindakan segera boleh cepat diambil sebelum segala-galanya terlambat. Jadikan teman-teman pasangan anda sebagai teman anda sendiri.


Temukan penawarnya


Bukan hanya isteri idaman, tetapi isteri yang berani menegakkan kebenaran, bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul dan peranan secara aktif menjadi isteri mithali. Kesilapan kecil dan dosa-dosa ringan jangan dipandang remeh kerana ia boleh menyulut api dosa yang lebih besar. Kalau suami bermain mata, elok palingkan pandangannya ke tempat terindah dalam diri anda. Penampilan, perkataan, kelembutan dan perhatian anda boleh mengubat gelojak nafsu syahwatnya. Binalah benteng yang paling kukuh di dalam hati suami agar dia tidak diserang oleh penyakit syahwat yang keji. Benteng itu ialah ilmu agama dan cuba aplikasikannya bersama dengan suami. Tidak mahu suami menjadi miang, maka ajaklah dia mendalami ilmu agama Islam, beribadah sambil melancong ke Makkah untuk mengerjakan umrah atau haji, rajin berusaha dan gemar bersedekah. Jaga masa dan disiplin kerja dengan baik, pastikan lingkungan yang berada disekeliling anda dan suami, sihat dan tidak tercemar dengan unsur-unsur maksiat. Terutama dalam rumah dan bilik tidur hendaklah istimewa dengan haruman amal ibadah di dalamnya, cahaya tasbih dan doa para malaikat menjadi ketenteraman di hati suami dan isteri yang beriman. Pencegahan lebih mudah daripada pengubatan. Cegahlah suami anda daripada melakukan maksiat dengan cara paling lembut dan berhikmah, jangan tunggu penyakit yang bertenggek menjadi parah, barulah anda sibuk mencari ubatnya. Jika semuanya telah anda lakukan, namun masih gagal merubah sikap suami yang menjengkelkan, maka sudah tiba masanya anda fokuskan perhatian kepada diri sendiri dengan mendekatkan diri kepada-Nya, sambil tidak mengabaikan hak-hak suami. Anda akan lebih tenang nanti, insya Allah.


...