merupakan reseller pelbagai produk Kecantikan dan Kesihatan,
beroperasi secara ONLINE sepenuhnya.

For any enquiry, please SMS/ WHATSAPP
+6012 397 3713
(STRICTLY NO CALL)

Mobile Shopping with Online Banking!
💖 ShopeeMY / VeLariz
💖 Instagram / VeLarizGroup
💖 Facebook / Velariz


owned by :
JUTA LARIS RESOURCES SA0347905-W

=======================


Assalamualaikum/ Good Morning!
.
We are REBRANDING our NAME with same company and more to LOVE!
Let's CELEBRATE with us! Every purchase value RM200 and above from our 1ST 100 CUSTOMERS
WILL GET A MYSTERY GIFT WORTH RM139.90.
Queue start from 1st Ramadan onwards!
.
#HappyShoppingWithUs
#HappyFasting
#Salam2Ramadan
#VeLariz
#MyBeautyShoppee



Wednesday, 15 February 2012

Cara Luah 'I LOVE U' Kepada Lelaki Secara Tersirat

Memang bukan mudah untuk seseorang perempuan untuk mengungkapkan rasa cinta cinta kepada lelaki. Yelah, buang tebiat ke hape tetiba pergi cakap kat lelaki 'I LOVE U'. Apapun, jika anda rasakan anda memang benar-benar cintakan lelaki yang anda target itu, so just go for it!  

  • Ajak si dia menonton filem yang romantik. Kalau dia tolak, katakan anda belanja. Lepas habis tonton, saja mengeluh sorang-sorang, ' bestnya kalau ada lelaki yang layan aku macam tu...' walaupun pada hakikatnya harap dia dengar dan faham..
  •  Tulis di status facebook anda tentang si dia yang anda cintai. Tidak perlu untuk menulis nama dia, asalkan dia tahu bahawa itu adalah dirinya sudah cukup.
  •  Sekiranya dia sakit atau tidak sihat jenguklah dia atau sekurang-kurangnya masaklah sup atau masakan untuk si dia. Pasti si dia dapat merasakan sesuatu antara kamu.
  •  Download cerita ‘The Bachelor’ kemudian berikan si dia pada hari-hari yang bermakna seperti hari jadi anda.
  •  Biarkan si dia melihat  anda menangis.
  •  Senyum, tak perlu kata apa-apa~~~
  • Jika selalu hanya dia saja yang memuji diri sendiri, apa kata anda pula puji penampilan dia. Selepas tu dalam bergurau, katalah ‘untunglah orang yang dapat lelaki hensem macam kau.’
  • Berikan dia masakan yang anda buat sendiri seperti puding atau biskut yang berbentuk hati.
  • Disaat di sering merasa rendah diri, anda gunakan ruang yang ada itu untuk meyakinkan dia bahawa dia adalah lelaki yang terbaik di mata anda. (Peluang menjadi couple = 80%)
  • Sentiasa berada untuk dia disaat dia berada didalam kesulitan. Tak perlu nak kata apa-apa. Sekadar berdiam dan ada disamping dia sudah mencukupi.
  • Taktik yang biasanya berkesan ialah anda memulakan call/sms dia setiap hari untuk satu tempoh masa kemudian hilang. Jika si dia call/sms anda, itu bermakna dia sudah mula rindukan anda, dan tunggulah masa untuk perkataan I Lap U itu tersembul keluar dari mulut dia..
  • Berikan sesuatu barang yang bermakna buat anda dan kemudian berikan  kepada dia untuk dijaga.Jangan lupa untuk kata, ‘hanya orang bermakna mampu menjaga benda yang bermakna.’
  • Jika ada dinner atau 'prom night', ajak dia menjadi teman anda pada hari itu.
  •  Ajak si dia berkelah di tempat yang tenang, aman dan damai. Selepas tu anda buatlah sandwich yang special untuk si dia.
  •  Suruh kawan-kawan anda sebarkan kepada kawan-kawannya yang terdekat yang anda menyukai dia. Untuk lebih advance, suruh kawan anda berpura-pura tanpa sengaja memberitahu si dia bahawa anda sudah terlalu lama menyintai dia. Woot!
  • Ambil gambar anda berdua, kemudian buat satu puzzle dengan huruf ‘I LOVE YOU’. Berikan satu hari satu kepingan puzzle, kemudian tinggalkan puzzle yang mempunyai bentuk/perkataan love itu kosong. Berikan pada si dia apabila anda sudah benar-benar yakin terhadap perasaan anda.
  • Jika bermacam-macam cara anda telah cuba untuk tunjukkan si dia bahawa anda cintakan dia, namun oleh kerana dia berpura-pura bengap atau memang bengap melampau-lampu, anda buatlah satu drama. Anda sebarkan cerita anda akan berpindah ke suatu tempat yang jauh, kemudian anda suruh kawan anda sampaikan surat kepada dia, ‘I LOVE YOU’. Jika si dia kemudian katakana dia juga cintakan anda, maka anda katalah anda tidak jadi pindah semata-mata untuk dia. Tapi kalau si dia hanya kata, ‘selamat tinggal kawan karibku’, katakan saja anda tidak jadi pindah kerana anda sayangkan kawan-kawan anda.   


