merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



X-FILE


Tips Kecantikan PERCUMA


Tips aje yang PERCUMA tau! Bahan-bahan kene la beli yer... Tapi lebih murah dan jimat laa... Harap tips ini dpt membantu anda semua k!


7 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Alami:


1. Lemon/ Limau Nipis + Air Mawar :

Lemon, limau nipis dan buah-buah sebangsanya mengandung citric acid yang sangat kaya, di mana citric acid ini sangat baik untuk memindahkan sel-sel kulit yang mati yang boleh menyebabkan jerawat. Caranya iaitu dengan mencampurkan jus / perahan lemon dengan air mawar kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 10-15 minit. Setelah itu bilas dengan air suam. Penerapan terapi ini secara rutin dan konsisten selama 15 hari akan memberikan hasil yang cukup luar biasa gunakan dan lihatlah apa yang terjadi.


2. Putih Telur :

Caranya iaitu, pisahkan kuning telur dan ambil putih telurnya saja. Kocak sebentar lalu sapukan ke wajah dan biarkan selama 15 minit. Putih telur ini akan membantu mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.


3. Pasta Gigi :

Satu hal yang perlu diingat disini ubat gigi yang digunakan adalah yang bentuknya pasta (seperti Pepsodent) bukan yang bentuknya gel (seperti Close Up). Caranya hampir sama dengan kedua-dua cara di atas. Sapukan ubat gigi ke jerawat dan bahagian lain di sekitar jerawat tersebut sebelum tidur. Biarkan semalaman / sampai pagi kemudian bilas dengan air bersih.


4. Tomato :

Buah yang satu ini selain bagus untuk kesihatan mata juga cukup berkesan menghilangkan bintik hitam (blackheads). Yang pertama harus dilakukan adalah tomato dipotong dua lalu sapukan ke seluruh wajah yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit - 1 jam kemudian bilas. Makanlah tomato untuk rawatan dari dalam.


5. Lidah Buaya :

Perhatian jangan gunakan lidah yang asli dari mulut buaya, hehe... Ambil satu daun lidah buaya, potong beberapa bahagian, kelupas kulit luarnya, sapukan di bahagian yang muncul jerawat, dan ulangi melakukan cara ini, tiap pagi dan petang. Jika dilakukan secara rutin dan konsisten, jerawat mungkin akan dapat mengering dan mengelupas selama 3 hari. Selain itu lidah buaya juga mampu menghilangkan bekas jerawat yang degil. Sekali lagi kuncinya hanya satu, konsisten.!!


6. Bawang Putih :

Ada dua pilihan dalam menggunakan bawang putih untuk menghilangkan jerawat. Pertama dengan menumbuk dua atau lebih bawang putih hingga cukup halus lalu disapukan ke bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan selama 10 minit kemudian bilas. Cara kedua adalah dengan memakan satu atau lebih bawang putih setiap hari.

Banyak yang mengatakan kedua-dua cara ini cukup efektif, namun bagi yang tidak menyukai bau bawang putih mungkin lebih baik menempuh cara yang lain. Jangan bimbang masih banyak cara alami lain yang akan saya jelaskan di bawah ini.

7. Selalu Bersihkan Wajah :

Selalu rawat kebersihan wajah setiap hari dari kotoran dan debu dijalan. Untuk kita yang selalu aktif dan berurusan dengan debu jalan, maka rajin-rajinlah membersihkan muka sebelum atau selepas beraktiviti. Sebagai pengambilan dari dalam, maka perbanyakkanlah makan sayur-sayuran dan minum air putih. Buat yang tak suka sayur.!, Maka buah yang mengandungi air boleh menjadi alternatif dalam merawat wajah dari dalam. Kerana kandungan yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran sangat diyakini boleh menjadikan wajah kita lebih bersih dan berseri.

cara alami untuk menghilangkan jerawat yang telah saya sebutkan di atas tidak semestinya perlu dilakukan semuanya. Kalau malas, pilih saja salah satu cara yang paling mudah anda lakukan. Jalankan selama minimum 15 hari secara rutin, lakukan dan lihatlah apa yang terjadi jika tidak ada perubahan baru cuba cara yang lain. Kalau masih malas lagi atau tidak berkesempatan... ada cara lain yang sangat mudah...!!! >>KLIK DI SINI<<

Selamat Mencuba... (✿◠‿◠)








Ayat Ilmu Pengasih


Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَباً وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ 

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"



Bermaksudnya: 
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..." 

 

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39 

 وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku." 


Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami/isteri bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.


Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih.


* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.

..