merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Monday 13 January 2014

MENARIK HARI INI : Kambing RM1 untuk Bayi Maulidur Rasul





JOHOR BAHRU: Bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul esok, seorang penternak menawarkan kambing RM1 seekor bagi majlis akikah bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan. Program kali kedua diadakan selepas kejayaan program Akikah Perdana Kambing RM1 tahun lalu, Osman Goat Farm Sdn Bhd di Kangkar Tebrau dekat sini, mahu meneruskan kesinambungan kemeriahan sambutan Maulidur Rasul. Kali ini, syarikat itu menyasar peningkatan penerima lebih 100 orang, berbanding 51 tahun lalu bagi semua bayi yang lahir pada 14 Januari.

Pengarah Urusannya, Osman Cheya Kutty, berkata bagi keluarga yang berminat, mereka boleh membuat pendaftaran bermula hari ini sehingga Sabtu sebelum majlis penyerahan diadakan Ahad ini. Katanya, bagi tujuan sambutan Maulidur Rasul dan program Akikah Perdana, syarikatnya menyediakan bekalan 900 kambing baka Boer, Feral dan biri-biri yang boleh dipilih sendiri penerima.

“Promosi di wad bersalin semua hospital kerajaan juga sudah kami buat bagi menghebahkan kepada orang ramai berhubung program ini kerana masih ada pihak yang kurang faham, selain takut dan bimbang dikenakan bayaran. Susulan daripada kejayaan program yang dimulakan syarikat ini tahun lalu, sebuah syarikat penternak dari Kedah turut menganjurkan program sama di negeri itu. Pihak kami menyambut baik langkah itu dan berharap lebih ramai lagi penternak berbuat demikian,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Katanya, seperti tahun lalu, penerima hanya perlu membawa surat beranak atau bukti pengesahan daripada hospital pada majlis penyerahan yang dijangka disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd Mutalip Abd Rahim. “Selain program itu, kami juga membuat promosi dalam tempoh dua bulan ini menjual kambing dengan harga promosi RM650 berbanding harga asal RM950 bagi pihak pengurusan masjid atau surau yang ingin menganjurkan majlis aqiqah, ” katanya.

Sebarang pertanyaan atau ingin membuat pendaftaran boleh menghubungi 019-7563000, 07-3542828 atau layari www.osmangoatfarm.com.

sumber : bharian.com.my

WAJIB BACA : Makan Untuk Kulit Cantik

Pernah dengar ungkapan you are what you eat? Kami sangat bersetuju dengan ungkapan itu, terutamanya jika dikaitkan dengan kecantikan kulit. Janganlah salahkan masalah kulit yang dihadapi sekiranya anda tidak menjaga makan. Berikut merupakan makanan yang patut anda amalkan mengikut jenis kulit dan rutin penjagaan kulit anda.

Makanan Kulit Cantik
Gambar: blogtempofemininoba.blogspot.com
 
Pelindung Sinar UV

Bayam mengandungi 3 kali ganda lebih vitamin C, vitamin E dan beta karotin yang membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UV sekali gus membuatkan kesihatan kulit berada di tahap optimum.

Anti-Penuaan
Pecans atau kacang kemiri kaya dengan vitamin E yang penting untuk membentuk lapisan pelindung di dalam sel membran kulit untuk mengekalkan keanjalan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Untuk mengelakkan kulit daripada mengendur, pakar mencadangkan anda mengambil makanan yang kaya dengan agen antioksidan seperti beri biru, acai berry, raspberi serta herba seperti daun kari, oregano dan halia.
 
Kulit Berjerawat

Timun bukan sahaja bagus untuk menyegarkan kulit wajah, tetapi jika jusnya diminum, ia dipercayai mampu mengurangkan jerawat dan merawatnya dari dalam. Menurut pakar nutrisi, Elissa Brenner, mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat biasanya kekurangan zink yang boleh mengawal minyak dari dalam kulit. Tiram, biji labu, halia, oat dan telur sangat bagus untuk mengatasi masalah ini. Vitamin A yang terkandung di dalam sayur hijau, bayam, lobak, kentang dan ayam Belanda juga bagus untuk merawat jerawat. Cuba elakkan memakan makanan yang pedas, kurangkan gula dan hasil tenusu di dalam diet anda.

Kulit Kering
Untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering, pengambilan telur yang kaya dengan omega-3, safflower dan minyak walnat penting untuk mengatasi masalah ini. Kandungan asid linoleik di dalamnya merupakan asid lemak yang harus ada di dalam diet harian anda.

Makanan Terpenting Untuk Kulit Cantik
Tidak kira apa jenis kulit anda, pengambilan Omega-3 sangat penting untuk mendapatkan kulit yang cantik. Walaupun ia tidak diklasifikasikan sebagai agen antioksidan, Omega-3 membantu mengoptimumkan fungsi  sel membran kulit supaya ia terus mampu menyahtoksikkan kulit. Lemak sihat yang terkandung di dalamnya mampu mengurangkan radang kulit sekali gus mengurangkan jerawat. Omega-3 juga membantu melindungi kulit daripada sinaran UV. Kajian turut membuktikan, mereka yang mengamalkan pengambilan Omega-3 di dalam diet mereka boleh mengurangkan risiko kanser kulit sehingga 29 peratus. Sekiranya anda tidak mahu mengambil makanan tambahan, amalkan makanan seperti ikan salmon, sardin, ikan bilis, flaxseed, walnat dan kacang soya untuk dijadikan sumber Omega-3 di dalam diet anda.

sumber : www.eh.com.my
 
http://a-dha-whiteseries-pt-kembanghati.blogspot.com/