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

..

Maksud & Erti Disebalik Warna Bunga Ros

Hai! Masih memendam rasa terhadap dia? Tak tahu nak luahkan rasa hati atau nak tolak cinta si dia dengan cara yang halus? Ceh..Macam iklan kat tv pulak.Kalau mulut tak bisa berbicara, biarkan saja bunga yang lakukan. Apa kata korang gunakan bunga ros untuk menyampaikan isi hati korang terhadap si dia! Selain tu korang boleh gunakan untuk ambil hati dia. Tapi pastikan si dia tak alah pada bunga dulu yek~~~


MERAH
Warna yang paling laku kat kedai bunga, ros merah melambangkan cinta abadi yang penuh romantis dan ghairah. Love is forever gitu. Tapi tahukah korang bunga ros merah juga melambangkan tanda terbukti keberanian dan sebagai tanda mengucapkan tahniah. Korang boleh gunakan bunga ros merah ni untuk membuatkan malam korang lebih hangat dan bernafsu~~~


PUTIH
Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan. Kalau nak beri aku bunga, sila beri bunga ni yek.

PINK
Bunga ros pink melambangkan korang gay. Tipu je. Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia yek. 


KUNING
Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah yek. Tabahkanlah hati tu, lepas tu korang balas kat si pemberi bunga ros kuning ni dengan bunga ros hitam, mesti dia gelabah. Sebab apa? Sila baca kat bawah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi. 

PEACH
Ros berwarna peach membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan korang yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu.


ORANGE/JINGGA
Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga~~~

LAVENDER/UNGU
Selain warna merah, korang jugak boleh gunakan warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama.Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati yang nak tersembul keluar umpama pusat terjojol akibat dek tah tahan menanggung cinta.

 
BIRU&HITAM
Pernah nampak bunga ros warna ni? Hanya aku sorang je yang ada.Selepas aku celup dengan pen dakwat biru dan hitam. Sebenarnya, secara realitinya bunga ni tak wujud. Tapi sebab dengan adanya teknologi komputer, diorang edit warna jadi warna ni. Warna hitam melambangkan kematian, kesedihan, dan selamat tinggal. Warna hitam jugak menunjukkan permulaan baru dalam hidup.Warna ros biru pulak melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada korang tapi korang benci nak mamfus kat dia.


BUNGA ROS KAT KEK?
Aku paling suka bunga ros ni. Makan pun kenyang. Tak bazir duit. Ngeh... Ngeh... Ngeh... (✿◠‿◠)

P/S: Jangan beri bunga ros selalu atau murah dengan bunga ros. Beri pada hari-hari yang istimewa atau yang penting sebab keistimewaan bunga ros tu akan hilang kalau diberi selalu. Korang paling suka ros warna apa?


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini :

44 Perkara Menarik Mengenai CINTA


 1.       Suatu ketika dahulu, peluh adalah salah satu ramuan utama yang digunakan untuk membuat minyak wangi dan potions cinta.

2.       Montezuma, ketua Mexico menganggap coklat  ialah "love drug" dan beliau minum 50 cawan coklat setiap hari sebelum beliau melawat Harem yang mempunyai 600 wanita.

3.       Ahli-ahli sains berpendapat bahawa kebanyakan orang akan jatuh cinta kira-kira tujuh kali sebelum kahwin.


4.       Sesetengah individu yang mendakwa tidak pernah mempunyai rasa cinta romantik menderita dari hypopituitarism, penyakit yang jarang berlaku yang tidak membenarkan seseorang untuk merasakan keghairahan daripada cinta.

5.       Putus cinta sering membawa kepada "tarikan kekecewaan," yang menyebabkan seorang individu semakin cinta terhadap orang yang memutuskan cinta itu.

6.       Istilah "cinta" berasal dari perkataan Sanskrit iaitu lubhyati, yang bermaksud keinginan.

7.       Cincin pertunangan selalu dipakai pada jari keempat tangan kiri kerana orang Greek purba menegaskan bahawa jari tersebut mengandungi amoris vena, atau "urat cinta," yang berjalan lurus ke jantung. Cincin perkahwinan pertama direkodkan muncul di Mesir purba, dengan bulatan yang mewakili cinta selamanya.


8.       Cecair air mani berpotensi menyumbang kepada cinta romantis.Laporan menunjukkan bahawa cecair yang mengelilingi sperma mengandungi dopamine ("bahan kimia keseronokan") dan norepinephrine serta tyrosine, asid amino yang diperlukan otak untuk mengeluarkan dopamine.

9.       Simbol yang mewakili kasih sayang, Cupid (atau Eros) dikatakan  telah datang dari 'Chaos'  dan mewakili kuasa-kuasa primitif kasih sayang dan keinginan.

10.   Perkataan "lesbian" berasal dari Pulau Lesbos di Greek, di mana Sappho, seorang penyair wanita yang terkenal telah membuat satu sajak untuk kekasihnya yang juga seorang wanita.

11.   Bunga ros adalah simbol kepada cinta. Tetapi ianya bergantung kepada warnanya kerana setiap ros mewakili rasa cinta yang berbeza. Sebagai contoh, mawar merah menunjukkan cinta sejati. Merah jambu menunjukkan keinginan, dan minat. Merah jambu gelap menunjukkan rasa terima kasih. Mawar kuning boleh bermakna persahabatan atau iri hati. Untuk makluman lebih lanjut mengenai bunga dan maknanya, sila klik pada entri ini.

12.   Lelaki Eropah tanpa disedari sering mencari wanita dengan ukur lilitan pinggang adalah  70% daripada pinggul mereka.

13.   Apabila seseorang jatuh cinta, kawasan berkenaan ventral tegmental dalam otak akan membanjiri caudate nucleus dengan dopamin. caudate nucleus kemudiannya menghantar isyarat untuk dopamine yang lebih banyak( semakin tinggi paras ​​dopamin, semakin seseorang itu merasa di awang-awangan. Sistem yang sama diaktifkan apabila seseorang mengambil cocaine.

14.   Apabila seseorang berjumpa dengan cinta baru, litar saraf yang biasanya dikaitkan dengan pertimbangan sosial dalam keadaan tertekan. Ini menjawab persoalan mengapa anda kelu atau gugup apabila berjumpa dengan seseorang yang anda sayangi.

15.   Sejak zaman purba Greek, epal telah menjadi simbol cinta. Orang-orang Celt percaya bahawa epal mewakili cinta kerana ia kekal lama apabila dipetik berbanding dengan buah lain.

16.   Satu kajian ke atas pelajar-pelajar kolej yang baru sahaja putus cinta menunjukkan mereka mempunyai aktiviti yang kuat di dalam otak yang berkaitan dengan korteks sempit, iaitu bahagian otak yang mengawal rasa kesakitan fizikal.

17.   "Four-leaf Clover" sering dianggap sebagai nasib baik, tetapi ia juga sebahagian daripada ritual cinta Ireland. Di sesetengah tempat di Ireland, jika seorang wanita makan "Four-leaf Clover" sambil berfikir tentang seorang lelaki, kononnya lelaki tersebut akan jatuh cinta padanya.

18.   Kajian menunjukkan bahawa jika seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita yang dalam keadaan bahaya (dan sebaliknya), seperti di atas jambatan menggeletar, dia lebih cenderung untuk jatuh cinta kepadanya daripada jika dia bertemu dalam suasana yang lebih biasa, seperti di dalam  pejabat.

19.   Halangan dan rintangan sering kali merupakan satu elemen penting dalam cinta. Kadang-kadang dipanggil "kesan Romeo dan Juliet,", cabaran atau halangan mungkin untuk memperhebatkan keghairahan seseorang terhadap yang tersayang.

20.   Lelaki dan wanita dengan wajah-wajah yang sangat simetri cenderung mempunyai lebih banyak kekasih untuk dipilih. Wanita juga cenderung untuk mempunyai lebih banyak kepuasan dengan lelaki berwajah simetri.
21.   Masa secara lazim mempengaruhi cinta. Seseorang adalah lebih berkemungkinan untuk jatuh cinta jika mereka mula mencari sesuatu yang baru dalam hidup, keinginan untuk meninggalkan rumah, kesepian, berseorangan di tempat asing, melangkah ke peringkat baru kehidupan sama ada secara kewangan dan psikologi, serta bersedia untuk berkongsi hidup atau memulakan sebuah keluarga.

22.   Wanita di seluruh dunia adalah lebih berkemungkinan untuk jatuh cinta dengan mereka yang mempunyai cita-cita, pendidikan, kekayaan, kemashyuran, pangkat, mempunyai 'sense of humor' lebih tinggi daripada dirinya. Semasa ovulasi, wanita menjadi lebih berminat pada lelaki yang tampil maskulin.

23.   Lelaki yang asyik bercinta menunjukkan aktiviti yang lebih pada bahagian visual otak, manakala wanita yang asyik cinta menunjukkan aktiviti yang lebih pada bahagian otak yang mengawal memori.

24.   Dianggarkan bahawa 40-70% daripada kes pembunuhan wanita dilakukan oleh kekasih dan pasangan suami isteri.

25.   Dalam satu tinjauan  di Amerika, 60% lelaki Amerika yang telah berkahwin berkata mereka telah tidak setia, berbanding dengan 40% daripada wanita Amerika.

26.   Daun maple adalah simbol cinta di China dan Jepun dan di Amerika Utara, ia sering diukir di atas katil oleh pengukir suatu ketika dahulu untuk menggalakkan tidur yang aman dan tenang.

27.   Ahli-ahli sains berpendapat bahawa dengan merenung ke mata orang adalah faktor penting yang membuatkan seseorang itu jatuh cinta. Dalam satu eksperimen, perempuan dan lelaki yang saling tidak mengenali antara satu sama lain telah ditempatkan bersama-sama di dalam sebuah bilik selama 90 minit  dan membiarkan mereka bercakap mengenai perkara-perkara perbadi dan kemudian merenung ke dalam mata masing-masing tanpa bercakap. Mereka kemudiannya merasakan tarikan yang mendalam antara satu sama lain, dan mereka berkahwin 6 bulan kemudian.

28.   Nafsu keinginan untuk jatuh cinta sama seperti nafsu seks dan kelaparan.

29.   Otak yang mengawal kasih sayang dan otak yang mengawal nafsu adalah tidak sama. Gambar lucah mengaktifkan hypothalamus (yang mengawal lapar dan dahaga) dan amygada (ransangan) sekitar kawasan otak. Cinta mengaktifkan kawasan otak dengan kepekatan tinggi reseptor untuk dopamine (dikaitkan dengan keghairahan, keinginan, dan ketagihan) dan norepinephrine.

30.  Banyak budaya menggunakan ikatan knot sebagai simbol cinta abadi yang tidak mempunyai pengakhiran. Dahulu, wanita Islam muda akan menghantar mesej cinta kepada kekasih mereka yang mempunyai knot.

31. Masa bercinta yang lebih panjang sebelum berkahwin, mempunyai peluang cerah untuk perkahwinan yang lama. Orang yang popular pula lebih cenderung untuk bercerai.

32. Cinta tidak semestinya jaminan bahawa perkahwinan akan kekal. Faktor-faktor lain umur setiap pasangan (satu suami yang adalah sembilan tahun atau lebih tua daripada isterinya atau yang berkahwin sebelum umur 24 tahun adalah lebih berkemungkinan untuk bercerai), orang-orang yang berkahwin untuk kali kedua atau ketiga, orang-orang yang mempunyai kanak-kanak sebelum berkahwin, dan faktor kewangan.

33. Cinta romantis hanya mampu bertahan lebih kurang setahun, mungkin kerana otak tidak boleh selama-lamanya mengekalkan keadaan romantis. Untuk memastikan keghairahan tersebut berkekalan, pakar-pakar mencadangkan melakukan aktiviti-aktiviti yang memuaskan dan menarik bagi setiap pasangan.

34.Tahap testosteron yang tinggi boleh menekan oxytocin dan vasopressin (bahan kimia yang dikaitkan dengan kasih sayang), yang mungkin menjelaskan mengapa orang-orang yang mempunyai paras testosterone yang lebih tinggi cenderung untuk tidak berkahwin, suka mendera pasangan selepas berkahwin, dan meminta cerai. Apabila seorang lelaki memegang bayi, paras testosteron akan turun, mungkin kerana hasil daripada peningkatan oxytocin dan vasopressin.

35.   Wanita sering berasa disayangi apabila bercakap bersemuka dengan pasangan mereka, lelaki, sebaliknya, berasa emosi dekat apabila mereka melakukan sesuatu bersama-sama dan bercakap secara bersebelahan.

36.Untuk kekal dalam cinta untuk seumur hidup, ahli terapi menasihati pasangan untuk mendengar secara aktif luahan pasangan anda, bertanya soalan, memberi jawapan, menghargai, kekal menarik, semakin bijak, memberinya / privasi beliau, jujur ​​dan boleh dipercayai, beritahu pasangan anda apa yang anda perlukan, menerima / kelemahan masing-masing, hormat, tidak pernah mengancam untuk berpisah dan berkata "tidak" kepada mendua.

37.   Lelaki lebih cenderung berbanding wanita untuk fleksibel dalam pilihan romantis mereka ketika mereka menjalin hubungan jangka pendek. Tetapi mereka lebih  memilih apabila ingin mencari seseorang yang ingin dijadikan teman hidupnya.

38.   Satu kajian yang dilakukan mendapati pasangan di seluruh dunia lebih cenderung untuk bercerai dalam masa 5 tahun yang pertama selepas mereka berkahwin. Selepas daripada itu, perkahwinan akan mula stabil sehinggalah lebih kurang tahun ke 8 bersama.

39.   Bercinta mewujudkan tahap dopamine dan norepinephrine yang tinggi. Berputus asa yang berkaitan dengan cinta yang tak berbalas dikaitkan dengan tahap yang dopamine yang rendah. Untuk meningkatkan dopamin, mereka yang ditolak cintanya perlu bersukan. Cahaya matahari adalah satu lagi 'mood lifter', dan tersenyum juga mampu mengaktifkan laluan saraf yang boleh memberi perasaan tenang.

40.   Salah satu ramalan cinta yang paling tepat adalah keakraban. Keakraban fizikal akan membawa kepada peningkatan emosi, dan ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk mendengar kisah-kisah bos yang jatuh cinta dengan setiausaha mereka. Sebaliknya, ahli-ahli sains berfikir bahawa pada masa kritikal di peringkat kanak-kanak (umur antara 4-6), kanak-kanak lelaki dan perempuan yang tinggal di kawasan yang berdekatan kehilangan keupayaan mereka untuk jatuh cinta dengan satu sama lain.

41.   Kama Sutra (cinta & peraturan) adalah teks purba cinta dalam bahasa Sanskrit kesusasteraan yang ditulis oleh Mallanaga Vatsyayana di sekitar abad kedua Masihi. Kama ialah dewa kasih sayang Hindu dan juga bermakna keinginan. Sutra adalah rujukan ataupun manual untuk melakukan sesuatu.

42.   Hati adalah simbol kebiasaan bagi cinta. Ahli kimia purba menggunakan simbol hati untuk jampi kasih. JHati tersebut boleh mewakili satu segi tiga terbalik di mana kasih sayang dicurahkan atau dibawa. Dalam Buddhisme, segi tiga tersebut merupakan doa tenaga kasih sayang yang berkaitan dengan ketuhanan. Hati  juga melambangkan sayap seekor merpati, yang telah dikorbankan di Israel kuno sebagai tanda kasih sayang dan juga sebagai simbol Aphrodite, dewi Greek love.

43.   Secara purata, lelaki di seluruh dunia berkahwin dengan wanita yang tiga tahun lebih muda daripada diri mereka sendiri. Di Amerika Syarikat, lelaki yang berkahwin semula biasanya memilih seorang isteri yang lima tahun lebih muda, jika mereka berkahwin kali ketiga, mereka sering berkahwin dengan seseorang yang lapan tahun lebih muda daripada mereka.

44.   Kajian menunjukkan bahawa "secret admire" yang didedahkan dapat meningkatkan perasaan yang romantis terhadap pasangan, terima kasih kepada tahap peningkatan phenylethylamine (PEA)


JOM kita terjah ke entri-entri lain yang berkaitan, sila kilik pada pilihan yang disenaraikan khas untuk anda di bawah ini : 

.